Wei anak lelaki! Dengar sini!

Confession ini ditulis tika aku sedang rehat selama sejam. Harap admin approve. Post ini dituju khas untuk anak2 terutama yg lelaki.

Aku ada abang dua, tapi aku sangat geram dengan perangai masing2. Dah kahwin tapi masih mintak duit mak bapak aku! Mula2 aku pegang prinsip, tak pela skrg diorang susah kita tolong la hulur2, nnt diorang dah senang oke la syukur. Alaaa, mcm kisah2 org berjaya yg sales ribu raban juta juta , setiap kisah hidup diorang mesti dari kepayahan juga. Kenapa aku pegang prinsip gitu? Sebab abang aku yg sorang beberapa bulan lepas semangat gila dia niaga kecil2an kat pasar malam, pongpang dia cite itu ini. Tapi bila baru sekali mintak tapak niaga kt tempat lain dan dia gagal dapatkan, dia dah bising! Sekali je bhai. Lepastu give up ke apa entah! Sekarang aku tak tahu apa cite perniagaan dia tu.

Yg sorang lagi lak, kete dia mak bapak aku still bayarkan. Aduhai pebenda wei. Aku masih belajar, aku x pernah minta duit dari bapak aku. Bila duit aku dh berkurang, aku jimat gila2 tunggu ayah aku bank in lagi bila2 masa. Aku pernah ada seringgit dalam beg duit, aku pernah sehari tak keluar sesen pun, aku pernah makan megi seminggu walhal aku tak suka selalu makan megi.

Cuti sem ni aku kerja, mak aku whatsapp aku kata abang aku minta duit nak beli barang baby. Semalam dah pinjam (pinjam ke?) RM 100, ni minta lagi. Aku nak nangis wei. Semua orang cakap , untung la kau anak bongsu mesti senang kan sebab tinggal sorang je (semua dah kahwin). Aku rasa weii aku rasa aku lagi merana dari korang! Korang yg ada adk brdk yg belum kahwin sah2 jadi tanggungan mak ayah. Aku ni? Diorang dah kahwin tapi mintak duit lagi! Lelaki lak tu! Kenapa aku macam x nampak ek anisiatif seorang anak lelaki yg x akan minta duit mak bapak diorang walau terdesak macam mana pun?? Kenapa abg2 aku mcm ni wei.

Aku kadang2 menangis sebab aku masih belajar dan mak bapak aku terpaksa bagi duit kat aku lagi, dengan umur mereka patut dah kena berehat. Patut aku x payah susahkan mereka lagi! Aku menangis wei. Skrg dah cuti sem. Aku tak balik kmpg semata2 nak kerja.

Tolong la anak lelaki, engkau tak belajar tinggi takde hal. Aku x peduli engkau takde spm takde degree. Tapi tolong la hidup berdikari jangan susahkan hidup mak bapak! Ini sampai mak mengadu kat anak dia yg lain betapa stressnya mereka dengan kerenah anak2 yg nak duit. Allah. Please ANAK LELAKI!!!!

– Cici

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

15 Comments

  1. Bab terima duit dari parents tu jangan rasa bersalah sebab itu memang tangunggajawab mereka.Saya akui memang rasa bersalah time mintak/terima duit,saya bongsu jugak,alhamdulillah keluargalah yang menampung duit belanja saya walaupun kes abang2 saya sama mcm kes awak.So no biggie la,kalau parents hulur duit tu kita terima dengan syukur.Ketepikan rasa guilt tu,don’t feel guilty unless you are spending that money on something that is wasteful.

    • Sbagai seorg dh dewasa tua besar panjang harus lah pk akan ksusahan mak ayh ,smpai bila nk harapkan,malu kena ada ngn parents, kna ada perasaan tu walopon tu tgjwb mereka. Lain lah klo msih skolah. Sbb tu bkn senang nak jdi anak yg baik.

  2. Abang awak 2 orang je yang mcm tu. Kementerian kesejahteraan lelaki dan kemasyarakatan membantah sekeras2 tindakan 2 org abang awak itu.

  3. Xperlu nafikan,bukan 2 orang.. ramai lagi… pd sis yg bercerita,sy hrap sis selalu doakan yg terbaik utk abg2 sis… situasi mcm ni sy prnah jumpa,akn tiba msnye nanti,mereka akn berhenti meminta2 pd ibubapa,kerana pd ketika itu,mereka telah benar2 matang…

  4. Belum kena kat batang hidung mmg senang nak komen… Hidup zaman skrg mmg penuh pancaroba terutama dugaan ekonomi… Dah kawen bukan bermakna duit bertambah banyak…tambah lagi kalau dah ada baby dan isteri tidak bekerja….

    Insya-Allah rezeki anak ada bahagiannya…

  5. lg kisah salah didikan parents ni.bg akak le..mak ayah kene bertegas.jgn le ikotkan..lemak berkrim le diaorg kalo asik ditolong dibantu.biorkan je xyah layan..haiishh..mak ayah hati kene keras skit dlm mndidik anak2 ni.. kalo x..mcm ni le jdnye..dr kecik sampai ke tua mnyusahkan mak ayah..ehh…ehh..teremosi plak hakak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *