Terima kasih admin kerana menyiarkan esei Jawapan Kepada “Enlightenment”. Memilih ya awok, dulu saya hantar kisah cinta tak lepas pulak. Lolz. Gurau je. Minta awok publish-kan yang ini pula ya. Baiklah!
1. Mukadimah
Sebenarnya aku nak tulis aspek psikologi dalam solat tapi mungkin pada esei yang seterusnya. Sekarang aku nak bidas balik orang yang bagi komen “bajet bagus” pada eseiku yang lepas. Memandangkan komen aku agak pedas, aku malas nak sebut nama pengomentar tersebut. Tak apalah, aku pun tulis sebagai anon, jadi biarlah korang pun anon. Aku kaji komen-komen FB yang acah suci yang dilemparkan kepada sis “suffered soul” dan juga aku.
Mula-mula, boleh rujuk dua artikel ini untuk dapatkan jalan cerita.
https://iiumc.com/
https://iiumc.com/jawapan-
2. Meditasi dan riya’
“Eh… Meditasi pun, riya’ bukan main kau, nak bash kitorang,” kalau ada noobies yang tetiba bertanya. Sekadar makluman, meditasi annapanasatti (awareness of breathing) yang aku amalkan dapat “tanggalkan” ego (nafs/ personaliti), bukan rawat ego. Sebab itu aku cerita pada esei sebelum ini, meditasi tak cukup. Ego yang aku maksudkan bukan berlagak, tapi ego dalam istilah teknikal psikologi yang bermaksud personaliti dan perwatakan seseorang yang terbentuk daripada persekitaran, pengalaman, dan pergaulan.
Okay, start rebutting now!
3. Ex-tokan dadah jadi karkun tabligh
Sorang bro buka cerita tentang member dia ex-tokan dadah yang dapat hidayah ikut tabligh lepas tu tanya aku, “Kau cari apa sebenarnya. Kalau solat dan zikir tak dapat bantu kau, masalah sebenarnya dekat diri kau sendiri.” Nampak sangat kau membaca eseiku sambil lewa. Awal lagi aku dah tulis dalam esei yang lepas bahawa aku mencari psikoterapi dalam Islam.
Member kau hidup dalam gua yang gelap gelita, tika dia dapat sebersit cahaya itu pun dah cukup. Bagaimana pula orang yang dah memang hidup dalam cahaya? Kau ingat satu jenis cahaya cukup? Atau kau ingat, cahaya yang malap cukup? Mesti dia nak lebih lagi.
Aku expect paling koman pun orang berdahi hitam-lah yang nak komen lebih-lebih pengalaman aku, tak pun adalah ramas kitab-kitab Ibn Taymiyyah ke, Al-Ghazali ke, Rumi ke. Bro, kalalu setakat layan EPL, buku motivasi kewangan BM, daripada nak marah kau, aku tepuk dahi berkali-kali beb. Typical Malay boys. Sekarang aku tanya kau pula. Kau ada masalah ke kalau orang tak nak berkepala botak macam kau? Bosan. “Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.”
4. Mintak kat Allah, tak payah usaha
Sorang lagi bro perlekeh ilmu kerohanian dan psikologi dengan kata-katanya, “zikirlah sehari 100ribu pun..yoga lah 23jam pun…bila allah tak bagi..mereputlah di tepi pintu…” Dia bagi saranan, “susah apa..mintak pada allah…aku gerenti 100% kau dapat 100% rasa tenang.” Kalau begitu, dengan jaminan 100% kau, kau minta-lah pada Allah untuk bagi 100% rasa tenang yang kau jamin tu kepada seluruh umat manusia. Senang, tak ada lagi perang dan kemiskinan. Hehe.
Orang yang begini bukannya sedar pun dia berfahaman jabbariyyah. Gambar profile pun fake picture. Itulah, Sifat 20 kau tak nak belajar. Masa liqo’ usrah, kau ponteng. Walaupun aku anonymous, pengalamanku tulen. Nampak macam kau sokong PAS. Kau ikut tarbiyah PAS ke, atau setakat gantung bendera PAS kat tiang lepas tu pergi berdemo, lepas tu berasap tepi masjid tapi masuknya tidak? Macai. Aku tak ada masalah pun dengan ikhwan PAS. Masa aku jadi presiden persatuan Islam di kampus, Biro Tarbiyah Muslimin aku minta ikhwah PAS tolong, Biro Tarbiyah Muslimat aku minta akhawat IKRAM tolong. Entahlah… Aku bermasalah dengan orang yang melukut di tepi gantang. Merosakkan nama baik jama’ah. Kesian naqib kau, tersalah tajmi’.
Okaylah wahai penganut fahaman jabbariyyah (determinism), kehidupan kita ini umpama video game ciptaan programmer, kau adalah salah satu watak dalam game tu. Cuba kau tengok je skrin henpon kau, tak payah buat apa-apa, dapat tak kau kalahkan monster dalam game tu, atau boleh tak menang lumba race kereta? Sorilah aku old skool sket, PUBG tak layan, zaman aku main CS dengan Red Alert je. Kau kata yang aku ini “mencari ketenangan dengan kaedah manusia.” Kalau aku dapat tau kau dengar lagu, tengok movie nak hilang stress, hisap rokok nak dapat high, reward makanan Western/ Korea bila assignment siap, aku sula kau. Kekeke. Gurau je bro.
5. Hina diri, buang title ex-aktivis Islam, baru cerita
Sorang lagi sis gelabah nak suruh aku buang title “aku as xtivis Islam”. Sis, background kita berbeza. Memang itu hakikat identiti aku yang dulu. Aku jadi bilal kat surau kampung aku sejak darjah 6. Mula train jadi imam masa form 4 di sekolah berasrama penuh. Lepas SPM, aku join tabligh. Masa foundation, aku keluar tabligh, masuk usrah. Sampai satu tahap, aku dipertanggungjawabkan jadi naqib, jadi mas’ul jama’ah (macam abanglong kawasan la) di kampus, sebelum aku give up dan join toriqat. Sepanjang zaman universiti, jadi imam/ bilal tu makanan aku. Kalau ikut logik kau, tulis “aku as lelaki” pun jadi salah-lah kan? Kemon… Dengan identiti tersebut, barulah aku ada kredibiliti untuk bercakap tentang pengalaman aku.
Lagi satu, ramai yang acah sufi, hina diri ikut cara puak Malamatiyyah dalam sufi atau Cynics dalam falsafah Greek. Beginilah. Perumpamaan Rasulullah SAW bagi, anak itu ibarat kain putih, ibu-bapa yang mencorakkan-nya. Okay, sekarang penafsiranku berdasarkan psikologi moden dan psikologi purba, nak tak nak terima tak kisah. Kain putih ini, hanyalah pemerhati. Corak itu adalah perwatakan kita yang dapat dari kecil sampai sekarang. Kalau kita bangga diri, “corak” tersebut tengah memainkan peranannya. Kalau kita hina diri, “corak” tersebut juga tengah memainkan peranannya. Kan lebih mudah kita ambil peranan sebagai “kain putih” yang sedar bahawa “corak”-nya sedang beroperasi dan berkata-kata?
Contoh: Aku sedar riya’ aku borderline superiority complex, ala-ala Luthfi yang tulis esei https://iiumc.com/aku-benci-
Merawat ego pula memerlukan kaedah selain daripada meditasi. Benda ini juga aku dah cerita dalam esei yang lepas walaupun tak mendalam. Perlu ada bantuan kaedah cognitive-behaviour therapy, neuro-linguistic programming, riyadhah akhlaq (tasawuf), metta-bhavana (falsafah Buddha), dan lain-lain. Sebenarnya dalam solat pun ada tapi bukan aspek fiqh. Aspek kerohanian dalam solat ada cover perkara ini. Sorang bro salafi ada cerita pada ruang komen, akan aku ulas pada esei kemudian.
6. Belajar tajwid, jiwa pun tenang
Ada ke patut sorang sis pula suruh sis “suffered soul” belajar ilmu tajwid? Kemon… Siapa yang ikut tarbiyah haraki, benda basic macam ini dah lepas doh. Mana ha pedas, mana ha bulat, qolqolah sughro kubro, ikhfa’ haqiqi, idgham ma’al ghunnah, bi-la ghunnah dll. Well… Sebenarnya, tajwid hanyalah ilmu membetulkan slang bacaan agar semirip mungkin dengan sebutan Arab fus-hah (standard). Ada kaitan dengan ilmu jiwa ke kau rasa?
Kemudian, sis tu kata, tak payah bandingkan dengan pertapaan Nabi sebab kita tak setaraf nabi. Nampak sangat yang kau tak tau dalam amalan orang tariqat sufi, ada amalan khalwah atau uzlah. Itu kan pertapaan. Bagi yang beraliran salafi, Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim aj-Jauziyah pun ada kupas juga. Kata sis, dia ambil master in psychology. Mungkin dia dah baca powerpoint pasal Carl Jung, Sigmund Freud, Abraham Maslow, William James, dll. (buku teks, entah berusik tidak) tapi aliran psikologi dalam Islam pun macam blur je. Entah-entah, nama Malik Badri pun kau tak pernah dengar.
7. Kau ada masalah mental
Sorang lagi bro suruh sis kita jumpa psikiatri, katanya ada masalah mental. Ingatkan cantik sangat kehidupan kau. Bila aku usha profile, tengok overweight borderline nak obesiti, minat main gajet, game, cosplay. Otaku. Bro, kau tak boleh harap semua orang layan hentai sebagai enlightenment macam kau. Ada banyak lagi jalan yang lebih sihat.
8. Bash tanpa solusi
Ada lah segelintir yang acah berilmu bash eseiku, tapi solusi tak diberi. Dalam esei aku yang lepas, aku dah demand awal-awal, kalau nak bash, bagi solusi, perincikan rumus kau untuk mencapai khusyu’, khudu’, dan hudur dalam solat. Nak cakap Melayu bengap kang, aku pun Melayu. Lolz. Aku nak bercakap dengan yang santan je, okay. Yang hampas, “sila meninggal”.
9. Kesimpulan
Aku kalau nak bincang benda macam ni, kena cari member Cina dengan India yang bijak-bijak. Dengan Melayu yang ikut aliran Sufi dan Kalam pun, bukan semua berani.
Seyyed Hossein Nasr dalam A Young Muslim Guide to the Modern World kata, peranan ‘ulama adalah menyediakan panduan warisan Islam dalam bahasa kontemporari kepada anak-anak muda yang masih cintakan Islam. Masa aku baca Meditation of Marcus Aurelius, boleh pula ustaz tegur, “Lebih baik anta baca kitab Imam Al-Ghazali kemudian sampaikan dalam bahasa moden.” Ustaz, itu tugas anta yang boleh berbahasa Arab. Masalahnya anta skeptik dengan ilmu moden. Cerita pasal kawal nafsu, tapi nafsu makan anta pun… Innalillah. Belum lagi sembang bab diet dan fitness. Falsafah akhlaq anta hanya teori, tak dapat dipraktikkan seperti ilmu psikologi moden.
Tu belum lagi fe’el Melayu awam yang mengaku Islam. Sikit-sikit takut rosak aqidah. Nampak salib, menggigil nak mati. Nampak patung Tok Pekong kat Surau Pandamaran, kecoh salahkan orang Cina dan India kononnya cari gaduh. Masalahnya, kau pun tak jelas dengan aqidah kau, kau lahir-lahir je dalam Islam, tak pernah mencari Tuhan macam muallaf dan sebahagian “born-again Muslims”. Bila non-Muslim bash, kau gelabah cari second rated “pakar” perbandingan agama macam Zakir Naik, Firdaus Wong, dll., untuk bash penganut agama lain. Kau paksa non-Muslim memahami Islam dengan keadaan kau sendiri tak faham Islam, memang haram lah nak harapkan kau memahami agama lain. Noob.
Baru-baru ini ada sorang suggest baca kitab suci agama lain. Boleh rujuk https://iiumc.com/bolehkah-
Apapun, terima kasih kepada admin kerana menyiarkan eseiku. Begitu juga penghargaanku kepada yang memberi pandangan dan solusi membina. Tengoklah sehari-dua ini, aku akan ulas komen-komen membina pula pada esei yang akan datang, dan cuba kupas aspek psikologi dalam solat. Itupun kalau cik admin publish lah :P
10. Penutup
Aku tutup pembelaan (apology) ini dengan kisah Abdullah Munshi (1796-1854M) ketika memberi terjemahan Bahasa Melayu Bible kepada kawan-kawannya. Macam biasa, respon orang awam, “Jangan baca kitab ini. Buangkan karena ini kitab orang putih. Nanti rosak iman kita.” Abdullah Munshi jawab, “Bagaimanakah engkau boleh tau ini kitab orang putih? Bukankah ini bahasa Melayu? Dan bolehkah ia ini merosakkan iman kita? Apakah ertinya iman itu? Adapun ertinya iman itu yang kuketahui, percaya. Maka jikalau kiranya aku membaca seribu kitab agama lain-lain, jikalau tiada percaya aku akan dia, bolehkah rosak iman? Aku tiada mau menengar perkataan bodoh itu.”
Wallahu a’lam.
Wassalam.
– Tom Phoenix
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit