Wang Hantaran Murah vs Mahal

Aku perempuan yang “demand” hantaran rendah, tapi bila waktu merisik hantaran aku RM25K.

Aku selalu nampak orang share post dekat fb & meroyan pasal hantaran tinggi. Katanya, “hantaran cumalah adat” , “hantaran mahal2 , entah2 dah barai” , yang dah kahwin pulak, bangga + riak bila kata , “hantaran saya RM500 sahaja, bahagia” , “saya takde hantaran, bahagia 10 anak” (good for you, of course)

Yang belum kahwin, terutamanya perempuan pulak selalu share siap caption , “Kalau aku, hantaran aku rendah jer..” , “bakal laki , aku takkan mintak hantaran tinggi, cukup membimbing aku ke jalan syurga” (katanye). — YA, aku adalah sejenis perempuan bujang ini.

Tapi, situasi takkan sama. Bila ketika kau menghadapi sesuatu yang kau tak boleh jangka.

Aku nak cerita pengalaman —- aku dah jumpa calon suami , dah jumpa keluarga masing-masing dan tiba ke langkah seterusnya iaitu merisik.

Bila waktu merisik, mulalah perbincangan antara dua pihak keluarga. Bila pihak aku buka mulut , “Jumlah hantaran adalah RM25,000” terdiam semua, termasuk aku dengan waktu tu aku dah imagine pelamin angan ku musnah. Gelap dah menuju ke alam rumah tangga.

Lepas majlis merisik, aku pujuk parents aku untuk kurangkan hantaran seperti aku nak, iaitu RM15,000 ( itu jumlah yang saya & pasangan plan berdua, mengikut kemampuan ) . Tapi bila dengan campur tangan keluarga, parents aku taknak kurangkan.

Ikutkan hati, nak je merajuk tak makan seminggu , bagi silent treatment untuk dapat kemahuan aku. Tapi, aku tak berani. aku bukan takut parents aku. Tapi aku takut untuk pertahankan habis-habisan calon suami aku, sebab aku berpegang dengan ayat “kau xkan betul-betul kenal pasangan kau selagi kau tak berkahwin dengan dia” .

Weh, kau bayangkan kau fight kaw kaw siap gaduh bagai tinggi suara dengan mak pak kau sebab hantaran. Sedangkan mak pak kau darah daging kau, kau sanggup kecilkan hati diorang dengan berperangai derhaka demi boyfriend kau dapat hantaran rendah?

Bila dah kahwin dapat hantaran yang kita nak , tiba2 lepas kahwin suami perangai lahanat kau kena campak balik ke rumah parents kau. Masa tu parents kau akan cakap,

“Dia lah lelaki yang kau pertahankan sampai sanggup melawan ibu bapa demi hantaran”

Hmm… Sedap sentap.

Jadi apa aku buat? Aku berbincang dengan pasangan aku. Aku terus terang kata, kalau dia tak boleh terima. Dia boleh berundur & cari lah yang selayaknya. Tapi kalau dia nak aku, aku janji aku akan tolong dia seupaya aku.

Akhirnya, kami buat bajet bulanan dan tetapkan untuk sama-sama buat saving. Alhamdullilah semua dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin.

Selepaa semua tu terjadi, baru aku faham bahawa wang hantaran adalah subjektif. Ada pasangan yang memang mampu hantaran puluh-puluh ribu. (Kalau lelaki tu mampu tanggung kos tu, hak dia. dia mampu)

Ada pasangan yang ditetapkan oleh keluarga hantaran rendah. (Alhamdullilah, rezeki dia)

Dan…

Ada perempuan yang hantarannya ditetapkan lebih dari kemampuan lelaki. seperti aku.

Hantaran rendah ker hantaran tinggi ker. Sebenarnya kau tak boleh judge secara menyeluruh. Kau tak tahu benda sebenar yang terjadi.

Kau tak tahu, ntah2 lelaki tu yang memang nak bagi jumlah hantaran banyak2.

Kau tak tahu, ntah2 yang hantaran tinggi2 yang lelaki mengeluh sana sini. Rupanya 80% perempuan tu jugak yang top up.

Ntah-ntah hantaran 20k, tapi diam2 diorang split 50-50 untuk top up. siapa tahu kan.

Daannn…

Ntah-ntah yang hantaran rendah RM3,000 , Rm5,000 , Rm10,000. Belum tentu hasil usaha lelaki tu sorang, manatau itu pun keluarga yang sponsor? lagi teruk, dahlah hantaran rendah. Tapi mintak topup girlfriend jugak. (ya benda tu terjadi ya sis)

Jadi kita sebagai pasangan. Kalau lelaki /perempuan tu betul-betul ikhlas nakkan kita. Hal duit adalah soal kedua, tak kiralah hantaran tu rendah ker tinggi ker.

Kat sini kita boleh nilai serba sedikit mampukah kita hidup susah senang hadap dugaan bersama-sama? sanggupkah yang si perempuan bantu si lelaki ketika susah? Sanggupkah yang si lelaki berusaha & sabar untuk menjadikan si perempuan yang sah?

So,stop judging pasal hantaran. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza, latar belakang yang berbeza. Tak perlu lah compare, kau hantaran rendah bahagia, tak perlu hantaran tinggi. Kau lupa, ada yang hantaran cuma mas kahwin, tapi bercerai berai jugak.

Ada yang hantaran tinggi, tapi bahagia sampai sekarang.

Kuncinya adalah, carilah pasangan yang mahu hidup bersama ketika susah dan senang selamanya tidak kira miskin atau kaya.

– Merah Jambu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *