Ditegur Wanita Hitam

Assalamualaikum. Thanks admin kalau approve. Aku fikir banyak kali jugak nak post ke tak, tapi sebab macam mengganggu fikiran aku, aku post jugak.

Aku dah bekerja tapi baru beberapa bulan start kerja. Menyewa bilik dekat rumah kakak kawan aku, kakak dia ada rumah tapi sebab takut tinggal sorang so dia sewakan bilik lain dalam rumah tu untuk orang orang bujang macam aku. Kebetulan dekat dengan tempat kerja aku. So dekat rumah ni aku ambik bilik yang paling kecik sebab aku pun tak perlukan bilik yang terlampau besar, bilik ni jugak dekat dengan dapur muahaha dan aku cuma duduk rumah ni hari bekerja je, hujung minggu aku selalu balik kampung teman mak.

Aku panggil dia kak A la, kak A ni dengan penghuni lain dalam rumah ni selalu takde dekat rumah atas faktor kerja, ada yang kadang2 shift malam, ada yang selalu outsation, ada yang pergi offshore. Masing-masing kerja dari pelbagai bidang so boleh fahamlah kan kenapa camtu haha. Cuma aku je yang selalu ada dekat rumah ni, tinggal sorang-sorang pun jangan cakaplah, dalam tempoh beberapa bulan duduk sini, boleh kira berapa kali je yang semua orang betul2 ada dekat rumah ni.

Kak A jugak ada bela seekor kucing yang sangat gebussss macam marshmallow . Disebabkan orang lain selalu takde dekat rumah, aku lah yang tolong jaga kucing tu and kucing tu pun macam dah anggap aku ni tuan dia pulak hahahaha. Aku ni bukanlah seorang yang penakut. Aku jugak takdelah sampai tahap tak percaya pada hantu. Aku percaya je benda tu wujud cuma aku tak expect pulak satu hari aku akan berjumpa dengan benda tu sendiri.

Kejadian ni berlaku minggu lepas, Rabu malam Khamis. Time ni semua orang takde dekat rumah atas faktor yang aku cakap sebelum ni. So yang ada dekat rumah cuma aku dan kucing marhsmallow ni. Aku ni kadang-kadang tak menentu, tengah malam buta pun lapar kadang-kadang gigih bangun dari tidur sebab nak layankan perut yang lapar. So masa aku dah siap-siap nak tidur dengan si marshmallow, (nama dia lain tapi aku panggil kucing tu marshmallow) aku punya perut krukk krukk lapar pulak. So aku pun ajaklah si marshmallow ni “Meow meow jom pergi dapur kita makan.” time ni dah pukul 12.30 a.m. tapi aku lapar, kang tak tidur pulak sebab lapar. So kita masaklah apa2 yang boleh.

Masa aku sedang potong-potong bawang tu semua, marshmallow kat lantai sedang pandang aku buat kerja dengan mata bulat dia. Depan sinki rumah ni tingkap boleh nampak belakang rumah. Kat luar memang gelap lah time ni sebab semua jiran dah tidur. Sedang aku duk hiris bawang, si marshmallow tiba-tiba panjat tepi sinki. Aku tolak dia guna siku suruh turun dia tak nak. Dia sedang tenung direct arah tingkap masa ni. Badan dia keras gila. Aku peliklah dah kenapa pulak kucing ni.

Tak lama lepas tu, dia buat bunyi yang pelik. Aku tak pernah dengar dia buat bunyi tu selain meow sebelum ni. Aku cuak la kenapalah kucing niii gila ke apa hahahaha. Sambil dia bunyi pelik tu, dia memang tak alih pandangan dia dekat tingkap. Tingkap dapur ni, korang bayangkan dia ada dua belah, kiri dengan kanan, sebelah kanan ni tepi sinki, ada langsir panjang, yang kiri betul betul depan sinki ni, langsir dia separuh je. Dia pandang kat sebelah yang kanan tu. Sambil bunyi pelik.

Time ni aku dah stop tak jadi nak masak sebab risau apehal la kucing ni. tiba tiba dia punya pandangan bergerak, dari tingkap kanan, ke tingkap kiri. Aku pandangggg je kucing ni. Makin lama makin kuat dia buat bunyi pelik tu. Then dia punya mata pandang tingkap depan aku. Telinga dia bergerak-gerak macam dengar something padahal sunyi je masa tu. Aku pun tak sedap hati. Ada apa kat luar tu. Aku pun tinjau bawah langsir, pandang straight belakang rumah, takde apa pun, gelap je.

Lepastu aku pandang semula marshmallow. Dia masih tenung arah tu. Aku pun pandang sambil dekatkan muka dekat tingkap. Kali ni aku tak pandang straight, aku pandang kiri kanan sekali. PAPPPP! Aku pandang kiri, ada perempuan hitam gilaaaaaaaaa bapak hitam sama macam hitam gelapnya malam sedang pandang straight kat aku. Rambut dia menggerbang, panjang aku nampak dia, rambut dia sipi sipi sampai ke longkang, panjang gila, kat longkang ada cahaya dari lampu jalan masuk sikit. Pehhhh sumpah nak pengsan aku rasa, berapa lama la woi dia dah tenung aku……

Masa tu aku macam terpaku, tak boleh nak gerak, perempuan tu pulak macam makin lama makin buntang mata dia, dan dia macam bergerak ke depan makin mendekati aku. Si marshmallow pulak makin benda tu dekat, makin kuat dia buat bunyi pelik tu. Disebabkan terlampau takut, aku terus capai marshmallow, bawak dia masuk bilik kunci pintu terus, dengan tak tutup lampu dapurnya, dengan tangan bau bawang tak sempat basuh. Aku takut gila kaki aku semua gigil apa benda yang aku nampak tadi tu. Tiba-tiba marshmallow pulak, elok-elok duduk sebelah aku, dia loncat pergi depan pintu, dia duduk dekat pintu bilik aku sambil buat bunyi pelik tu. Ah sudahhh takkan la dah ada depan bilik aku.

Aku terus buka bacaan al quran 30 juzuk dekat laptop sebab time ni nak mengaji tengah bendera jepun pulak. Tak lama lepastu baru marshmallow senyap. Dia duduk sebelah aku semula. Keesokan harinya aku demam. Sebab terlampau terkejut agaknya. Jumaat terus chow balik kampung sebab kebetulan time tu kak A balik rumah dengan lagi sorang housemate. Minggu ni aku takde lagi dah layankan perut lapar aku. Kadang-2 aku bawak masuk terus roti dengan jem, malam2 aku makan tu je. Takde dah nak rajin nak masak sesorang kat dapur tu. Takut aku.

Aku masih tak cerita dekat housemate aku ataupun kak A, sebab aku takut diorang pulak terus tak nak balik rumah ni nanti hahahahahaha. Nanti aku tinggal sorang lagi, tak nakkkk. Okay itu je nak cerita. Sebab selagi aku tak cerita kat mana2 aku asyik teringat je. Sekarang berani la nak taip, sebab aku dekat rumah mak aku hahahahaha. Balik sana nanti, umph.. Terdiam noks.

– Ana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit