How’s Married Life Treating You?

Ramadan kali ini, adalah Ramadan pertama buat aku dan suami. Namun, di ambang Ramadan, aku dan suami diuji dengan pergaduhan demi pergaduhan yang membuatkan aku tak senang duduk. I need to spill! Oh by the way, usia perkahwinan kami baru je 5 bulan. Aah, memang baru sangat lagi.

Suami aku bekerja dengan sebuah syarikat swasta dan aku pula baru je bekerja di sebuah kafe. Walaupun umur kami berbeza 6 tahun, aku sangat senang dengan personaliti suamiku yang sangat tenang, penyabar dan matang orangnya. Keluarga dia pula memang menerima aku dengan penuh kasih sayang yang membuatkan aku rasa kadang-kala mak mertua aku ni sayang aku lebih dari mak aku sendiri. Aku sendiri bersyukur gila dapat mak mertua macam tu. Aku selalu takut nak kawin sbb takut dapat keluarga mertua yang jahat2 (lulz). Ni semua sebab banyak sangat layan drama Melayu yang tunjukkan karekter mak mertua jahat2 dan suka membawang tak pasal-pasal aku jadi cuak sendiri. Pendek cerita, semuanya memang nampak indah. Jap, perkahwinan aku masih lagi indah ok? Cuma beberapa perkara yang berlaku ni aku rasa aku nak luahkan, kot-kot ada yang mengalami perasaan yang sama macam apa yang aku rasa ataupun nak ambil pengajaran dari kisah aku.

Sebelum kahwin, aku dah sedia maklum yang suami aku ni memang ada masalah kewangan walaupun dia bergaji RM8k sebulan. Dulu, dia pernah tersilap langkah apply loan untuk buat bisnes emas tapi ada masalah and orang atasan bawak lari duit. Selain tu, dia pernah ambil kad kredit and dah banyak belanja macam-macam dulu dan kesannya sekarang nak kena bayar semula semua yang pernah dibelanjakan dulu. Nak kata sampai kena kejar ceti mintak hutang tu idokler, Cuma boleh kata kitorang ni cukup-cukup makan je. Bila gaji, terpaksa bayar hutang-hutang, bil air, bil api, bil astro dan macam-macam lagi. Belum lagi tolak duit kereta. Aku faham dan aku sedia nak hidup bersama dengan suami aku.

Kebiasaannya, suami aku akan ketepikan rm300 untuk beli barangan dapur. Yang lain-lain, dia ketepikan untuk duit minyak pergi kerja etc. Nasib baik rumah dah habis bayar since aku duduk rumah mak ayah mertua aku lepas dorang pindah balik ke kampung. Bila nak dekat hujung bulan tu sesak sangat-sangat. Terpaksa korek-korek mana yang ada. Aku selalu senyap-senyap curi tengok fon suami aku. Sebak gila bila tengok kadang-kadang dia whatsapp ibu dia, adik-beradik ke, kawan-kawan ke untuk pinjam duit. Just to make the end meets. Terkadang, bila aku duduk sorang-sorang mengenang nasib, mesti aku terbayangkan semua angan-angan yang selalu aku impikan sebelum aku kahwin. Nak duduk rumah baru, deco rumah sendiri, deco bilik sendiri, deco ruang tamu sendiri, langsir pilih sendiri…haih macam-macam lagi lah. Tapi bila tengok keperitan sang suami cari rezeki nak bayar itu ini, nak sediakan tempat tinggal, makan minum yang secukupnya aku terus jadi kesian. Sampaikan nafkah untuk aku sendiri sebagai isteri pun aku tak sampai hati nak mintak walaupun aku berhak. Bila hati aku terdetik yang aku sepatutnya tuntut hak aku, aku cepat-cepat padamkan sebab aku tak nak suami aku berdosa sbb tak bagi nafkah zahir pada aku.

Sememangnya ni semua bukan mudah. Aku akui, keinginan dan kehendak aku teruji. Mana taknya, masa aku masih lagi dibawah tanggungjawab ayah aku, apa je yang aku nak inshaAllah aku akan dapat…even ayah aku bukannya orang kaya. Masa diploma pun, ayah aku mampu tanggung pengajian aku tanpa amik PTPTN. Secara mudahnya, hidup aku sangat senang dan tak pernah rasa susah. Bila terasa susah tu, aku asyik teringatkan ayah. Aku takut sangat aku tercompare antara suami dan ayah aku. Yang paling sebak sekali, hari tu aku balik kampung sorang tanpa suami aku sebab nak pergi mengundi. Masa otw ayah nak hantar ke terminal bas tu tiba-tiba ayah tanya “How’s marriage life?” Automatik, mata aku dah bergenang air mata. Mungkin sebelum ni kalau orang lain tanya, aku akan jawab “Best!” dan senyum tanpa paksaan. Tapi dengan ayah, aku rasa aku tak dapat sembunyikan lagi. Aku cakap “Married life is fun…and tough” and being an ayah…biasalah, dia bagi nasihat pasal perkahwinan apa semua. Aku chill lagi. Entah macam mana, tiba-tiba meleleh lak air mata aku ni…So, terlepas jugaklaa cerita yang aku pendam selama ni dari siapa-siapa.

Ayah sangat memahami, dia suruh aku teruskan jadi isteri yang understanding, yang faham beban sang suami. Aku ada luahkan kat ayah, yang kadang2 suami aku rasa down bila dia tak dapat provide apa yang aku nak. Tak dapat bagi kemewahan pada aku macam yang ayah aku bagi dulu. Ayah aku pun pesan, kalau ayah ada belikan apa-apa barang untuk aku, better jangan cerita pada dia kalau benda tu boleh buat dia down. Bila nak sampai hujung bulan tu, ada jugak beberapa kali aku tebalkan muka pinjam duit dekat ayah. Then masa tu, ayah cakap “Duit tu ayah bagi, bukan pinjam. Tak payah bayar balik.” Allahuuu, lagi macam air terjun air mata aku masa tu. Aku tanya ayah, mak ada cakap pape ke. Ayah kata mak taktau apa-apa. Mak tak dapat tangkap bila aku jawab soalan mak “Kucing yang lain semua mana?” “Ermm..terpaksa buang kat pasar. Kitorang sendiri tak cukup makan, lagi nak bela kucing” Ayah noticed it :( Ayah pesan pada aku supaya banyak-banyak bersabar, jangan tinggal solat and jangan kecikkan hati suami aku. InshaAllah ayah :(

Masa awal-awal perkahwinan, kitorang diuji dengan tiba-tiba ex-gf suami aku datang mengejut kat rumah kitorang. Masa tu aku tengah tidur kejap kat ruang tamu lepas siap-siapkan barang dapur. Suami aku pulak pergi kerja macam biasa. Then suddenly ada orang ketuk pintu rumah panggil nama aku. Aku dengan mamai dan terkejutnya, terus bukak pintu. Rupanya mak cik sebelah kata ada orang dtg rumah nak jumpa mak mertua aku. Disebabkan dia dah ada kat depan pintu terpaksalah aku jemput masuk. Makcik ni pun boleh tahan kuat membawang jugak. Dia main bukak je pintu pagar rumah aku then gigih ketuk pintu rumah.

Mula-mula tu aku memang tak kenal dia siapa. Aku callkan mak mertua aku (since dia dah duduk kat kampung) sekali bila perempuan tu pulang balik fon, mak mertua aku tanya “Alya, alya ok ke?” Aku yang taktau pape ni cakap lah aku ok je. Perempuan ni, asyik tanya macam-macam kat aku pasal suami aku, pasal adik2 dia, pasal mak ayah dia. Walaupun pelik, aku jawab je macam biasa sebab aku anggap dia tu tetamu mak mertua aku kan. So, aku whatsapp suami aku, cakap ada orang dtg rumah nak jumpa ibu. Dia kata nama dia Sya. Laki aku pun pelik, Sya mana ni? Sambil borak tu aku senyap-senyap tangkap gambar perempuan tu then send dekat suami aku. Kalut suami aku reply, ni bukan Sya… Ni Wati! (bukan nama sebenar). Automatik tangan aku menggigil, jantung aku macam nak pecah. Suami aku pernah cerita pasal Wati ni dan dia psycho gila wehhh. Dia tak boleh terima yang suami aku nak break up dulu dengan dia. Dia tak boleh move on and asyik kacau suami aku, hantar sms panjang berjela dan rupanya mak mertua aku pun dia kacau. Mana taknya, duk desak suami aku bila nak kahwin padahal masa tu dia tengah serabut pasal kes bisnes emas tu.

Ok, smbung. Masa tu aku dah cuak gilaa, aku cakap aku nak naik atas jap. Kalut, bateri fon pun dah low gila ni. Mak mertua aku call balik, taktau nak buat apa, aku cakap boleh tak ibu cakap dengan Cik Ema, lagi sorang jiran deret rumah aku ni. Time tu tiba2 si Wati ni duk panggil dari bawah and tanya boleh tak nak tumpang cas fon? Kau datang rumah orang nak cas fon apa lagi??? Aku terpaksa cakap aku nak keluar ni sebenarnya.. Kau tau dia cakap apa? “Awak dah tau eh?” Ya Allah, muka aku dah pucat lesi time tuu aku taktau nak reply apa.

Nasib baik Cik Ema terus datang rumah, dia kelentongkan cakap nak mintak tolong aku jaga cucu dia kat rumah. Masa aku nak tutup pagar tu dia sibuk tanya-tanya aku, “Mak Cik Mah (mak mertua aku) ada cakap pape eh? Reza (suami aku) ada cakap apa apa ke?” Aku cakap aku taktau pape. Aku tanya balik, awak ni siapa eh? Kenapa tanya pasal suami saya? Then tiba-tiba dia macam nak racun aku “ Saya datang bukan dengan niat jahat, saya Cuma nak tau kenapa Reza tinggalkan saya macam tu je” Aku terus blah masuk rumah cik Ema. Sebelum tu aku sempat balas, “Jangan kacau kami lagi! Saya dan Reza dah kahwin!” Mesti dia datang tu sebab tak percaya suami aku kata dia dah kahwin. Nasib baik aku dah tau citer sebenar dari suami aku.Kalau tak mau goyah kepercayaan aku pada dia. Lama jugak aku duduk rumah jiran aku tu and tunggu adik ipar aku dua orang dgn suami aku balik kerja. Rupanya, dia siap tunggu kat tepi jalan agaknya tunggu jugak yang lain balik. Suami aku sampai je terus aku nangis sebab takut sangat punya pasal.

So bila orang tanya, “How’s married life treating you?” This is marriage to me. My version of story. Aku masih lagi bertatih nak uruskan rumahtangga dan nak bantu suami aku ringankan beban dia. Bila kami duk gaduh tadi, aku cuba nak reflect diri aku, nak turunkan ego aku yang sememangnya tinggi ni. Jujur cakap, rasa nak memberontak, rasa nak marah, nak maki, semua ada. Tapi aku dalam proses nak lawan semua tu untuk jadi yang lebih baik. Hal anak pulak, dah ramai yang bertanya. Siapa yang taknak anak kan? Aku pun tak sabar nak dapat anak, tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, kehidupan yang financially challenged ni, aku serahkan semua pada Allah. Aku percaya, kalau dh smpai masanya Dia berikan aku zuriat, masa tu adalah masa yang terbaik. Dan aku waktu tu aku dah bersedia untuk fasa seterusnya. Aku harap para pembaca yang sedang membaca ni doakan lah yang baik-baik untuk kami. Semoga urusan korang semua pun dipermudahkan. InshaAllah aminnn!

– Alya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *