The power of sedekah

Aku nak nak share cerita ni.
.
Aku ni sebelum sebelum ni, agak lah liat sikit nak bersedekah. Time kat sekolah dulu je aku selalu sedekah kat orang. Lepas lepas tu, kengkadang je aku sedekah. Sampailah ada sehari tu, aku terbaca
"Sentiasa lah amalkan sedekah. Siapa tahu dalam RM100 yang kita ada tu, RM10 insan lain yang punya. Dalam rezeki yang kita ada, kita dapat tu, terselit rezeki makhluk Allah yang lain."
.
Lagi satu, kakak aku dapat JPA. Banyak lah kan duit dia. Tapi klu tiap kali aku keluar dengan dia, asal dia nampak orang kat tetapi jalan minta sedekah je, mesti dia bagi. Asal tetiba ada orang datang kat dia cakap dah dua tiga hari tak makan, pun dia bagi jugak. Even time tu pocket dia tengah kering sekalipun.
Sampai lah ada sekali tu aku keluar dengan dia pergi tesco, pastu ada orang ketuk tingkap kereta minta sedekah. Then dia bagi. Padahal dia tengah takde duit kot waktu tu. Aku tak sedekah pun. -,-Dah tu dia cakap,
"Kalau kau nak rezeki berkat, nak lagi murah rezeki, kaya dunia akhirat, banyak banyak lah sedekah. Kadang tu sampai kau tak sedar pun. Kau rasa takde duit. Tapi makan kau cukup je. Nak beli ape macam cukup je duit."
.
So start dari hari tu, aku cuba rerajin balik sedekah kat orang.
Semalam sehari, aku sedekah kat dua orang. Aku sedekah sikit je. Rm6 je. Nak jadikan cerita, aku memang sedekah dalam keadaan duit ak memang tinggal sikit. Duit aku dalam dompet sekarang ni tinggal RM25 je untuk sampai rabu depan.
.
Tadi aku jumpa makcik pakcik aku lecturer kat sini. Sebab dari awal masuk hari tu tak sempat jumpa dorang. Sekali waktu nak balik tu, makcik aku bagi RM50. Pakcik aku bagi RM30.
Pastu aku ada pegang duit kakak aku, tetiba dia mesej suruh aku ambil RM20.
.
Kau nampak tak kerja Tuhan kat situ?
.
Ohh ada lagi satu aku nak cerita.
Aku dulu waktu form 5, aku pegang dua jawatan besar. Sekolah dan asrama. Sepanjang setahun aku tingkatan 5 tu, setiap malam Khamis lepas bacaan yassin kat surau, aku akan bagi teka teki atau soalan yang berkaitan dengan Islam, Quran atau syariah dekat bebudak aspuri. Siapa dapat jawab, aku belanja dia makan kat kantin esoknya hari Jumaat. Even wktu tkde duit, ak tetap buat mcm tu. Setiap kali abah bagi duit belanja, aku akan asingkan siap siap duit untuk belanja si pemenang.
.
Dan hasilnya?
Sepanjang tahun tu, rezeki aku sangatlah murah.
Kadang kadang tu tetiba je cikgu panggil semata sebab nak bagi duit. Kata suruh guna buat belanja (rumah aku 180-200km jauh dari asrama + aku agak rapat dengan cecikgu). Kengkadang tu, cikgu yang tak pernah langsung ngajar aku pun bagi aku duit, makanan. Kadang tu pulak, kalau cecikgu buat jamuan, dorg panggil aku join. sekali.
Tak pun pergi kantin, tetiba cikgu ajak makan sekali. "Awak ambil je nak makan apa. Nanti cakap saya yang bayar." tak pun cikgu cakap sesiapa kat acik kantin "****** punya makanan, saya bayar ye kak. Bagi je dia nak makan apa."
Ada lagi.
Aku memang rapat dengan ustaz. Tapi wktu form five memang banyak betul ustaz bagi aku macam macam.
Waktu musim buah, ustaz datang asrama hantar macam macam jenis buah. Ada jugak ustaz datang bawak sekotak besar jubah jubah. :')
Banyak sangat lagi nak cerita. Tapi cukuplah kan. :)
.
Aku cerita kat korang ni, bukanlah untuk riak. Bukan jugak untuk ajak korang bersedekah semata untuk kaya.
"Oh kalau sedekah aku dapat banyak duit. Kaya aku nanti. Nak sedekah lah gini."
Bukan gitu ye brother sister.
.
Tapi untuk kau grab peluang yang ada. Grab pahala sebanyak mungkin.
Jangan niat kau sedekah sebab nak kaya. Niat lillahita'ala.
.
Kau jangan fikir "oh kalau aku sedekah, aku dapat duit". No!
Kau jangan lupa yang rezeki Allah bagi tu adalah nikmat. Dan nikmat tu ada dalam pelbagai bentuk. Bukat duit sahaja.
Mungkin bila kau sedekah, Allah tak balas kau dengan duit yang banyak. Tapi Allah hadiahkan kau hati yang tenang, kesihatan yang panjang. Bahagia. Kemudahan dalam beribadah. Itu lagi besar dari nilai duit yang kau dapat. Jadi bersyukurlah. Kau jangan lah 'cerdik' sangat fikir "aku dah sedekah banyak dah, tapi Allah tak bgi pun aku kaya. Sengkek je duit aku". Astaghfirullahal'azim.
Kau tau kenapa kau sengkek? Duit kering? Rasa tak cukup? Sebab kau tak bersyukur dengan apa Allah bagi. Sebab niat kau bersedekah tak betul.
.
Jadi kengkawan. Moh lah kita bebanyakkan sedekah.
Bila dapat duit, asingkan 10% khas untuk sedekah (ummi aku ajar).
Solat dhuha rerajinkan. Jangan tinggal. Istiqamah buat solat dhuha.
InsyaAllah kau akan kaya. Kaya dunia dan kaya akhirat.
Ingat k kaya bukan takat kat duit. Kaya ketenangan. :)
.
K gudluck korang. Gudluck jugak kat aku.
.
"Ya Allah jadikanlah confessor pada confession ini dan aku seorang yang pemurah untuk ikhlas bersedekah kerana Mu. Lillahita'ala. Aamiin."

– Aku

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *