Dari Angan-angan Jadi Kenyataan

Salam semua yang ini aku rasa dah dua kali aku hantar tapi yang satu lagi tak disiarkan haha tapi takpe maybe yang first tu kurang menarik dan kurang informasi.Aku nak story bagaimana dari angan angan dan mimpi boleh jadi kenyataan.Sesetengah orang anggap angan angan ni hanya untuk orang malas dan takde semangat tapi kat sini aku nak buktikan dari angan angan tu kita semua boleh capai dengan usaha dan doa.Kat sini aku nak cerita dua angan angan aku dari kecil dan alhamdulillah dapat aku capai

Pertama,aku ni dari keluarga yang sederhana dan keluarga aku jenis tak suka berjalan sangat.Berjalan tu ada dengan kereta tapi tak selalu.Angan angan dulu dari kecil nak rasa naik kapal terbang.Setiap kali lalu KLIA aku angan maybe satu hari nanti dapat kot naik kapal terbang.Tapi keluarga aku jenis tak suka berjalan dan aku rasa time tu naik kapal terbang agak mahal dan aku tak mampu punye.Tapi berkat angan angan nak naik kapal bila aku umur 21 tahun baru aku dapat rasa naik kapal terbang itu pun secara kebetulan.Time lepas habis diploma aku ada kerja part time pastu member member aku tak cukup kawan nak ke Langkawi.Nak pergi awal awal tu takut keluarga tak lepas kan dan alhamdulillah mak aku lepas kan.Dan disitu lah bermula aku punye angan angan menjadi realiti.Kemain teruja kot naik kapal terbang.Then pressure time atas kapal tu sampai time landing peh rasa nak nangis pon ada.Time nak balik tu pulak Kapal aku redah ribut fuh cemas habis.Tapi tula Allah perkenankan jugak doa aku nak naik kapal.

Kedua,angan angan nak study kat universiti terkemuka.Habis diploma semua orang isi upu dan mestilah semua berebut nak masuk universiti terkenal.Aku pon salah sorang dari mereka tu haha.Tapi aku hanya mampu angan angan je sebab pointer aku cukup makan je bawah 3.5.Tapi upu aku letak je no 1 sebab nak try market (memang terbukti sini hanya pandang asasi stpm dengan matrik sahaja..diploma dorang macam tak kisah langsung).Sebelum tu aku ada mimpi aku tengah bergambar depan universiti tapi aku rasa universiti tu terlalu tinggi untuk aku masuk.Aku ingat tu hanya main tidur je kan.Nak jadi cerita seminggu sebelum upu punye keputusan keluar aku dapat call dari fakulti suruh aku hantar dokument spm diploma semua.Aku pulak time tu tengah kerja memang tak sempat nak hantar cepat.Aku cuti then aku hantar.Boleh silap email pulak time hantar.Aku call orang tu balik then dia kata dah tutup untuk hantar tu dan dia kata doa je supaya diterima.Memang putus asa tapi aku tak terkilan sangat sebab aku rasa tak layak kot.Alhamdulillah result keluar aku dapat universiti yang terkemuka tu.Happy gila kot sebelum ni hanya angan angan je sekarang betul jadi kenyataan.Sekarang dah masuk sini agak struggle tapi InsyaAllah aku takkan putus asa sebab Allah dah kasi peluang untuk aku kenapa aku nak persiakan.Doakan aku kawan kawan semua agar satu hari apa yang aku belajar ni boleh digunakan untuk agama dan negara :)

– mejaaah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit