TIPS PASANGAN MUDA TERIMA KUNJUNGAN MERTUA ATAU IBUBAPA:

Assalamualaikum,

Jika mertua atau ibubapa antum datang berkunjung ke rumah atau bertandang sekejab elok dilayani mereka seperti berikut:

1. Apabila tahu sahaja mereka nak datang, cepat2 telefon tanyakan anggaran masa mereka sampai ke rumah. (Ini menyebabkan mereka rasa dialu-alukan)

2. Nada suara semasa bertanyakan masa mereka sampai hendaklah suara ceria seperti anda mendapat hadiah cabutan bertuah. (Ini menyebabkan hati mereka bertambah lega untuk singgah)

3. Cepat2 sediakan minuman kegemaran mereka atau sekurang-kurangnya air mineral dan sedikit buah atau biskut (jika tak sempat nak beli kueh) sebagai hiasan hidangan welcoming untuk mereka. (Ini akan menyebabkan diri mereka sangat dialu-alukan kedatangannya).

4. Jangan sekali-kali tanyakan kepada mereka, "Ayah dah makan ke?" atau "Ayah nak makan sini ke" sedangkan antum tidak menyediakan welcoming drink. (Ini menyebabkan mereka serba salah untuk menjawabnya..sudah semestinya mereka menjawab, "Ayah dan mak dan makan on the way tadi".

5. Tapi kalau antum telah hidangkan welcome drink, tidak apa bertanyakan soalan no.4 itu.

6. Bertambah runsing minda mereka apabila antum berkata, "Kalau mak dan ayah nak makan, saya nak kuar jab beli, dekat je" (Walaupun kedai itu dekat, ungkapan antum ini dirasai seperti kedatangan mereka menyusahkan antum).

7. Sebaik-baiknya hidangan makanan tersedia sebelum mereka duduk dihadapan meja kosong.

8.Kalau tak sempat nak masak utk mereka atau memang cadang nak bawa mereka makan di luar. Bersiap2 suami isteri secara senyap2. Bila dah siap terus ajak mereka keluar, "Jom ayah dan mak kita makan di restoren" Bila mak dan ayah kata, "Tak payah susah le", terus jawab," memang kami dah rancang awal lagi nak ajak mak dan ayah makan kat luar." (Rasa lega hati mereka kerana semua perancangan bukan kecemasan).

9. Untuk dapat melaksanakan perkara di atas, antum hendaklah berbincang membina S.O.P. "MENYAMBUT MAK DAN AYAH" suami isteri melayani mereka secara berpasukan.

10. Semasa mereka beredar meninggalkan rumah, lambailah mereka hingga mereka hilang daripada pandangan (ini menyebabkan mereka rasai betapa rindunya antum kepada mereka seolah2 tidak puas melayan mereka)

11. Bila mereka telah hilang daripada pandangan, doakanlah akan keselamatan mereka.

wassalam

– sisbarukahwin

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *