Suamiku Seorang Perfectionist

Assalamualaikum semua. Terima Kasih admin sekiranya confession ini di siarkan.

Straight to the point hari ini aku nak confess tentang suami aku seorang Perfectionist. Aku pun tak pasti dia sebenar-benarnya seorang perfectionist atau OCD.

Aku sudah 6 tahun berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Allhamdulillah perkahwinan kami biasa – biasa sahaja seperti married couple yang lain ada pasang surutnya.

Aku wanita berkerjaya dari sektor swasta dan mempunyai kekangan masa yang hebat sama seperti suami.

Suami aku merupakan seorang yang mempunyai ketelitian dan displin yang sangat kuat lagi –lagi bab waktu, kebersihan dan beberapa peraturan hidup.

Pada awal perkenalan, aku akui memang aku tertarik dengan penampilan suami aku. Seorang yang sentiasa kelihatan kemas, bersih dan sentiasa wangi sehingga ke hari ini. Tak sangka dia memang betul-betul pembersih.

Dia seorang yang sangat bersih dan cerewet. Dia tidak boleh tinggal dalam persekitaran yang kotor dan tidak teratur.

Pernah di awal perkahwinan, aku tidak tahu ada peraturan yang tidak boleh makan dan minum di dalam kereta dia. Tertumpah sisa minuman habis dibebelkan aku sepanjang hari. Dari hari tu aku mula kena tolerate dengan sikap perfectionist dia.

Seawal perkahwinan aku selalu berendam air mata semata-mata nak biasa kan diri dengan peraturan –peraturan dia.

Rumah mesti kena sentiasa kemas, Sapu dan mop berkali-kali. Habuk mesti lap hari-hari. Cara susunan perabot mesti teratur,

Baju mesti kena basuh dan lipat hari yang sama, Pinggan tak boleh tinggal dalam sinki selepas masak or makan mesti immediately kemas,

Bilik Air mesti kena ada pewangi, Makan sehari 3x sahaja ikut waktu makan dan wajib makan di meja makan. Waktu tidur paling lewat 10.00 malam setiap hari .

Berpeluh ketika buat aktiviti apa –apa wajib terus mandi, Cara ambil dan simpan barang, cara sendukan nasi, cara lipat baju.

Ehh kalau nak list memang panjang la. Ada je kalau tak ikut rules ni memang makan bebel berhari-hari.

Bab dia jaga barang dia jangan kata la. Kereta dan motorsikal dah bertahun- tahun pun berkilat macam kereta baru beli.

Sampai rata -rata orang car wash pun mesti cakap dia pandai jaga kereta dan enjin pun berkilat. Memang pembersih.

Lepas dah ada anak -anak ni pula makin menjadi-jadi perfectionist dia sampai aku perasan anak yang sulung dah mula ada ciri-ciri dia.

Anak-anak tak boleh sepahkan rumah langsung. Padahal baru sekejap main dah disuruh kemaskan semula mainan. Biasa la budak-budak nak main.

Pantang tangan anak kotor sedikit terus diangkatnya cuci betul-betul. Pantang anak comot terus dibawakan mandi.

Kadang kesian tengok anak-anak tak bebas macam budak lain bermain. Permainan yang melibatkan diri dan persekitaran rumah akan kotor memang strictly dilarang.

Contohnya main pasir, water color, play doh memang tak dapat la. Dia selalu cakap anak-anak kena didik disiplin dari awal.

Aku pernah luahkan dekat dia actually aku letih sangaat nak ikut rules dia. Ye la, balik kerja tekejar- kejar nak kemaskan rumah, nak settle anak –anak. Ada hari aku betul – betul stress.

Aktiviti yang paling dia suka on weekend adalah mengemas rumah. Kadang aku sampai hairan rumah dah kemas pun nak dikemaskan lagi. Jarang la weekend aku dapat melepak depan TV.

Saudara – mara pun ada yang tak berani nak datang rumah takut tersepahkan rumah (sebab immediately dia akan kemas rumah dan paling penting tak dibenarkan makan makanan ringan di depan TV atau atas carpet takut nanti tumpah semut akan datang).

Saudara – mara pun takut kalau dia yang berkunjung kerumah mereka. Ye la takut dikritik tak bersih. (Selalunya yang ini dia diamkan je mungkin mereka yang malu alah)

Pernah saudara usulkan aku bawa dia pergi jumpa doktor or jumpa ustaz sebab nampak dia macam tak normal. Selalu gelisah kalau rumah tak bersih. Entahlah aku pun tak pasti apa harus aku buat.

Dari segi bright sidenya, Dia memang seorang yang sangat rajin dan ringan tulang. Kerja rumah selalu juga dibantu. Anak – anak juga dia sama-sama uruskan. Rumah memang sentiasa kemas. Seorang yang penyanyang, sweet dan Family Man.

Aku bersyukur sangat untuk yang ini. Tapi itu la rules dia kadang- kadang buat aku letih dan rasa tak bebas. Dah pernah try slow talk dan luahkan perasaan dekat dia. Tak menjadi.

Kebiasaanya dia akan ignore aku dan cakap baguslah rumah kemas tak bersepah sebab bersih, orang akan selesa. Atau habis teruk dia akan merajuk.

Sampai la ke saat confession ini ditulis aku pun dah rasa diri aku terlatih dan berdisiplin walaupun kadang –kadang aku rasa tak normal. Normal ke tak sebenarnya?

– Wife (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit