Assalamualikum kepada semua pembaca IIum confession ni
terima kasih pada Admin sebab publish confession saye
sebelum tu sye nak ucap Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
Aku pelajar di sebuah IPTA dan aku seorang pelajar dan seorang remaja lelaki biasa takde lah baik tapi kalau basic2 agama inshaa Allah boleh. Aku gemuk dan sedang berusaha untuk kurus, inshaaAllah hujung tahun ni aku kurus.
Aku ada kenal seorang gadis cina yang familynya bukan islam, dia seorang je islam. sebelum ni badan dia besar dan sekarang ni dia dah kurus, dah cantik xmacam dulu comel je, sekarang comel plus cantik. dahulu semasa badannya gempal semua auratnya tertutup walupun xlah sempurna tetapi okaylah kan, tetapi sekarang apabila dia dah kurus dia mula berubah xmenutup aurat, xpakai tudung, baju ketat . mungkin sebab culture shock kot, dlu masa besar xboleh pakai pakaian macam tu,sekarang dah lain, dah padan dengan baju2 yang terdedah ni. saya xsalahkan dia sebab bila teliti dan di kaji latar belakang dia, keluarga dia bukan islam, kawan2 baik dia pon bukan islam , so xde sape yang boleh menegur dia (mungkin ada) dan menghalang perbuatan dia, SITUASI dia mungkin menyumbang lagi pada kesalahan yang dilakukan tu.
Aku dah banyak kali dah menasihati dia agar tutup aurat tu, tetapi alasan yang diberikan mahu slow-slow xnak terus tukar, aku sayangkan dia, hari2 aku doakan agar diberi hidayah supaya menutup aurat, aku nak membimbing dia dan nak jadikan yang halal. Tapi aku sedih dia tolak cinta aku , tetapi aku xkisah sangat (walaupon sakit juga bila mengenangkan dia) sebab bunga bukan sekuntum dan mungkin dia sudah ada orang yg dia suka. tetapi aku berharap dia dapat berubah dan menutup aurat sebab aku sebagai seorang lelaki aku tahu macam mana mata seorang lelaki, even kami ni disuruh supaya menundukkan pandangan tetapi kadang2 boleh tertewas juga sebab manusia kan.
– -lelaki-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Mnx mna2 sahabat perempuan approach dia. And slow2 bimbing dia. Dia peluk islam mesti bersebab. I mean, hidayah yg Allah bg. And skrg dia makin menjauh. Sedihnya. hm hm. Or add je fren dgn sy. Saya sudi nk bersahabat dgn dia.
Kau terus jee kawan & bimbing diaa . Psl reject letak tepi . Ada jodoh , ada . Doa jgn ptus broo . Doa agr dia jd lebih baik & jdoh kau .