Peluang Yang Terpaksa Dilepaskan

Assalamualaikum, pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah saya seandainya kisah saya ini disiarkan. Harapan saya agar masyarakat terutama sekali ibu bapa diluar sana dapat menyedari dan memahami situasi kehidupan dunia pekerjaan kini.

Saya merupakan fresh graduan daripada universiti awam yang masih tiada pekerjaan selama 9 bulan selepas saya grad. Bagi saya, tiada pekerjaan bukanlah kerana malas mencari kerja tetapi banyak halangan dan tentangan daripada beberapa pihak untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Halangan yang menyebabkan saya tiada pekerjaan sehingga sekarang iaitu daripada ibu bapa dan adik-beradik saya sendiri iaitu menghalang saya bekerja bidang swasta. Keluarga saya majoritinya bekerja dalam bidang sektor kerajaan jadi tanggapan mereka pekerjaan saya juga perlu bekerja dalam sektor kerajaan. Saya merupakan anak kedua bongsu semestinya kehidupan saya selalunya akan ditentukan oleh keluarga saya dan sukar untuk saya membuat pilihan saya sendiri menyebabkan pekerjaan saya juga akan ditapiskan terlebih dahulu oleh keluarga saya (sukarkan kehidupan saya).huhu..

Masalah ekonomi sekarang adalah apabila keadaan ekonomi sekarang bukan seperti dulu lagi iaitu kita perlu berusaha sendiri untuk menyara diri dan mendapatkan duit dengan cara sendiri dan bukan hanya bergantung kepada kerja kerajaan sahaja boleh hidup. Selepas saya grad, banyak sektor swasta menawarkan peluang pekerjaan kepada saya, tetapi disebabkan ibu bapa dan adik-beradik saya menghalang untuk saya menghadiri temuduga dan bekerja dengan syarikat swasta, akibatnya saya menggangur di rumah dan tiada pengalaman kerja yang saya perolehi. Adilkah untuk kehidupan sedemikian, sedangkan ramai graduan diluar sana bekerja sektor swasta mampu mencapai cita-cita dan mempunyai peluang yang cerah tetapi kehidupan saya ibarat tiada lampu diwaktu malam (peribahasa saya sendiri). Bukan semua orang senasib dengan saya tetapi saya tiada peluang untuk saya berdikari sendiri dengan kejayaan saya. Banyak peluang pekerjaan sektor swasta saya terpaksa lepaskan disebabkan halangan daripada keluarga saya. Saya lepaskan peluang tesebut saya fikir jika ibu bapa tidak redha kehidupan saya juga tidak selamat. Saya fikir mungkin rezeki saya dapat pekerjaan yang lebih baik lagi tetapi rezeki juga ada mana-mana dan kita juga seharusnya mencari rezeki. Sekarang ini pun sebuah syarikat swasta telah menawarkan saya bekerja namun ibu bapa dan keluarga tidak mengizinkan kerana berfikir dengan fikiran yang negatif iaitu pekerjaan sekarang banyak penipuan sedangkan saya dah explain panjang lebar namun ayah saya tidak mahu mendengar apa yang saya bagitahu tentang tugas pekerjaan yang ditawarkan. Apa yang patut saya lakukan sekiranya dia (ayah saya) bersikap sebegini dengan saya. Semua ibu bapa sayangkan anak tetapi bagi saya bukan cara sedemikian, sayangnya berpada-pada dengan memahami karier dan cita-cita saya sendiri. Sanggupkah melihat anaknya ini dikeji dihina kerana tiada pekerjaan dan saya juga mengalami kemurungan disebabkan sikap keluarga saya sedemikian dan masyarakat yang memandang serong kepada penganggur seperti saya.
Nasihat saya kepada ibu bapa dan masyarakat diluar sana agar fikiran sentiasa positif dan cuba menyokong untuk memberi peluang kepada anak-anak untuk berjaya walaupun bukan bidang ibu bapa gemari. Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak-anaknya tidak berjaya namun didorong sengan sikap memahami anak-anak. Sampai diisini sahaja luahan yang saya alami selama 9 bulan menjadi penggangur di rumah.

– inieyz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit