Tiada Lagi Nikmat Hari Raya II

Sebagaimana tiadanya lagi nikmat Hari Raya Aidilfitri, macam tu jugalah dengan sambutan Hari Raya Aidiladha. Nikmatnya telah hilang serta-merta selama hampir empat tahun atau empat kali sambutan telah melepasi.

Bila baca balik tajuk yang pertama https://iiumc.com/tiada-lagi-nikmat-hari-raya/, betullah terlalu banyak min pulak. Sedia maklum kepala serabut, tak cek semula penulisan yang lepas. Admin adjustlah sikit jadikan ayat tu sedap didengar.. hahaha.

Melalui penulisan ini saya nak menjawab beberapa persoalan di komen yang boleh dijawab. Saya membaca dan menerima setiap pertanyaan anda sama ada membina atau mengkritik. Saya ucapkan terima kasih kepada yang prihatin.

Walaupun isteri dari keluarga ahli perniagaan yang kaya, isteri tetap di bawah tanggungan saya dan saya mampu memberi nafkah kepada isteri sehingga lebih dari 6k sebulan. Yang kaya ialah ibu bapanya. 6k sebulan yang saya beri adalah bersih.

Segala bil-bil, utilities, loan rumah, yuran tuisyen anak-anak saya yang bayar. Cuma barang dapur sahaja isteri yang akan cari, itu pun kalau dia pergi ke market sendiri. Sekiranya berbelanja dengan saya, sudah tentu saya yang akan bayar.

Bila kita termasuk ke dalam circle mereka yang berpendapatan tinggi, secara tak langsung kita akan berusaha untuk menjadi macam mereka.

Untuk pengetahuan pembaca, pendapatan bulanan saya adalah lima angka. Jadi saya mampu untuk menyedia dan memberikan keselesaan kepada isteri dan anak-anak.

Memang benar pada awal perkahwinan ibu bapa isteri banyak membantu dari segi keperluan dan kewangan. Sedikit sebanyak perasaan terhutang budi sudah tentu ada.

Dari masa ke masa saya perbaiki kerjaya sehingga menjadi seperti sekarang. Ini bagi membalas sebahagian komen.

Saya tidaklah sampai tak balik semasa hari raya. Saya akan lebihkan cuti hari raya (cutini saya tak declare dengan isteri) untuk balik ke rumah ibu ayah saya.

Untuk raya kali ini, saya balik pada hari raya ke enam. Ya, saya hanya balik sendirian sahaja tanpa membawa anak-anak. Bukan taknak bawa anak-anak, tetapi dah tiga kali sambutan hari raya bila bangkitkan isu pasal balik hari raya akan berakhir dengan pergaduhan.

Sepanjang setahun sebanyak 365 hari, kehidupan kami berumah tangga 65% adalah pergaduhan. Bila saya kerja outstation dan tidak balik sehingga dua atau tiga hari, saya lebih sanggup ambil hotel budget, tetapi saya tidak akan tidur di hotel tersebut.

Saya akan bermalam di rumah ibu ayah saya sekiranya kerja outstation tersebut dekat dengan rumah ibu ayah saya. Walaupun perjalanan mengambil masa 3 ke 4 jam dari tempat kerja oustation, saya sanggup.

Saya ada juga terbaca di fb berkenaan dengan sambutan hari raya bagi golongan yang mempunyai masalah dalam rumahtangga mereka. Ada yang balik ke rumah orang tua masing-masing sama ada secara sendirian atau membahagikan anak-anak.

Ini lebih beruntung berbanding dengan saya. Sekurangnya pasangan ini dapat balik ke rumah kedua ibu bapa mereka masing-masing. Tidak terjadi kepada saya pula.

Biarkan sahaja isteri, yang penting suami balik ke rumah orang tuanya! Sekiranya ini yang saya buat, isteri akan bertindak di luar kawalan seperti orang gila (harap pembaca faham apa yang dimaksudkan gila). Jadi saya akan stuck dan terpaksa mengikut permintaannya. Saya tak suka bergaduh.

Saya percaya isteri terlalu sayangkan saya sehingga sukar untuk berkongsi saya even dengan keluarga saya sendiri. Bagi dia, bila dah berkahwin dengannya, saya adalah miliknya seorang sahaja.

Saya hanya boleh fokus kepada dia sahaja. Kena menjaga perasaan dia sebaik mungkin. Sehinggakan dia lupa bahawa dunia ini sementara dan suami dan anak-anak itu adalah pinjaman juga.

Perilaku isteri seperti ini telah menjadikan saya dan anak-anak agak tertekan. Emosi isteri sekejap berubah. Ada masa bila dia baik, terlalu baik sangat sehingga saya takut dengan kebaikkannya.

Bila emosi dia datang, saya dan anak-anak turut takut dengan perubahan itu. Macam Godzilla pun ada.

Tiada ke kebaikkan isteri? Sudah tentu ada dan banyak. Isteri sangat tidak berkira dengan saya dan anak-anak. Contohnya bila birthday saya dan anak-anak dia akan celebrate menggunakan duit dia. Dia akan buat bersungguh-sungguh.

Selalu memberi anak-anak dan saya hadiah terutama pada tarikh-tarikh penting. Bila pergi bercuti pun banyak menggunakan duitnya, sebab dia yang akan uruskan percutian. Saya hanya mengeluarkan perbelanjaan makan serta minyak dan tol sahaja.

Tidakkah parents in law perasan? Ya, mereka perasan. Sebab dah empat kali. Untuk kali pertama dan kedua mereka masih tak perasan.

Tetapi sejak tahun lepas mereka dah mula bertanya. Syawal balik beraya bila? Tapi apa boleh mereka buat, inikan urusan rumah tangga anak mereka. Mereka tahu anak mereka ni degil dan tak dengar cakap.

Kenapa masih bertahan? Bila kita berumah tangga terutama bila sudah ada anak-anak, untuk berpisah perlu berfikir 1000 kali.

Anak-anak sudah tentu masih memerlukan mak ayah mereka. Saya tak sanggup bila anak-anak berhadapan situasi sukar disebabkan mak ayah mereka berpisah.

Dan saya tahu bahawa hanya saya yang boleh tahan dengan attitude dia. Dia pun turut akui yang kesabaran saya luar biasa. Dia pun pernah cakap, kalau orang lain dah tentu lama dah tinggalkan dia.

Walaupun dia sedar semua ini, dia tetap masih begitu juga. Seperti yang saya katakan melalui penulisan lepas, overthinking dan oversensitive dia tak dapat kawal.

Adakah saya akan terus bertahan? Saya pun tak pasti untuk akan datang. Kesabaran seseorang itu sentiasa ada limitnya dan saya tak pasti juga sehingga bila limit saya itu boleh berhadapan dengan semua ini.

Pada saat ini saya sentiasa berdoa, berdoa dan terus berdoa. Saya mohon para pembaca pun turut mendoakan saya ya. Doakan semua kembali normal seperti sebelum ini.

– Syawal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *