titik hitam

Assalammualaikum.. selamat pagi semua.. harap admin dapat approve confess aku..terima kasih..

Aku bahagia.. tapi dulu.. sebelum arwah mak aku meninggal.. kami sebuah keluarga yang sangat bahagia.. dirikan solat jemaah bersama.. baca quran sama2.. kami dididik dengan penuh rasa cinta pada Allah…

Hinggalah Allah memberi hadiah ujian buat keluarga.. mak aku meninggal masa aku baru masuk tingkatan satu.. tambah pula aku sorang saja perempuan yang paling kecik.. jadi semua tugas seorang ibu jatuh ke tangan aku 100%..

Lepas arwah mak meninggal.. keluarga aku jadi kacau.. kami duduk berasingan.. aku duduk di rumah ak sendiri.. ayah aku pula berkahwin baru dan mak tiri taknak tinggal dengan aku.. katanya mahu privasi..

Abang2 dan kakak juga duduk berasingan(kerja) .. jadi memang jarang jumpa.. kadang2 ayah aku balik tengok aku.. kadang2 tak.. sebab mak tiri halang.. ayah aku sampai kena jumpa aku sorok2.. bagi duit sorok2 dekat aku..

Mak tiri aku licik.. depan adik beradik aku.. dia buat macam aku ni puteri dalam rumah tu(dia tak dera aku pun.. cuma dia taknak ayah aku dekat dengan aku).. aku ikut je rentak dia.. sebab adik bradik aku dah maklum dengan perangai sebenar dia..

Aku sunyi.. aku tak ada orang nak bual.. aku tak ada orang nak gurau.. rutin aku.. bangun.. pegi sekolah..balik sekolah.. dan duduk termenung dalam rumah.. aku jenis tak suka keluar dengan kawan2 sangat…sebab tak minat mungkin.. tapi tak ada yang kisah.. kami adik beradik akan berkumpul masa hari raya saja.. lepas salam minta maaf.. semua buat hal masing2.. dan tinggal lah aku sorang2 dalam rumah..

Berbalik lepas mak aku meninggal.. semua berubah.. abang2 aku datang duduk dengan aku balik masa aku nak spm.. jadi kat situ lah aku nampak semuanya..

Abang2 aku tak solat.. tak puasa.. main nombor ekor.. layan porno.. ada abang aku.. penagih dadah.. rambut berwarna.. ada yang berzina(dah beranak dah perempuan tu).. hati aku hancur.. sejak tu aku jadi murung.. aku akan berkurung dalam bilik.. aku keluar untuk ke tandas je.. aku tak makan makanan dalam rumah tu.. aku takut makanan tu datang dari hasil nombor ekor diorang.. aku makin jauh dengan abang2 aku.. hati aku lagi hancur.. bila ayah yang aku sayang juga bermain nombor ekor.. tak solat dan juga tak puasa..

Bila bulan puasa.. diorang akan makan depan aku macam bukan bulan puasa.. siap ajak aku makan sekali.. aku masuk bilik.. aku nanges.. aku bukak puasa sorang2.. sahur sorang2..

Hati aku lagi hancur.. bila aku dapat tahu akak aku curang dengan suami dia..
Allah tunjuk satu2 dekat aku.. bila aku tengok balik kehidupan mereka..tak tenang.. serabut.. duit tak pernah cukup..
Mungkin ni balasan dari Allah..

Rumah yang aku duduk tu.. ya.. mmg agak mewah.. mewah kerana di bina dengan duit yang haram.. aku tak pernah rasa tenang duduk dalam rumah tu.. setiap kali aku balik.. aku duduk depan rumah aku.. suramnya rumah.. suram tanpa amalan makhluk Allah dalam rumah tu..

Aku.. aku seorang wanita berpurdah.. aku pernah di pulau.. di caci.. di hina oleh keluarga aku sendiri.. sebab sehelai kain ini.. aku pernah di paksa keluar denga aurat aku yang terdedah.. aku menangis.. tudung labub aku diorang pandang sinis.. smpai pernah kakak aku cuba untuk pengaruh aku menjadi seorang perempuan yang berpurdah tetapi bermake up dan pakai tudung pendek.. tapi Allah lindung aku..

Ujian aku mungkin keluarga aku.. siapa yang masih mempunyai keluarga sekarang.. hargailah selagi mampu.. tariklah mereka ke syurga bersama mu..

Aku tak minta simpati.. aku cuma minta korang semua doakan arwah mak aku tenang dekat sana.. Allah terima amalan mak aku.. doakan supaya keluarga aku dapat hidayah dari Allah sebelum ajal tiba..

Doakan juga aku terus kuat..

Wassalam.. :)

– unknown

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *