Assalamualaikum.. First of all saya nak ucapkan thank you kepada admin kerana sudi siarkan confession saya ini. Saya ingin cerita tentang SL1M. Actually, last weekend saya ada g walk in interview SL1M dkt SL1M carnival zon utara. Sebelum ni saya ada dengar and baca advantages sertai SL1M and ada juga cerita yang tak seronak pasal program ni.
Back to the story, hari tu first booth yang saya pergi ialah booth K******h. kenapa saya pilih untuk pergi ke booth tersebut. sebab ada 2500 kekosongan untuk diisi untuk program ni (nilai sebenar yang diambil rasanya tak sampai kot 2500 tu). so, masa dah dekat situ ada one of the staff ni dia datang and terangkan eligibility criteria seperti :
1. Malaysian graduates from universities with a recognized Bachelor’s degree;
2. CGPA 2.00 and above;
3. Age 27 and below;
4. Have been unemployed for more than 6 months upon completion of his/her final exam;
5.Have not participated in any SL1M or similar program; and
5. Possesses strong interest towards being employed
and semua criteria tu memang saya ada. selepas that staff terangkan dia suruh saya isi online form and after that dia suruh saya masuk untuk interview. actually sayat tak tahu pula yang bawah K******h ada banyak consultant. yang saya selalu dengar yang bawah K******h ni just talent corp, kelly dengan unipeq jer.
masa interview tu saya dapat consultant company (A******). semasa interview tak banyak sangat soalan yang ditanya. dia just tanya saya belajar dekat mana, bila final exam and bila intership. so, saya bagitahu yang saya baru habis belajar bulan 12 tahun lepas (final exam july 2017, internship dec 2017). and saya bagi tahu la scope yang saya nak (hospitality – sbb saya student hotel management, customer service and any management field). after that, staff tersebut cakap saya berjaya and esok (ahad) dia akan email or call. saya apa lagi rasa syukur sangat la akhirnya berjaya juga dapat tempat dlm program ni. tapi satu jer silap saya. saya lupa nak minta name card and alamat tempat training tu. so, nak tak nak. keesokan harinya saya pergi semula carnival tersebut and berjumpa semula dengan staff tersebut. tapi hampa sebab staff tersebut sibuk inetrview candidates lain. and saya tanya one of the staff dekat luar booth K******h dengan siapa saya perlu rujuk/ tanya pasal alamat tempat training ni.. so, diorang point one of staff. so saya pergi dekat staff tersebut. saya kata semalam saya ada datang interview and telah berjaya. saya datang nak minta alamat tempat training sebab saya nak cari bilik sewa sebab 18 april dah mula training. so, staff tersebut minta number saya. dia kata nanti dia whatsapp location and apa yang perlu dibawa.
so petang tu bila dah dapat location terus cari bilik sewa yang berdekatan. susah gila nak cari bilik sewa area mrt kota damansara. dah cari dekat ibilik dekat mudah semua full. rasa fedup pula nak pergi. tetiba teringat facebook. so cari dekat situ pula..alhamdulillah dapat la bilik sewa walaupun harga ya tuhan..mahai kot. tapi positivekan diri maybe mahal sebab betul2 belakang mrt station so bebaloi la kan sewa. keesokan hari (isnin tu) pagi around 10am saya whatsapp kembali staff tersebut tanya pasal confirmation email. staff tu balik kejap lagi saya kasi. dah la petang tu saya nak bertolak ke sana dah. tunggu punya tunggu saya dengan parents saya ambil keputusan untuk bertolak ke sana sebab bilik sewa dah bayar. masa dalam perjalanan, staff tersebut call saya tanya bila saya habis intership, bila saya habis final exam and my cgpa. selepas tu, staff tu call lagi sekali dia kata saya tak disqualified untuk sertai program ni sebab belum cukup 6bulan dr tarikh habis intership. saya dah nangis, mana taknya dah samapi sana baru kata disqualified. seblum tu saya tanya bila email saya boleh dapat, dia just kata kejap lagi kejap lagi. ni dah jadi mcm ni saya kata mcm mana.. bilik sewa dah bayar and saya dah sampai kl dah. so dia minta diberi masa sampai esok around 10.30am dia akan call saya balik.
keesokan hari, at 10.30am dia call kata beri dia sedikit masa sebab big boss dia tak datang lagi. and dia ada kata kepada saya . dia ada tanya other company pasal kekosongan. and for your information dia nak kasi dekat saya other sl1m program under banking and tempat training tengah2 kl nun di sana and training mayb start end of this month or awal bulan depan.. gila ke apa weh. saya dah bayar kot sewa bilik dekat damansara tu. ni nak kena cari lagi another bilik sewa dekat sana. memang tak la. so, parents kata tak payah accept offer tu and petang tu juga kitong balik. sepanjang perjalanan saya nangis.pikir masalah ni. saya kesian dekat parents saya, banyak duit dah habis and penat weh drive dari kedah ke kl. dah la diorang habis kerja pukul 2. and pukul 4 ptg tu terus bertolak ke sana.
saya istikhomah balik, maybe rezeki saya setakat itu saja. and saya cakap dekat parents saya, lepas ni saya tak nak join dah apa2 program sl1m ni. saya jadi fobia. saya kata lagi tak pe la saya cari kerja area kedah saja walaupun gaji sikit (saya tak kisah sangat nilai gaji tu). masa on the way balik tu, staff tu call banyak kali tapi saya tak angkat. diorang buat saya macam bola tendang sana sini. apa beza bila awak kata saya tak memenuhi syarat (ak cukup 6bulan tanam anggur lepas internship) pastu awak pass saya ke company lain. company lain pun bukan sama saja ke requirements tu.. masa interview awak sebut 6bulan dari tarikh final exam bukan 6 bulan dari internship.
okay la yang tu saja saya nak bagitaw. maaf ayat tunggang langgang sebab tulis masa emosi tak stabil. terima kasih semua sebab sudi baca confession saya.
– C.K
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit