Sekadar Meluah Rasa

Assalammualaikum admin, ni ada satu confession, diharapkan admin siarkanlah yea. Short introduction, aku Lana, 28 dan dah berkahwin. Ni cerita aku. Mungkin jalan cerita bersepah sikit, tapi takpelah kot, aku hanya sekadar ingin meluahkan rasa.

Okay, aku tengah lepak tengok TV bila mak cik aku tanya, “Pak cik A kau nak turun sini, nanti boleh la jumpa kat hotel sekian-sekian..” . Aku tak tahu la kenapa, tapi aku spontaneously geleng kepala and cakap, “takpe lah, tak nak”. Then mak cik aku sound aku, “Kau memang, kalau adik beradik aku semua kau tanak, tapi kalau sebelah bapak kau, sanggup turun ke negeri sekian-sekian kan?!”. Kalau nak tahu, bila dia cakap macam tu, dia telah triggered PTSD aku. Masa tu, untuk pertama kalinya, aku bercakap dengan nada yang tenang kenapa aku tak nak jumpa pak cik aku or kenapa aku dah tak raya dengan family sebelah mak aku. Oh by the way, mak cik aku tu kakak kepada mak aku.

So ini apa yang aku cakap kat mak cik aku yang buat dia terdiam tanpa sebarang respon melainkan air mata yang mengalir. Untuk diri aku pulak, untuk pertama kalinya aku tak mengalirkan air mata untuk perkara ni sedangkan bertahun, setiap kali aku kenangkan layanan dorang, aku mesti menangis. Kali ni, aku mampu tahan rasa sakit, rasa sebak di dada; tiada walau setitis air mata pon mengalir.

“Pak cik A tanak pernah suka kita. Dia tak pernah layan kita dengan baik. Berapa kali kita balik rumah dia, dia buat kita tak wujud? Apa salah kita kat dia sampai anak dia sendiri (sepupu aku, sebaya aku) tahu yang ayah dia tak suka kita? Mana salah dan mana silap kita? Bukan dia je, Pak cik B pon sama, bila salam, tak sempat cium tangan, dia dah tarik. Itu belum lagi pak cik C, dia pernah ugut nak lempang kita masa kita sihat dulu. Mak cik tahu tak? Isteri pak cik C pernah sound kita depan kawan-kawan kita, masa tu kita tengah berjalan nak pergi rumah kawan kita, dia nampak kita, dia berhenti tepi, dia sound kita. Apa salah kita kat dia laki bini? Anak-anak dia pon kita tak pernah usik tau. Lepas tu, pak cik D, dia pernah kata kita ni sial. Apa yang kita dah buat dekat dia sampai dia kata kita macam tu? Itu belum mak cik A, kita duduk dengan dia, bukan free, kita jadi orang gaji.

Sumpah Lillah, Allah nampak semua. Masa tu kita tawakal je, sebab apa? Sebab kita kenangkan kita menumpang, itu bayaran kita sebab dia bagi kita makan, minum dan sekolahkan kita. Tapi dalam pada masa yang sama, yes, kita banyak buat perangai. Kita tak nafikan. Tuhan tahu kenapa. Anak dia tuduh kita tidur hotel dengan jantan mana tah, tapi lepas tu dia sendiri yang buat. Bersekedudukan dengan lelaki lepas tu kahwin lari. Kenapa mak cik tanak cakap apa-apa pulak? Dia buat takpe, kita buat? Maunya kena kecam. Kita ni takde lah baik mana, kita tahu, tapi at least kita tak ikut jejak kaki ibu yang melahirkan. Kita masih tahu jaga air muka mama papa. Kita keluar rumah umur 18, sebab apa? Sebab kita tak tahan dengan layanan korang. Kita usaha cari hidup sendiri. Kerja kat farmasi, belajar hidup sendiri.

Bergantung pada diri sendiri sebab kita tahu, kalau kita tak kerja, kita nak hidup macam mana? Takkan nak merempat tepi jalan pulak? Lain lah dengan dorang (sepupu-sepupu), mak ayah kaya. Tak kerja pon duit masuk akaun tiap bulan, tak kerja pon mak ayah sara. Tapi kita? Umur 18 kita dah belajar hidup sendiri, tak harap duit mama papa. Ada duit beli la apa yang kita nak, takde duit, kita diam. Kita takde pulak nak bezakan sebelah mama ke, sebelah papa ke. Kita nilai, kita diam. Kita tahu siapa yang suka dan siapa yang tak. Siapa yang terima kita dari mana pon kita datang dan siapa yang jijik dengan kita. Kita bukan dendam, tapi kita tak boleh nak lupa. Mak cik tahu tak, kita kan, kalah boleh patah balik masa, kita nak sangat orang lain yang bela kita, tak kenal korang pon takpe lah, Sekurang-kurangnya kita tak perlu lalui semua ni. Kita berterima kasih pada ibu yang mengandungkan dan melahirkan, tapi kita takkan maafkan dia atas segala ‘sakit’ yang dia beri. Pada kita, baik dia gugurkan kita, dari lahirkan kita. Sebab dah alang-alang buat dosa, terus je la buat dosa. Apa salah kita sampai dia nak haramkan setitik susu dia yang mengalir dalam badan kita ni? Apa salah kita pada korang semua?”

Panjangkan? Ye, ada lagi, yang ni apa yang aku ingat. Yang lain aku dah lupa. Aku tahu akan ada yang kecam, tapi, takpe. Kecam je lah. Aku rasa lega, beban dalam hati aku berkurang. Aku takde niat nak kurang ajar dengan mak cik aku, cuma aku rasa dia perlu tahu apa yang aku lalui selama ni. Apa yang dorang dah buat pada aku. Aku membesar dalam keadaan yang dibenci. Aku masih kecil, tapi aku tahu beza disayangi dan dibenci. Masa tu maybe la aku tak faham kenapa, tapi semakin meningkat usia aku, semakin aku faham. Aku pernah menyorok kat rumah jiran sebab tak sengaja misplaced gunting mak cik aku, aku takut nak balik sebab aku tahu, kalau aku balik, confirm punya aku kena. Puas jiran aku pujuk aku balik, and as expected, memang teruk aku kena marah siap kena kutil lagi.

Sepanjang hidup aku, ada la beberapa kali aku merasa dapat baju baru, macam time raya, itupon pak cik sebelah ayah aku yang bagi suruh shopping raya. Selain daripada tu, semua baju sepupu-sepupu aku yang mak cik A nak buang. Tapi sebelum buang, dia bawaklah ke rumah aku suruh pilih mana yang aku nak. Aku jugak pernah pakai seluar dalam abang aku. Sepupu aku nampak, dia ejek aku, dia malukan aku kat sepupu-sepupu yang lain. Ala, seluar dalam yang ada gambar buaya kecik tu, dulukan famous. Kah! Banyak yang aku simpan sebenarnya, tapi cukup lah setakat ni.

Apa pon, terima kasih admin dan readers. Korang komen la apa yang korang nak, aku ‘like’ lah nanti. And ye, aku memang ada ‘major depression’ dan ‘PTSD’, Doktor Pakar Psychiatrist, Dr Kamisah, Hospital Ampang yang sahkan. Tapi aku stop jumpa dia sebab family sebelah mak aku cakap aku gila. Maaf ye Dr Kamisah, saya bukan tak nak datang appointment, tapi harap puan faham lah ye.

Terima Kasih.

– Lana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *