Wanita Yang Sunyi

Wanita Yang Sunyi

Assalamualaikum dan selamat hari raya bagi umat Islam di seluruh dunia. Terima kasih kepada pihak IIUMC kerana sudi untuk berkongsi confession saya.

Sebab utama saya terdetik untuk menulis luahan hati saya adalah kerana kesunyian yang saya rasai bertahun tahun. Saya merupakan seorang pelajar di sebuah universiti dan seorang yang boleh dikatakan loner. Kenapa saya kata begitu adalah kerana saya sendiri kerap rasa sunyi dan keseorangan pada kebanyakan masa.

Family saya bukanlah jenis yang mengabaikan saya, cuma family saya sejenis keluarga yang tidak menunjukkan kasih sayang pada ahli keluarga secara fizikal. Tiada kata manis sesama kami walaupun sesama adik beradik ataupun ibu bapa terhadap anak2.

Ibu saya terkenal dengan ketegasan beliau sehinggakan saya pernah terdetik bahawa ibu saya tidak sayang akan kami adik beradik. Tetapi saya percaya, itu hanyalah bisikan dan andaian saya sahaja. Sebabnya, walaupun tiada kelembutan di dalam kata2 ibu saya, tindakan dan jasa ibu pada kami sekeluarga sangat lah tidak ternilai.

Hanya Allah mampu membalas kebaikan ibu kepada kami semua. Begitu juga abah, terkenal dengan lawak jenaka, tetapi Allah lebih sayangkan dia, 7 tahun berlalu selepas beliau meninggal dunia.

Semenjak kematian abah, hidup saya ibarat seperti wujud ruang kosong didalam jiwa. Pada awalnya, saya cuba untuk berfikiran positif, untuk move on. Tapi lama kelamaan, kesunyian itu bagai menghantui diri saya.

Paling ketara apabila saya mula menyambung pengajian selepas SPM. Agak sukar untuk saya bergaul dengan orang baharu di tempat yang baharu. Saya perlahan2 cuba untuk blend in dengan classmates dan alhamdulillah Allah permudahkan.

Hari demi hari, tahun demi tahun, rasa sunyi itu tetap kembali apabila mata ini melihat rakan2 yang lain sudah mempunyai teman hidup masing2. Terdetik dalam hati ini untuk turut mencari pasangan yang boleh menerima diri yang serba kekurangan ini. Namun saya sedar, jodoh dan ajal telah Allah aturkan.

Sejak menyambung pelajaran, ada dua tiga lelaki yang cuba untuk kenal saya dengan lebih rapat. Tetapi hati ini sendiri menolak dan kekadang rasa takut untuk masuk ke fasa itu. Sedangkan hati ini jelas kesunyian dan memerlukan seseorang untuk menjadi tempat menumpang kasih, tempat berkongsi cerita ataupun teman baik setiap masa.

Untuk saya distract diri saya dari terlalu memikirkan perkara tersebut, saya tumpukan perhatian penuh kepada pelajaran saya. Bertahun tahun saya menghabiskan masa menuntut ilmu. Berbagai ragam dan jenis manusia saya jumpa. Ada yang buruk sifatnya dan ada yang baik. Sayang sekali, yang baik itulah yang pergi dahulu.

Sehinggakan satu tahap, saya berkeputusan untuk gerak solo sepanjang pengajian saya di universiti. Pergi kelas seorang, belajar di library seorang, beli makanan seorang, semua aktiviti kebanyakan nya saya act seorang diri.

Ragam setiap individu dalam class saya buat saya decide untuk nekad gerak sendiri. Kerana diri ini rasa lebih dipergunakan dari dihargai. Tak apa lah, saya maafkan mereka dan harap mereka berubah InsyaAllah.

Ada waktu saya keluar bersama rakan2 yang lain, tapi berapalah sangat jumlahnya jika hendak dibandingkan dengan orang lain. Itupun hanya rakan yang saya betul2 rapat dan percaya. Usia yang makin meningkat membuatkan saya lebih selesa untuk bersendirian. Yang bermaksud, bertambah sunyilah hidup ini.

Akhir kata, saya berharap bagi yang mempunyai atau akan mempunyai anak, didiklah mereka dengan penuh kasih sayang. Rendahkan lah ego anda sebagai ibu bapa. Didik lah anak anda dengan kelembutan dan keikhlasan.

Bagi yang masih dalam fasa mencari pasangan hidup, istikharah lah dan yakin dengan aturan yang telah Allah tetapkan. InsyaAllah aturanNya adalah lebih baik.

Dan bagi yang menempuh alam pengajian, janganlah anda aniaya rakan2 dengan apancara sekalipun, dosa manusia sesama manusia tidak akan diampunkan selain daripada mendapat keampunan dari empunya badan sendiri. Pilih rakan yang baik dan perlu bijak membuat keputusan.

Saya doakan semua anda semua cekal menghadapi ujian dan hari yang mendatang. InsyaAllah

– Ally (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit