Hanya Kerana Hati

Assalamualaikum semua. Sebelum ini aku salah seorang silent reader dalam ni. Lately ni aku tengok ada confessions mengenai Akulah Yang Terhebat dan feedback dari Mangsa Manusia Terhebat.

Boleh baca confession berkenaan di sini,

https://iiumc.com/akulah-yang-terhebat/

https://iiumc.com/mangsa-manusia-terhebat/

Jadi, aku pun nak ambil kesempatan untuk share apa yang aku kena oleh Manusia-manusia Hebat ini. Semoga boleh ambil sebagai pengajaran atas cerita pengalaman aku ni ye.

Okay, aku kenalkan diri aku. Aku, Cik Hitam Manis. Lepas aku grad, aku mendapat tawaran untuk temuduga kerja. Aku ingat lagi company tu tanya aku, kalau aku dihantar ke Sabah Sarawak aku okay ke? Laju aku jawab iya. Lagipun aku tak pernah naik kapal terbang. Hahaha.

Alhamdulillah, rezeki aku. Aku diterima bekerja dan dihantar nun jauh ke seberang. Kisah aku bermula bila aku start bekerja.

Untuk pengetahuan korang, dari kecil sampai besar aku tak pernah ada pengalaman bekerja dan jauh dengan keluarga. Tambah pula anak tunggal memang tak lah nak kena bagi pergi jauh. Jadi, di sana aku hidup di atas kaki sendiri.

Sama macam anak muda yang baru mula nak kerja, semangat dia lain macam berkobar-kobar. Aku boleh datang ofis sebelum jam 7 pagi, buat coffee, prepare apa patut nak start kerja hari tu dan aku rasa sangat happy.

Apa sahaja kerja yang kena bagi masatu, aku boleh siapkan before dateline. Benda-benda baru yang aku tak tahu, Im willing to learn. Dan aku boleh berbangga untuk menyatakan yang aku mampu cover kerja tertangguh orang-orang jabatan aku tu termasuk keja ketua jabatan aku.

Oh ketua aku ni kalau korang tengok luaran sangat muslimah, bertudung labuh, selalu share pasal hal agama.

Dimata bos, aku adalah antara yang terbaik. Selalu juga mendapat apa-apa anugerah dan penghargaan. Tapi fahamlah, hati manusia lain-lain.

Bila kau terlalu gigih, akan ada manusia yang tak berpuas hati, hasad dengan kau. Setakat nama aku diburuk-burukkan masa mesyuarat top management dan yang cuba jatuhkan aku adalah ketua aku sendiri, aku dah lali.

Heran juga aku kenapa tetiba orang lain mengelak kalau jumpa aku. Ada yang mencebek muka. Tapi syukur dapat pihak atasan yang memang tak dengar sebelah pihak. Big bos aku ni Cina, jadi dia memang menilai dengan tengok sendiri kerja-kerja staf.

Ketua aku penah marah aku ye bila bos minta report semua tapi jabatan aku belum ada yang hantar. Sebab dia kena marah dengan Big Bos, dia lepas dekat aku.

Dia meluru ke arah aku, dan cakap kenapa tak hantar report awak punya untuk cover kitorang? Awak kan kambing hitam jabatan ni. Awak siapkan, dan hantar sekarang juga. Hahaha cis tahu lah aku ni hitam-hitam manis. Boleh dia mengkambing hitamkan aku selama ni rupanya.

Orang lain dalam jabatan aku tu? Bertiktok, membawang mengata sana sini, selfie and update status. Aku? Dikambing hitamkan. Haha

Setakat pendapat dan pandangan aku kena bidas dan ditolak dalam meeting jabatan tu selalu. Apa aku cakap, semua tak kena. Pakej kena jeling. Paling cruel, dia membelakangkan kerusi dia dan hanya fokus dekat orang lain.

Reject dah satu hal, tapi idea aku tu lah dia bawak ke meeting top management and claim tu idea dia bila top management suka. Dan pernah kantoi, hasil laporan aku dia copy sebijik untuk presentation.

Makin lama, aku perasan orang-orang di ofis aku start pulaukan aku. Pergi mana-mana aku sorang. Diorang buat potluck langsung tak jemput apatah lagi nak offer duduk semeja makan.

Ada event tiap bulan semua orang ada kecuali aku. Tapi aku tak kisah pun sebab aku ada duit, aku nak makan, aku makan. Orang tak jemput tak yah nak terhegeh-hegeh pergi.

Tahun 2018, aku dah start sakit. Ada ketumbuhan kecil di bahagian badan aku. Bermula dengan sebesar jerawat, within one month membesar dengan jayanya dan pagi aku nak pergi kerja, pecah keluar darah dan nanah sampai aku nak gerak tak boleh apatah lagi nak drive ke tempat kerja.

Aku maklumkan pada ketua aku untuk dapatkan rawatan. And guess what? Dia paksa aku datang kerja juga haritu dan tunggu sampai tengahari baru pergi klinik. Korang rasa? Tapi aku buat degil sebab aku memang sakit.

Seminggu lebih aku dapatkan rawatan susulan. Bedah, cuci luka dan jahit. Semua dibuat berperingkat sebab lukanya dalam. Alhamdulillah, beransur pulih dan luka tu langsung takde jangkitan.

Sakit aku tak terhenti di situ. After a few months, aku kerap demam panas, sakit kepala sangat bila maghrib. Ya, hanya di waktu maghrib. Bila balik rumah, aku jadi takut. Sebelum ni, rumah aku adalah tempat paling aman bagi aku. Aku selalu nampak kelibat di dalam rumah sendiri.

Aku selalu rasa ada benda tengok aku dalam rumah tu. Setakat nasi yang aku masak basi, biasa. Dengar orang ketuk dinding tengah malam, campak guli, tarik kerusi pun selalu. Tapi aku tak ambil peduli sebab aku ingat jiran atas tengah bertukang tengah malam.

Bila aku naik atas tengok, rupanya tingkat atas rumah aku kosong weh. Memang dah lama takde orang. Paling epic, bila aku tidur malam, ada benda tu melompat dan menghempas ‘badannya’ di sebelah aku. Punya lah aku tutup mata tak nak tengok dan berdoa jangan lah dia tegur aku. Hahaha.

Kesan dari gangguan tu? Aku selalu penat pagi esoknya sebab lack of sleep. Macam mana aku nak tight sleep kalau dia hempas-hempas badan and tarik kaki aku? Aku jadi murung. Aku fikir aku ni berhalusinasi ke?

Aku jadi sangat kurus. Berat aku turun 8 kg tak sampai setengah bulan. Cengkung macam orang sakit yang nak tunggu mati. Selera makan takde. Ko bayangkan aku boleh tak makan 24 jam dan teguk air kosong dalam 3 gelas je. Bila malam, aku akan jadi takut, fobia.

Satu hari, aku balik ke kampung untuk tengok arwah nenek aku meninggal. Masatu terkejut semua tengok aku. Dan masatu lah aku disoal siasat dan mak ayah aku bawa berubat dengan ustaz. Ko nak tahu apa yang menyedihkan aku sampai aku menangis teresak?

Kalau korang kena bash depan-depan, malukan korang, aku plak terkena buatan orang yang sakit hati tengok aku gigih bekerja dan top management suka. Dia sakit hati dengan aku. Dia nak buat orang sekeliling benci aku. Dia buat aku sakit. Dia nak tutup peluang aku.

Dia buat guna minyak. Dia letak di meja tempat aku kerja dan di kereta aku, Sebab tu lah aku rasa macam ada benda ikut aku sampai ke dalam rumah. Dia nak buat aku berhalusinasi, orang akan fikir aku gila, aku akan depress dan end up mati.

Siapa yang dengki sangat tu? Korang rasa? Ya, betul. Bos di jabatan aku. Sedih aku, sebab tak sangka ada lagi zaman sekarang orang terfikir nak guna makluk halus.

Lepas aku buat rawatan dan beransur pulih sikit, aku balik ke sana dan bagi surat berhenti kerja. Better aku resign dari terus aku sakit. Laju aku kemas barang sebab takut terjumpa dia. Kalau aku dipukul, aku okay lagi untuk stay.

Tapi jika amalan khurafat ni, takpe lah aku undurkan diri sebab aku tahu, semua ni berpunca dari hati. Hati bila sakit, semua boleh jadi. Kau risau aku amik jawatan kau, amik lah. Kau nak nampak hebat, kau amik lah. Biar nampak aku kalah, dari aku tunggu dan sakit lagi.

Aku percaya rezeki aku ada dan bumi Allah ni luas. Big bos aku panggil dan dia cakap terkilan sebab aku ada potensi. Untuk aku cerita masalah aku memang tak lah kalau akan keruhkan lagi keadaan. Buat aku cerita, pastu dia kena marah ke, dia santau aku sampai mati tak ke naya tu. Baik diam je.

Big bos aku siap hantar ke airport lagi untuk say last goodbye. Punya lah dia sayang aku, Ketua aku?

Sampai ke harini dia tak minta maaf dengan aku apa yang dia dah buat, dan masa aku resign pun dia tak peduli, Pura-pura busy bersama dengan orang-orang di jabatan tu. Mintak maaf bersalam-salaman? Langsung tak.

Alhamdulillah, aku bahagia sekarang. Kerja pun dah dapat, paling penting dekat dengan keluarga, dan aku makin ceria balik. Dan aku baru dapat tahu, ketua aku tu dah pindah balik ke sini sebab dia sakit. Sakit apa, aku tak ambik peduli dan tanya banyak.

Semoga Allah tak uji aku dengan ketemukan aku lagi dengan dia di mana-mana. Sebab aku masih fobia dan takut. Doakan aku!

Dan, ingatlah, walau sakit hati macam mana pun kita, jangan lah kita menduakan Allah. Sebab, salah satu dosa yang takkan diampunkan adalah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Sekali terjebak, habis semua amalan baik yang dah kita buat.

Semoga Allah memelihara iman kita semua. Aamiin!

– Cik Hitam Manis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *