Kenapa Tak Kerja Petronas?

Assalamualaikum WBT semuanya,

Pertama sekali nak ucapkan ribuan terima kasih kalau cerita aku ni dipublish hahahaha sebab maybe cerita aku ni dapat mengubah mentaliti makciks dan pakciks terhadap graduan lepasan Universiti macam aku ni.

First of call, story aku ni bukan nak kecam PETRONAS ataupun pihak sesiapa okay, cuma aku harap lepas dah baca kisah aku ni hopefully dapat mengurangkan makciks/pakciks punya “wonder” why kami2 tak kerja kat OnG company macam PETRONAS semua tu.

Aku ni lepasan Private University yang bukan from UIA, tapi based on title pun korang dah boleh agak aku from U mana. So dijadikan cerita, boleh dikatakan aku ni dah selalu sangat adapt soalan2 berbunyi;

“Awat tak keje PETRONAS?”
“Eh buat rugi je belajar mahal-mahal last2 kerja kilang”
“Ni mesti jenis malas study sebab tu tak dapat kerja kat PETRONAS”

And I was like, weyhh memang kau tahu pun struggle aku dulu macam mana kan sampai nak kata aku malas study bagai hahaha..

The pressure is real guys when people starts to ask every single question regarding “Kenapa bukan PETRONAS”, tambahan aku ni sekarang kerja kat kilang, lagi dikecam hebat oleh makciks ni. Tak lupa jugak ada yang gelakkan aku sebab dikatakan “gagal” sebab kerja kilang, alkisah dia tak tahu position aku as apa kat kilang tu so aku diamkan saja la makciks tu.

Sebenarnya, tak kisah la kerja OnG company ke, kilang ke, even company yang kecik2 tu pun bagi aku okay sangat dah asalkan duit bulan2 ada boleh support family boleh bayar hutang belajar. Aku rasa soalan2 makciks ni la menyebabkan ramai graduan Universiti banyak menganggur sebab memilih kerja, antara salah satu sebab this kind of questions la. Dan aku pun tak faham kenapa makciks ni lagi sibuk pasal aku kerja mana padahal selama 5 tahun aku belajar tu bukan dorang yang support financial aku tapi gaya dia punya wonder tu macam dorang pulak yang tanggung malu, family aku rilex je aku tengok. LOL

Kekadang aku murung gak rasa tak bersyukur pun pernah rasa sebelum ni sebab fikir kenapa tak dapat kerja OnG companies sedangkan aku ni berlatar belakangkan Universiti yang wellknown la jugak. Tapi nasib baik officemate jenis positive habis bagi aku nasihat bagai. Ini nasib baik aku kerja kilang yang ada nama jugak company ni, ada member aku kerja kat company kecik satu hari tu menangis mengadu kat aku sebab orang sekeliling kecam dia tak kerja company hebat.

Asalkan dapat kerja pun dah okay dah makciks. Please change your mindset towards us. Memang aku pun kekadang nampak member kerja kat PETRONAS tu seronok la jugak tapi itu rezeki diorang, rezeki kami2 yang tak dapat kerja OnG ni dah dikira dapat kerja pun bersyukur.

Itu saja coretan aku. Moga makciks jangan kecam okay.

– Abam Bukan Kerja PETRONAS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit