Cari Jodoh

Assalamualaikum semua. Sebelum aku menulis lebih lanjut, bolehlah baca confession aku yang lepas, https://iiumc.com/tak-rasa-nak-kahwin/

Sebelum ada orang kecam aku sebab dua tajuk confession aku yang sangat kontra, yang lepas tajuk ‘tak rasa nak kahwin ‘tapi kalini tajuk aku ‘cari jodoh’ baik aku explain betul-betul.

Tujuan utama aku tulis ini sebab mak aku lah. Aku tak tahu apa yang tak kena dengan mak aku lately ni kerap sangat tanya aku bila nak kahwin. 

Kalau orang lain bila balik kampung time kenduri / raya ke, baru sedara pakat tanya kan, tu pun mesti rimas kan haha.

Tak aku masalahnya mak aku kerap sangat bertanya dekat aku setiap kali aku call / whatsapps n siap suruh ayah aku carikan jodoh lagi. 

Siap whatsapps suruh aku mandi bunga la, haha aku cakapla dah tak da jodoh (haha actually takda orang approach aku langsung pun sepanjang aku kerja 3 tahun ni sedih kan :’) )

Aku jawabla dekat mak aku, dah aku tak da jodoh lagi sebabtu la aku tak leh nak kahwin. Aku cakapla mungkin lelaki yang ada ciri-ciri yang aku nak tu mungkin tak jumpa dengan aku lagi ke sebabtu la aku tak leh kahwin lagi. 

Aku bagitau lagila alasan aku tak leh kahwin lagi sebab saving aku pun tak banyak macam mana nak kahwin.

Hahaha aku siap tanyala dekat mak aku kenapa nak sangat aku kahwin, mak aku cakap dunia dah nak penghujung ni kamu kena la kahwin cepat.

 Padahal mak aku tak tahu ke kalau aku kahwin nanti, dah sibuk ada keluarga sendiri susah nak balik rumah jenguk mak ayah aku selalu dahla bounding aku dengan parents aku kuat tak macam adik beradik lain huhu.

Aduhh andai kata kalau jodoh tu datang dengan petik jari je ke kan senang hahah *rolling eyes.

Korang tahu tak, desperatenya aku sampai aku sign in baitulmuslim untuk cari jodoh.

Aduh dahla aku ni jenis tak suka upload gambar aku bagi public tengok then terpaksa jugak upload gambar sebab syarat dia kena ada gambar hurmm. 

Aku dah mati akal sebab circle aku ni kecik memang waktu kerja ramai kenalan lelaki yang aku kenal tapi sampai tempat kerja jer bila dah balik rumah aku banyak luang masa sorang-sorang dekat rumah sewa aku.

Contact lelaki yang aku save dalam fon aku pun berapa kerat jer tu pun mostly kawan lelaki aku yang non muslim.

Entahla aku pun dah mati akal tak tahu nak cari celah mana dah (padahal tak cari pun *facepalms).

Mesti ramai suruh aku mintak kawan -kawan carikan kan, tak masalahnya aku malu nak reveal ciri-ciri aku nak tu hurm lastly aku hanya mampu berdoa dan berserah dekat Allah jer.

Mungkin aku kena kerap bangun solat malam mintak dengan Allah betul-betul untuk aku jumpa jodoh aku yang sebenarnya. 

Entahlah dari aku tak rasa nak kahwin sampai keinginan mak aku nak tengok aku kahwin lah yang dorong aku untuk pupuk ‘rasa nak kahwin’ sikit demi sikit dalam diri aku ni.

Lately ni barulah aku kerap menjengah ig aiman azlan, ustazah asmak hussin dan dengar ceramah-ceramah berkaitan perkahwinan ni.

Huhu, btw boleh jadi ke dengan asbab aku tulis confession ni Allah dorongkan aku untuk jumpa jodoh ke mana tau hahh aamiin ><

– Zxn (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

What’s your Reaction?
+1
1
+1
4
+1
1
+1
1
+1
2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *