Mangsa Manusia Terhebat

Tanpa sedar hari-hari semasa balik kerja aku asyik ada suicidal thoughts. Ya, yang macam mangsa lain lalui. Aku fikir, kalaulah masa itu aku meninggal dunia, esok tak perlu

Kali ini, aku menulis sebagai reply kepada confession “Akulah Yang Terhebat”. Lebih tepat lagi, confession milik Permata, (https://iiumc.com/akulah-yang-terhebat/).

Sedikit pengenalan, aku Farah (bukan nama sebenar). Ya, yang rajin Komen di page tu. Yang pernah dapat like beribu pasal decoding women’s language tu (terperanjat sis asyik masuk noti dapat like) Ya, Akulah tu.

IIUM Confession memang page favorite, sebab banyaknya pengajaran yang aku boleh dapat. Dan aku sangat2 suka support the confessors. Moga2 mereka tahu yang ramai orang doakan mereka yang baik2. Dan moga2 doa2 kita semua untuk mereka dimakbulkan Allah.

Tapi tidak sama sekali semasa aku baca confession si Permata tu. Jujur, sebelum aku baca tu, I was in a very happy state. Just got back from dinner with my family… It was wonderful! Sampailah aku terbaca confession tu.

Reaksi? Aku triggered. Tangan terus menggigil masa baca. I was on the verge of tears so suddenly. My mood did a backflip.

Selama kini aku baca confessions yang datang daripada mangsa2. Tiba2 Hari ini aku baca confession daripada pemangsa. I was flooded with emotions that have been foreign for 2 1/2 years now.

Buat pemangsa2 (tidak terhad kepada si Permata sahaja), tolong ketahui bahwa dosa kau adalah dengan manusia. Maka kau perlu mohon maaf pada SEMUA mangsa2 kau yang telah kau aniaya. Kau memang Tak sepatutnya dapat tidur yang Lena sehingga semua mangsa kau memaafkan kau.

Bunyinya begitu dalam dendam aku kan? Tak. Sakit yang sebenarnya. Sakit yang amat dalam, sebab aku sangat menunggu ucapan maaf daripada mulut pemangsa.

Wahai pemangsa, perbuatan aniaya di tempat kerja sehingga mengganggu lorong rezeki orang lain, bagi aku adalah sangat2 terkutuk lagi hina. Sebab apa?

Sebab kau bukan hanya affect seorang individual itu sahaja. Kau berkemungkinan besar telah menganiaya sebuah keluarga. Kau dah aniaya anak2 yang bergantung harap pada ibu bapa mereka.

Mungkin pengalaman aku cliche, tapi cukuplah aku rumuskan, I was feeling very stressed out. Nobody deserved to feel like a worthless dirtshit but I did. Apabila kau asyik mencari pasal. Apabila kau tekan2 mereka. Bila kau marah mereka seakan tiada maruah.

Semua mangsa akan rasakan yang sama. Mana professionalism kau? Pejabat terlalu daif kah sampai Tak ada bilik meeting untuk teguran membina 121?

Kesan pada setiap orang berbeza. Tapi aku yang baru mahu mulakan hidup dahulu, dengan semangatnya masuk pejabat tiap Hari.

Betapa eager nya aku nak belajar. Betapa seronoknya sekarang sudah bergelar dewasa yang berkerjaya. Orang2 seperti kau buat aku persoalkan harga diri sendiri. Sampai satu tahap, aku terfikir, “oh..this is REALLY my worth here.”

Buat yang dah bertahun berkerjaya, seronoknya melihat pertumbuhan kerjaya Dan apa yang dicapai sehari-hari, Tak kiralah betapa kecilnya. Terbayang bonus tahunan.

Tak pun, sekadar sedikit kata2 penghantaran daripada orang atasan sudah cukup buat hati berbunga-bunga. Dan pemangsa seperti kau? Hancurkan.

Wahai pemangsa, generasi aku ni, degil betul. Keras kepala pula. Bukan senang mengalah dalam hidup. Aku sendiri, bila disuruh belajar, aku akan korek sampai habis. Bila disuruh buat, buat sampai licin.

Sungguh aku baru ketika itu, aku bangga mengatakan Akulah yang licinkan kes2 bertimbun yang tertunggak oleh rakan senior ketika itu.

Disebabkan aku baru, team lain punya kerja pun aku tolong tapau sebab nak belajar.My learning curve was very steep. I was offered the position after just 2 months internship. Dapat confirmeninggal duniaon in just 3 months after that.

Tapi orang macam aku pun, akhirnya tewas. Tewas dgn stress melampau yang pemangsa buat.

Aku mula sangat2 berubah. Asyik marah2 Tak tentu pasal. Sebab penat. Tidur dah lama, tapi penat Tak hilang2.

Hubungan dengan keluarga terkesan. Selalu hilang fokus. Hilang selera makan. Rambut gugur hari2 dah macam leukemia (Naudzubillahiminzalik) sampai aku rasa betul2 macam dah sakit leukemia.

Tanpa sedar hari2 semasa balik kerja aku asyik Ada suicidal thoughts. Iya, yang macam mangsa2 lain lalui. Aku fikir, kalaulah Masa tu aku meninggal dunia, esok Tak perlu datang office lagi. Atau bila pemangsa Tak datang, ya Allah, aku rasa nak sujud syukur Hari tersebut.

Rakan sekerja lain, nampak betul happy nya kalau pemangsa tak hadir. Suasana pejabat jadi ceria sedikit. Sama betul kan pengalaman mangsa2 ni? Perasaan pun sama. Cuma degree of pain berbeza.

My last straw Apabila satu Hari, tanpa sedar aku masuk ke lorong bertentangan di traffic light. Depan tu Ada Lori. Aku ingat lagi, aku terfikir, “Lori, langgarlah aku. Tolonglah” Tapi abang Lori tu bagi aku high beam Dan honk lama. Aku pandang kosong Dan terus menunggu.

Honk & high beam yang asalnya kedengaran Marah, mula kedengaran prihatin. Aku nampak muka abang Lori tu macam risau. Dia terus high beam sampai aku sedar.

Balik rumah, aku menangis sepuasnya dalam bilik air. Parents aku Tak tahu pun. Syukur, Allah selamatkan aku dari dosa besar. Terima kasih abang lori.

Wahai pemangsa, aku antara yang bernasib baik terselamat. Bagaimana dengan yang tidak? Dikira meninggal dunia bvnvh dirilah. But, the blood is in your hands.

Aku anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Ibu bapa sekadar Tumpang bangga lihat perjalanan baru aku. Adik2 rasa gembira melihat aku sudah berkerjaya.

Nasib baik. Aku bukan breadwinner. Cuma anak dari keluarga asnaf yang cuba keluar dari kepompong kesusahan. Cuma cuba memberi sedikit financial relieve pada keluarga kecil aku.

Bagaimana dengan mangsa2 kau yang breadwinner? Baik anak sulung yang beradik ramai masih menuntut. Atau ayah yang menanggung seisi keluarga. Atau ibu yang tolong menampung beban si ayah serta menabung utk penuhi kemahuan kecil anak mereka untuk seketul ayam KFC?

Selepas 2 tahun, Alhamdulillah lorong rezeki Allah mudahkan. Rakan sekerja baik2 dan atasan yang layak dijadikan idola. Atasan yang sentiasa percaya yang aku boleh capai lebih lagi. Selalu hargai tugasan aku hatta sekecil-kecil. Dan tegur dengan professional pada kesilapan.

Tapi, kau fikir mudah? I struggled to build trust with my colleagues because I always thought someone like you would always try to pry anything and use it against me. For this, it took me 1 year.

Then, another year to build trust with my now-superiors. Lamanya,kan? Siap pernah gagal assessment akibat nervous. Sebab apa? Hanya sebab karpet office baru tu hampir sama dengan office lama.

The moment I stepped in, my fight and flight response took place. My heart beats erratically. I couldn’t focus during the classes and eventually failed the first assessment.

This was the 2nd year after the 1st company. (1st year after, it was different company. Business didn’t do well and off I went to new opportunity)

Kau tengok, lukanya berapa dalam. Trauma nya begitu jelas lagi di ingatan. Kalau aku boleh pilih, aku pun mahu maafkan dan lupakan segalanya yang buruk2.

Tapi bukan mudah ya, bila yang kau permainkan adalah nurani & lorong rezeki. Kau dah pijak2 maruah orang. Kemampuan mencari rezeki adalah salah satu tingkat maruah – bukti menjadi manusia berguna.

Untuk orang yang Tak punya, maruah tulah yang ada untuk dibanggakan. Tak kiralah ciput atau gadang gaji kami. Belum Kira yang bertahun2 menganggur akhirnya dapat kerja. Tapi sudahnya dapat atasan pemangsa begini.

Wahai pemangsa, Cara kau insaf mudah tapi payah. Minta maaf pada SEMUA mangsa kau. Maaf yang sebenar-benarnya dari hati. Dan kau wajib terima apa pun luahan mereka. Sebab dah berenanh sekian lama.

P/s: Semoga Ramadhan ini, Allah lupuskan trauma ini buat selamanya. Biarkan jadi kenangan yang dijadikan pengajaran sahaja.

– Farah Ant (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit