Rezeki dan Keberkatan

Assalamualaikum,

Ni first time hantar confession kat iium. Aku cikgu di sebuah sekolah kerajaan di Malaysia. Maklumat awal, pelajar2 sekolah kerajaan yg berkelayakan, entitled utk terima biasiswa khas pelajar dan pelajar2 ni semua dikategorikan sebagai pelajar projek khas.Biasanya budak projek khas ni byk keistimewaan dia dapat, utk kes skolah aku, dpt jugak fund dari alumni. Kalau hari raya dapat baju sepersalinan and duit raya dlm amaun yg agak besar.

Aku rase nak sampaikan confession kat sini sebab aku rasa ade tanggubgjawab yang aku perlu laksanakan sebagai cikgu untuk students aku yang dalam kalangan projek khas ni.

Ada sesetengah budak projek khas ni, sebenarnya tak layak pun terima bantuan. Ada yang isi borang tapi bila mintak penyata pendapatan, especially pelajar yang parents mereka bekerja sendiri, semua takde penyata gaji. Biasanya yg buat bisnes sendiri mcm katering, ada bukak kedai and etc. Hakikatnya mereka ni hidup senang je. Tp disebabkan die takde sertakan penyata pendapatan, ade yg main tulis je pendapatan below rm1000, yg melayakkan mereka utk terima biasiswa.

Ada jugak yang tahap mak budak tu sendiri call personally, cakap dekat aku (sebab aku form teacher anak dia), suruh aku padam maklumat penjaga kedua dalam sistem maklumat murid, sebabnya, suami baru dia, tak tanggung pun anak tiri die tu. (Nak kat mak, tp tak nak kat anaknye). Disebabkan die tanggung sorang2 anak die tu, die suruh aku padam details penjaga kedua yg sepatutnya diisi maklumat bapak tiri. (Ayah kandung lepas tangan).
Aku yg kesian ni, ikutkan je la walaupun hakikatnya, budak tu tak layak sebab bapak tiri die tu gaji above 5k. Aku rasa die dah ambil hak org lain yg patut lg layak terima bantuan projek khas ni.

Apa yang aku nk sampaikan kat sini, aku perhati kebanyakan budak2 yg mcm ni, yg dapat bantuan tp sebenarnya tak layak,budak2 ni semua tak berapa menjadi. Belajar tak berapa pandai, problematic, dalam kelas ngantuk manjang, exam result pun mmg tak seberapa. Kadang2 aku pikir adakah sebab rezeki diorg yang tak berkat menyebabkan result budak2 ni jadi mcm ni?
Ade je yang baik, dalam kelas attentive, rajin tanya, active participants dalam kelas, tolong member2, tp result still tak seberapa. Nampak dalam kelas mcm cerdik semacam, tp bila periksa, sendu je result. Kesian plak tgk yg jenis ni.

Aku tau bukan keje aku nk tentukan diterima atau diberkati ke tak rezeki seseorang. Tapi aku sebagai seorang muslim aku percaya rezeki kalau datang dari sumber yg salah, akan affect doa seseorang. Takut2 dek kerana urusan rezeki diorg yang belum setel ni, doa pun terhijab, belajar pun tak masuk, sudahnya anak2 ni yg jd mangsa disebabkan ada parents yg mcm aku sebut kat atas which is menipu maklumat pendapatan ibu bapa dalam borang maklumat murid.

Aku kesian kat anak2 ni semua, tapi mungkin mak bapak tak sedar kot. Takkan aku nak PM mak pak die bgtau, “encik, anak encik ni sy rasa tak berapa pandai bukan sebab die bodo cik,saya rasa rezeki anak encik ni tak berkat, anak encik tak patut dapat projek khas kan, tapi encik ambik jugak, encik rase elok ke camtu?”(ni sekadar contoh dialog)

Aku rase aku patut bgtau anak die supaya next year isi borang sistem maklumat murid dengan jujur, which if they do so, they will be no more entitled for the scholarship. Aku rase aku akan cakap juga soal keberkatan rezeki dengan ape yang jadi kat hidup kita kalau rezeki yang masuk dlm badan kita ni tak berkat. Nasiblah kalau mak ayah diorg sentap.

Doakan urusan aku dipermudah. Insyaallah.
-cikgu intan-

– Cikgu Intan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit