Hadiah dari Allah

Bila tengok orang kongsi pasal sedekah, aku pun nak jugak lah. Nak kongsi 'miracle' hari dari bersedekah dengan hati yang ikhlas. (InsyaAllah ikhlas, aku rasa tenang dekat situ)

Cerita dia, aku bukan lah dalam kalangan cerdik pandai, result SPM cukup makan weh. Kalau tengok, mungkin tersangat tidak layak aku nak diterima masuk UIA. Tapi who knows, kuasa Allah kan?

Aku pelajar berasrama, nak keluar tu memang jarang lah, once dah balik rumah baru keluar, itu pun jarang. Kadang kerja. Susah sangat lah di jumpa situasi bersedekah kepada yang tersangat memerlukan, teruk juga lah aku ni, orang lain dah rasa nikmat bersedekah, aku masih blur. Tak rasa nikmat tu lagi.

Ditakdirkan suatu masa, aku tengah bekerja dalam sebuah kedai, datang seorang pakcik ni, mintak derma, aku tak pasti atas reason apa sebab dah lama, zaman spm dulu, sekarang dah degree.

Aku sorang waktu tu, dalam poket cuma ada 10 ringgit, itu lah duit last yang ada. Tapi, mungkin Hidayah dari Allah, hati aku tenang, aku ambik dari wallet. Terus kasi, dalam hati tenang, senyum tak lekang dari mulut aku. Teringat adik aku cakap, tak perlu risau orang datang sana sini mintak sedekah. Kalau dia jujur, kita dapat satu pahala, kalau dia tipu, kita dapat dua pahala. Cuba kalau hadir dia tu bawa berkat dari Allah? Tak ke rugi besar kita kalau tak hulurkan?

Dengan sepuluh ringgit tu, berbekalkan dengan amal sepuluh ringgit itu, Allah balas dengan tawaran kemasukan uia bhaii. Yang tu dah memang best, sebab uia idaman aku, yang lagi best dapat elaun untuk setiap sem dicfs. Gitu je rezeki sampai. Ditambah dengan sedekah dari pakcik makcik sebelum masuk u, hampir ribu jugak aku dapat, sedara mak ayah aku ramai, dapat beli telefon bimbit sendiri sebelum masuk u. Alhamdulillah. Kau rasa tak miracle tu?

Kau belajar tak pandai, result ciput. Tapi dengan RM10, Allah ganti dengan peluang belajar di universiti antarabangsa, Allah kasi elaun 1000+ setiap sem, tak perlu bayar yuran weh. Sepanjang cfs tak perlu duit mak ayah, setahun setengah Allah kasi nikmat dan sampai sekarang aku rasa nikmat tu lagi di Gombak.

Alhamdulillah, start dari situ, aku mula rajinkan diri untuk bersedekah, tapi aku manusia, kadang terlupa. Walau macam mana pun, nak ajak jugak ramai ramai bersedekah. Mana mana yang teringin nak kan sesuatu, moh ler bersedekah. Moga Allah redha. Moga Allah kabulkan. He :)

– Shadiqah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *