Tuntutan Nafkah Yang Tak Berpenghujung II

Assalamualaikum semua. Ini bahagian ke-2 mengenai, ‘tuntutan nafkah yang tak berpenghujung’, (https://iiumc.com/tuntutan-nafkah-yang-tak-berpenghujung/).

Moga ada yang sudi memberi idea yang bernas dan munasabah. Terima kasih kerana komen wahai netizen sekalian. Yang baik saya ambil dan tapis. Yang buruk biarlah menjadi pengajaran.

1) Adik-beradik…

A) Begini… Kami terdiri dari 6 orang adik beradik. Ada 2 orang adik OKU ( orang kurang upaya ). Sorang saiz XXXL dan sorang lagi saiz XL. Dua adik OKU ini perempuan. Sorang ke PDK manakala sorang lagi tak ke PDK. Tak ke PDK sebab dia cuma perlu ambil ubat penenang @ ubat pelali kerana ada bipolar disorders (schizophrenia). PDK ialah sekolah berbentuk PENDIDIKAN KHAS untuk orang2 istimewa. Mereka berdua dalam usia 20 dan 21 tahun.

B) Adik beradik yang lain cuma ada seorang sahaja yang berjaya ke universiti dan masih mengganggur lebih dari 8 bulan. CGPA cuma cukup2 makan kerana berperang dengan masalah kewangan. Bukan tak usaha cari kerja. Tapi sudah puas. Sehingga memakan tenaga,masa dan wang ringgit. Sorang ini lah yang menjadi Kaki dan tangan kepada ibu. Dia lah Yang ke kedai membeli barang2 dapur. Ke Hulu ke hilir menolong menyelesaikan urusan ibu.

C) Seorang lagi berjaya ke kolej tapi separuh jalan kerana masalah kewangan. Kerana ketika itu, adik2 Masih di bangku sekolah. Dan sangat memerlukan wang. Seorang ini lah yang membanting tulang membantu ibu. Walaupun gaji hari yg diterima tak seberapa. Tapi cukuplah untuk makan sehari. Walaupun sering bertukar kerja kerana masalah pertuturan. Seorang ini lah ibu berjaya menyelamatkan ketika dia hampir hanyut dalam kancah najis dadah dalam usia belasan tahun.

D) Si sulong. Ya memang dia bekerja. Tapi tak mampu untuk menanggung semua perbelanjaan. Gaji harian nya seolah mampu tanggung diri sendiri. Si sulong tidak tinggal bersama kerana berhijrah ke Bandar metropolitan.

E) Ini adik beradik Kami juga. Dia tidak lagi ke sekolah. Ada masalah disiplin. Dia yang paling rapat dengan si bapa. Cuma dia saja tahun ini 17 tahun.

Kami dari kecil sering menghadapi masalah kewangan. Itu menjadi salah satu penyebab Kami menggunakan pengangkutan awam untuk kemana2.

2) KES tuntutan Nafkah ini dibiayai oleh kawan baik ibu. Kawan yg menjadi tempat ibu meluahkan perasaan dan meminta pendapat. Dialah yg banyak menolong keluarga Kami dari kecil hingga sekarang. Dialah yg selalu meminjamkan duit, memberi makanan. Ibu tidak mempunyai duit untuk menanggung kos peguam ini. Sebab itu ibu X nak tukar peguam sebab takut banyak lagi duit kawan Ibu kena bayar. ibu X nk termakan banyak sangat budi.

Mahkamah perintahkan setiap anak mendapat RM500 setiap Bulan. Tetapi ayah cuma bagi rm400. Kalau tiba2 bermimpi maka ayah bagi RM500. RM500 amatlah jarang sangat diberi. Rm 400 ini dibagi sekaligus ( lum sum) Kepada anak2. Bukan kepada setiap anak. BUKAN.

Ayah berpendirian RM400 ( sebab memang selalu bagi jumlah ini ) cukup untuk menampung keperluan makan minum anak2 yg belum kerja, OKU dan masih bawah 18 tahun.  Anak yang sudah bekerja ayah tak tanggung lagi. Tak tanggung dan sering menyalahkan ibu kerana anak2 dilihat seperti orang tiada masa hadapan ( sebab tak sekolah tinggi, tak kerja bagus2 ).

3) Bil air api jika dicampur boleh mencecah Rm600 lebih. Kenapa? Ibu tak mampu bayar sekaligus. Ibu bayar sikit2. Contoh bil air ,disebabkan ibu bayar sikit2 Baki Bulan ini Yang belum dibayar dimasukkan ke Bulan hadapan dan dicaj kerana bayar lambat.

Namun untuk bil api. Alhamdullillah ibu dapat rebat golongan B40 RM40 untuk Bulan hadapan dan seterusnya. Tetapi Masih Ada tunggakan. Rumah biasa cukup untuk berteduh. Rumah Yang sering dihadiri kawan2 melawat Ibu sakit.

Bantuan sara hidup? Ya mencuba nasib untuk isi borang online apabila CC ( cybercafe ) buka dan cukup wang saku.  Bil maintenance? Ya mencecah jumlah tersebut. Tidak tahu kenapa sejak berkahwin lain. Semua sangkut. Termasuk bayaran bulan2 kepada bank turut sangkut.  Kami bukan mengharap Kan duit ayah. Kami cuma mahu keadilan buat Kami. Di luar orang sanjung ayah. Ayah nampak baik. Tetapi apabila bab keluarga.

Ibu perlu berulang alik ke hospital. Selain berjumpa dokter, ibu perlu melakukan beberapa rawatan susulan. Semua ini melibatkan wang ringgit juga. Ibu dapat bantuan JKM dalam RM400. Ibu berkerusi roda yg disedekahkan oleh hamba Allah tak dikenali.

Meniaga ? Pernah. banyak Kali. Tapi sering berakhir dengan kejadian aneh dan mistik. Bermacam2 meniaga. Tapi mungkin bukan rezeki untuk bertahan lama. Percayalah jika Kami ada lesen kenderaan dan jika Kami ada kenderaan sendiri Kami tak tunggu lagi. Kami tak berharap lagi. Jika Kami ada kabel Kami tak diam disini.

Kami anak2 Yang Ada maruah. Kami cuma mahu Bela nasib adik beradik lain. Nasib ibu yg bersusah payah membesarkan Kami. Kami mampu menjaga ibu. Cuma Masih ada kekangan kewangan antara Kami yg membuatkan Kami belum mampu memberi wang saku kepada ibu, belum mampu membayar sekaligus tunggakan air api. Maafkan Kami ibu. :'(

Biarlah apa orang nak kata. Kami sudah lali. Kami memang berasal dari keluarga yg bermasalah. Kami sedar itu. Mohon mana2 pihak cadangkan bagaimana untuk akhiri kes tuntutan Nafkah ini. sudah TERlalu lama (2017 sehingga kini ). Ayah memang nekad tak akan keluarkan wangnya.

Terima kasih…

– Fatimah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *