Assalamualaikum. Saya Cik J sudah bercerai dengan bekas suami.
Saya di sini untuk bagi pengajaran pada kawan kawan lain yang nak kahwin perlu pilih bakal suami yang sebetulnya jangan tersalah pilih suami..
Saya pernah berkahwin dengan seorang yang asalnya tiada pekerjaan tetap. Manakala saya seorang penjawat awam yang merupakan gred 41..
Saya tidak memilih pasangan asalkan pasangan itu boleh terima kekurangan dan kelebihan saya..
Sepanjang proses untuk perkahwinan pon saya yang keluarkan perbelanjaan sebab saya pikir benda baik elok dipercepatkan tanpa selidik dan kenal2 betul suami yang bakal dikahwini.
Di awal perkahwinan kami diuji dengan bekas suami diberhentikan kerja dan saya terpaksa sara semuanya, sewa rumah, kereta, hutang dan semua bil dengan simpanan duit saya selama 6 bulan.
Saya mohonkan kerja kerajaan untuk dia supaya hidup kami lebih stabil,
Dan akhirnya dia dapat panggilan temuduga dan saya yang uruskan semuanya sehingga dia dapat kerja kerajaan berjawatan tetap
Di sini dia mula sedikit demi sedikit menunjukkan sikapnya yang sebenar.
Walaupun dia telah bekerja tetap tapi segala bil dan keperluan rumah semuanya saya yang tanggung. Alasannya gaji dia lebih rendah daripada saya. Saya pelik duit dia asyik habis..
Sehingga la satu hari Allah nak tunjuk dekat saya yang dia rupanya curang di belakang saya pada ketika saya mengandungkan anaknya.
Dia keluar dengan perempuan lain dengan bagi alasan dia berjumpa kawan dia.
Handphone pon dia lock dan akhirnya kantoi saya dapat tengok handphonenya penuh dengan gambar gambar dating berdua dengan perempuan lain..
Dia begitu marah apabila saya tahu dia curang hingga menceraikan saya. Tetapi kami rujuk kembali memikirkan anak yang bakal lahir.
Setelah anak lahir, kami pjj kerana alasannya dia selalu kerja malam dan musim covid bahaya untuk anak kecil takut dijangkiti.
Namun gerak hati seorang isteri sentiasa tepat tapi saya serahkan semuanya pada Allah untuk tunjuk kebenaran.
Dan akhirnya dia curang untuk kali kedua tetapi kali ini dengan seorang janda yang ada anak ramai.
Saya tak sangka selama ni saya ditipu.
Dan mulai saat itu, saya terus angkat kaki dan naik ke mahkamah untuk memohon penceraian dan dia mahu lepaskan saya supaya dapat mengahwini perempuan pilihan dia.
Apa yang saya rasa kecewa seolah olah pengorbanan saya selama ini hanya sia sia dan ibarat saya telah menyara biawak hidup,
Kerana saya yang ambil dari dia tidak mempunyai apa apa sehingga dia mempunyai kerja tetap dan setelah senang sedikit dia curang dibelakang saya.
Saya harap kisah saya ini menjadi teladan untuk yang bakal berkahwin supaya kenal lebih mendalam bakal suami yang anda kahwin,
Sebab banyak lelaki sekarang yang ambil kesempatan dan mahu hidup senang lenang atas usaha isteri sendiri
Tapi saya rasa bersyukur sekarang dan lebih bahagia hidup bersama anak kesayangan. Saya percaya ujian ni hadir sebab Allah sayang.. Alhamdulillah.
Doakan saya sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kekuatan untuk besarkan anak
– Mrs J (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit