Jiwa Kosong II

Jiwa Kosong II

Untuk pembaca baru, anda boleh baca siri 1 di link ini, (https://iiumc.com/jiwa-kosong/). Kisah aku bukan novel, bukan nak tarik simpati dan bukan nak kumpul wakaf dosa. Ini memang kisah benar yang aku masih struggle (positif) mencari solusi dan cuba untuk move on.

Sebenarnya malas nak menjawab soalan. Tapi sebab aku memang tahu ini risikonya. Ok aku jawab soalan mana yang aku boleh jawab. Mungkin ia membantu orang lain.

Aku seorang yang bekerjaya. Menggalas tanggungjawab sejak arwah ayah aku meninggal. Terkontang kanting sendiri. Abang dan akak aku lepas tangan dengan keluarga kecil mereka. Yang lelaki ego, yang perempuan ikut kata suami.

Tapi ada la juga yang baik cumanya mereka tidak pernah bertanya atau ambik tahu. Sebab mereka telah terbiasa, benda dah setel. Sebab aku uruskan. Walaupun aku belum bekerja lagi pada waktu itu. Baru lepas SPM. Tapi sebab aku ni PA arwah ayah. Jadi aku banyak belajar daripada arwah ayah aku.konon la PA kan..

Bermula belasan tahun lagi aku bertanggungjawab dengan urusan family aku. Mak dan adik-adik aku. Report card adik aku. Aku yang uruskan. Mak aku dah tak larat. Sehinggalah aku berada pada tahap kerjaya yang membanggakan aku. Melepasi target aku. Adik-adik aku juga telah mula bekerja. Terasa hilang satu beban.

Wahai pembaca, nak bayar yuran sendiri dan kos belajar adik bukan senang ya. Amount sangat besar. 2 adik tau. Alhamdulillah ibu aku makin sihat (selepas operate). Kos aku tanggung. Walaupun dah tua. Berkat doa ibu. Aku jadi makin tegas sebab selepas kejadian pergaduhan besar antara abang aku, akak ipar aku dengan ibu aku serta aku. Menjadikan aku sangat protected dan out spoken dengan family. Susah kalau ada toksik ni. Hihihi

10 tahun aku keep masalah kesihatan aku. Maksud aku di sini adalah aku ulang alik hospital dan klinik. Tanpa mengetahui apa penyakit aku sehingga lah aku buat sekali lagi ujian kesihatan di KK sebelum di rujuk ke hospital kerajaan. Betul beb aku tak tipu. Siap doktor cakap tahi telingga keras la.. Dan sebagainya. Bukan bidang aku. Aku follow je doktor. Mereka lebih mahir.

Tahun ini baru doktor sahkan aku penghidap mineire disease. Betul apa yang doktor ilzanno Sharky komen. Bakal pesakit vertigo juga. Ini yang doktor aku bagi tahu.

Apa yang aku buat adalah. Aku inform majikan aku. Dapatkan medical report dan agent insurance aku. Pru Bsn Takaful. Itu juga atas nasihat hr company. Alhamdulillah ada setengah prosedur perubatan company aku akan cover.

Memandangkan agent aku lepas tangan. Aku contact pihak pru bsn sendiri. Dengan polisi insurance aku yang mahal itu, ia tidak cover. Sebelum contact pun aku dah lihat polisi insurance aku. Aku bukan main terjah. Aku teliti bab benda yang penting nie. Lagi satu aku dah try tanya pihak hospital di bahagian audio. Mereka juga kata usually pihak insurance tak cover boleh try contact pihak insurance untuk kepastian.

That way la aku call CS. CS kata bukan tanggungjawab kami agent lari. Perlu berurusan dengan agent. Sedangkan aku keep mention, agent saya lepas tangan, macam mana saya nak contact agent saya that way la saya call directly.

Macam-macam alasan diberi. Mak aii awat lagu nie. Aku tak puas hati. Aku contact dan akhirnya dapat la berurusan dengan pihak up from CS. Itu pun geram la gak. Tapi at least aku tahu kalau dah lost pendengaran dan tahap nak kena bedah baru insurance cover. Tak payah cakap kanser memang terang-terang ada dalam polisi.

Di sini pihak insurans tidak cover kerana peralatan Hearing aid adalah cosmetic. Sedangkan hearing aid membantu untuk mengelakkan saraf pendengaran aku menjadi malas. Aku juga research perkara ini sebelum aku buat keputusan.

Aku terpaksa keluarkan kos RM10k. Tabung kecemasan. Satu keperluan untuk aku kerana aku bekerja direct dengan bos-bos dan clients oversea. Kalau telingga kau blocking. Kau nak dengar apa??. Aku tak sembunyikan sebarang fakta dengan pihak insurance. Tujuan aku dapatkan kepastian dan declare disease aku.

Betul assumptions seorang sis ni. Aku perlukan untuk komunikasi dan kelangsungan aku untuk survive. Ketika membayar kos tersebut, terdetik di hati aku “bagaimana dengan orang yang kurang kemampuan”. Beb masa aku tunggu untuk audio appointment di hospital.

Aku teringat ada seorang abang nie kata, “insurance tak cover tak tahu mana nak dapatkan duit. Raya dah nak dekat ni. ” sedih aku tengok rupa dia. Insurance yang sama tapi harga yang berbeza. Jadi aku kasi hint. Jangan bergantungkos kesihatan pada insurance sebaliknya sediakan juga cash pada kos perubatan anda.

Mengapa aku nyatakan nama insurance?. Tak terpikir pulak aku time menulis tue nak hide nmaa insurance. Point aku hanya ingin menyatakan bahawa. Pihak agent sekalian silalah bertanggungjawab. Jangan lari. Kerja juga satu ibadah. Aku tahu mesti agent insurance panas hati. Aku tahu ada yang ok.

Aku bukan ambik satu insurance je. Banyak lagi urusan insurance yang aku ambil macam rumah, kereta dan sebagainya. Yang merisaukan aku, macam mana nak sara hidup aku kalau aku lost ability untuk berdiri dan berkomunikasi?.

Bagaimana aku dapat secebis kekuatan ini? Aku ada nota. Nota yang apa aku perlu buat hari ini. Contoh aku kasi, hari ini aku kena buat solat 5 waktu, solat dhuha, solat tahajud, selawat 100x, tasbih 100x..

Kalau dah buat, aku tick. Circle masa aku daripada 4.30 pagi sampai lah pukul 10 malam. Sekecil kecil task contoh. Buang sampah pun aku masukkan dalam nota tersebut. Ha macam tue la.. Saham akhirat dan dunia. Aku buat nota. Apa aku perlu buat hari esok. Sebelum tidur aku dah buat siap-siap peringatan untuk aku.

Harap menjawab pertanyaan korang semua. Terima kasih yang sudi memberi nasihat, memahami dll.

– TT (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap