Tak Pandai

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebagaimana tajuk, begitulah saya. Dua tiga minggu ni saya rasa tertekan dengan pelajaran disebabkan kelemahan saya. Saya tak pandai dalam banyak perkara, antaranya ialah memahami pelajaran, berkomunikasi dan bersosial.

Sekarang saya belajar di peringkat ijazah tinggi, untuk berada satu level dengan kawan-kawan yang lain dari segi pemahaman, dan kemampuan amat sukar untuk saya,

Walaupun saya tahu ia bukanlah satu persaingan, tetapi sekurang-kurangnya saya tidak ketinggalan.

Dari segi pemahaman belajar, saya dapat mengikutinya walaupun kadang-kadang memerlukan bantuan orang lain.

Tetapi masalah saya bila tiba waktu pembentangan, saya tak mampu untuk bercakap dengan lancar, susunan point saya terabur walaupun saya sudah tulis apa yang saya akan cakap dalam pembentangan.

Dari zaman sekolah rendah, saya selalu rasa takut atau tak selesa dengan orang luar, selalunya saya tak bercakap dengan orang luar kecuali terpaksa.

Saya tak pasti kenapa sangat susah untuk saya bercakap seperti saya berbual dengan keluarga.

Setiap kali saya bercakap dengan orang luar sama ada sama ada secara bermuka, atau di panggilan, atau secara mesej, saya pasti rasa tak selesa dalam hati hingga mengganggu fikiran saya.

Seperti soalan yang selalu bermain di fikiran ialah adakah okay apa yang saya cakap atau tanya, adakah penggunaan ayat saya sesuai atau tidak, adakah saya pelik, adakah sampai atau tidak maksud saya atau salah faham.

Saya selalu rasa risau tentang perkara-perkara seperti ini.

Situasi yang merunsingkan saya sekarang ialah bagaimana untuk saya mampu membuat pembentangan dengan baik, buat penerangan dengan lancar dan yang paling penting bagaimana saya boleh mengatasi keadaan selepas berurusan dengan orang luar.

Saya akan terangkan apa yang terjadi setiap kali selepas saya berurusan dengan orang luar sama ada situasi tersebut dalam jangkaan saya atau tidak.

Sebagai contoh, selepas pembentangan saya akan rasa kebas seluruh badan, tak selesa di hati(saya tak tahu bagaimana untuk menjelaskannya) dan fikiran kosong.

Situasi ini paling sukar untuk saya kerana memerlukan masa yang lama untuk kembali okay.

Selalunya situasi begini memerlukan satu hingga dua minggu untuk saya rasa okay, ini kerana konten atau isi saya yang keluarkan/bercakap lebih banyak dan berat.

Kesan dari tindak balas yang terjadi bergantung pada isi percakapan saya, sekiranya cuma perkara yang memerlukan mesej-mesej ringkas seperti bertanya hal tugasan kepada pensyarah atau kawan yang saya tidak rapat,

saya cuma rasa tak selesa di dada (tak pasti sama ada macam sesak nafas atau seperti rasa terlalu sedih) dan tidak sampai rasa kebas pada badan, kadang-kadang tangan juga menggeletar.

Situasi-situasi yang terjadi seperti ini sangat membuatkan saya rasa tidak selesa kerana mengganggu fokus saya pada perkara lain,

Maksudnya selain daripada kerja-kerja lain tergendala, emosi saya juga tidak berada dalam keadaan baik, sepanjang tempoh itu saya sentiasa berasa sedih dan bingung.

Akhir sekali, saya tak tahu apa yang perlu saya buat untuk menyelesaikan masalah saya ini,

Kadang-kadang keadaan tertentu membuatkan saya berasa sangat tertekan hingga saya fikir sekiranya ada ubat untuk hilangkan apa yang saya rasa di dalam dada dan fikiran.

Kadang-kadang juga, bila terjadi sesuatu seperti ini berlaku dan saya tak mampu untuk menanganinya, saya tak keluar rumah dan mengelak dari berjumpa orang untuk beberapa bulan. Apa yang patut saya lakukan?

– Nana Nunu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *