Takdir Yang Terindah

Assalamualaikum… Aku Bella. Aku pernah berkongsi beberapa cerita di sini dan yang terakhir adalah beberapa bulan lepas ketika aku sudah mula cuba untuk berdamai dengan takdir.

Izinkan aku untuk berkongsi kisah aku…

Mungkin perjalanan masih jauh tapi aku benar-benar rasa bersyukur dengan takdir aku yang sekarang.

Aku dan dia bukanlah pasangan yang bercinta indah kemudian bertunang dan terus berkahwin.

Tidak.. Perkenalan kami memang pada mulanya agak cliche, menerusi laman mencari jodoh online dan alhamdulillah aku berkenalan dengan dia.

Mulanya kami memang menikmati perkenalan kami, kemudian aku baru tahu yang dia adalah duda dan memiliki seorang puteri…

Aku sudah mula rasa curiga dan memilih untuk tidak merapatkan diri. Namun takdir berkira lain. Kami semakin rapat.

Beberapa bulan kemudian… Ayah aku pulak menentang habis-habisan sampai kan dimakinya dia di telefon.

Kami masih berhubung. Kami kerap kali putus dan terus dan putus dan terus.

Kebanyakan masa sebab dia yang akan memilih untuk pergi. Belum bersedia katanya.

Lagi pula dengan ayahku yang masih belum menerima.

Bekas isterinya pula kadang-kadang masih cari pasal.

Pekerjaan dia yang baru hendak menapak naik.

Perasaan tidak sekufu kerana aku bekerja dalam bidang professional sedangkan dia hanya orang kampung yang tengah berusaha menaikkan bisnes kecil nya.

Banyak lagi lah punca kami putus dan terus.

Berkali-kali aku istikharah… Patutkah aku berterusan berdoa agar hatinya terbuka untuk menerima aku.

Agar dia sedar ikhlasnya aku menerima dia dan segalanya tentang dia.

Fast forward… keluarga ku akhirnya menerima dia. Dan juga puteri dia. Tapi di saat aku dan dia memilih untuk mengakhiri hubungan kami.

Aku cuba berdamai dengan takdir. Aku ikhlas menerima anak nya.

Anak yang kurang belaian kasih sayang. Walaupun kisah aku dan ayah nya sudah berakhir, aku berjanji untuk terus menjaga anak itu.

Aku benar-benar jatuh sayang akan anak itu. Anak yang cerdik dan manja.

Tidak kekok memanggilku ibu, yang sentiasa menceriakan suasana. Yang tahu bahawa kami terlalu sayang padanya. Yang sangat comel dan petah bercakap.

Sepanjang aku menerima anak ini, aku tidak lagi berharap akan ayahnya… Cukuplah jika anak ini mendapat kasih sayang seorang ibu daripada aku.

Aku pula teruskan pencarian calon suami yang lain… Aku cuba untuk move on.

Takdir Allah… Dia kembali pada aku akhirnya. Kembali yang benar-benar kembali. Penantian aku tak sia-sia.

Dia kembali dalam keadaan dirinya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Benar jalan cerita kami masih terlalu singkat… Tapi cukup panjang bagi aku untuk mengerti nilai sebuah penghargaan… Aku hargai kepulangan dia. Takdir yang terindah.

Aku bersyukur akhirnya aku memiliki dia yang telah aku langitkan doa berkali-kali selama ini. Dia takdir terindahku.

Sekarang aku cukup bahagia di samping dia dan anak kami… Ya… Puteri comel itu anak aku.

Aku tak pernah dan tak akan pernah menganggap dia sekadar anak tiri. Dia anak aku… Aku sayangkan mereka. Mereka pelengkap hidup aku.

Aku bersyukur memiliki mereka menjadi sebahagian daripada hidup aku.

Aku mohon doa kalian agar perkahwinan kami direstui dan sentiasa saling menghargai satu sama lain. Saya sayang awak… Terlalu sayang.

Terima kasih sayang.

Terima kasih Allah…

– Bella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *