Pesan Buat Peniaga Makanan

Is been a looooonngg time since the last time buka page iium confession punya blog. Nampaknya dah berwajah baru dah page ni. Makin cantik. Tahniah admin. You put so much effort on this page. Okay, berbalik pada topik, sebelum tu aku hanyalah seorang hamba Allah yang bergelumang dengan dunia makanan. Belajar tentang makanan, kerja di dalam industri makanan, kuat makan dan suka makan. So yeah, lets get started.

Kalau anda semua perhatikan dalam dunia sekarang ni, semua orang berlumba-lumba nak berniaga atau menjual makanan. Sebab apa? Sebab masing-masing tahu seteruk mana pun ekonomi, orang masih juga akan mencari makanan. Tak kisahlah mahal macam mana, asalkan sedap dan berbaloi mesti akan cuba untuk makan kan? Jadi, ada orang yang berhenti kerja sebab jual kek, buka kedai makan, buka cafe dan restoran mewah-mewah, join food truck and so on. Tahniah dan terima kasih sebab semangat orang-orang macam ni lah yang sentiasa dapat memenuhkan kita punya craving. Seceruk mana pun kita tinggal, just order dekat ig atau fb nanti akan ada orang delivery.

TETAPI, the bad things bila wujudnya peniaga-peniaga yang ramai ni, dalam 10 orang peniaga pasti akan ada seorang yang don’t even care tentang nutrition fact, value of the product, rasa, dan harga. Asalkan dia dapat untung. Itu je yang dia fikir dalam fikiran dia. Aku dah jumpa raaammmmaaaiii sangat peniaga macam ni. Dan sejujurnya aku sangat kecewa. Kalau cikgu, doktor, orang kerajaan dan lain-lain pekerjaan dimomokkan dengan ” makan gaji buta lepas tu hasil gaji nak sara keluarga, bagi mak ayah. Ada berkat ke? Tak haram ke gaji tu? ” dan lain-lain ayat, peniaga yang mencari rezeki menggunakan makanan ni tak rasa ke duit hasil perniagaan tu adalah gaji anda? dan kalau anda tak jujur dalam berniaga maknanya anda pun sama je macam istilah “makan gaji buta”? Fikir-fikirkan lah.

Jadi untuk peniaga sekalian, tolonglah

1. Fikir tentang nutrition produk anda. Memang betul akan ada orang kata ‘ salah pembeli juga sebab dia yang beli tanpa fikir’ tapi, apa pula tanggungjawab anda sebagai peniaga yang seharusnya anda hanya menjual makanan yang selamat dan sihat. Ini, sebab nak tarik perhatian pembeli, bukan main semua produk nak letak pewarna, letak slice cheese, letak nutella padahal benda ni semualah yang boleh lead kepada cancer, allergic dan lain-lain.

2. Biar mahal tapi berbaloi. Peniaga sekalian, aku dah buat survey dan ramai pembeli yang mengatakan mereka tak kisah tentang harga asalkan produk yang dijual tu berbaloi dan setimpal dengan harga. Ini, karipap angin tapi jual 5 ketul cenonet tu dua ringgit. Roti john special katanya ayam,daging siap ada cheese. Harga 6 ringgit tapi bila makan, banyak jumpa bawang, timun pun berapa helai, ayam dan daging tu adalah kena korek-korek baru jumpa. Murtabak bawang, popia tauge sehelai, dan macam-macam lagi

3. Kalau rasa anda pun tak lalu nak makan, tolonglah jangan jual. Ini selalu aku tengok dekat kantin-kantin, kawasan rumah, atau pekan sari yang mana peniaga ni tahu pembeli tiada pilihan lain lagi-lagi dia je yang jual masa tu atau dia je jual produk tu. Peniaga macam ni memang yakin yang seteruk mana pun dia jual orang tetap akan beli sebab lapar kan. Tapi, peniaga yang macam tu, nak tanya sikit..tak rasa anda dah menganiaya orang lain ke?

4. Juallah seperti yang anda nyatakan. Kalau cakap teh tarik kaw kaw, haruslah produk tu kaw. Ini, letak pewarna merah sikit bagi warna macam pekat sikit, tambah esen vanila biar rasa macam krim-krim macam tu. Langsung tak kaw dan memang menyesal habiskan 6 ringgit untuk air tu.

Makin panjang pula aku taip. ingatkan nak cakap sikit je. Aku yakin masing-masing ada pengalaman sendiri mengenai makanan ni kan. Kepada peniaga, aku sebagai pembeli juga sangat berharap makanan yang kami beli dengan perasaan teruja dan tahan air liur dari meleleh adalah berbaloi dan rasa seperti yang kami bayangkan. Aku faham kadang-kadang mahal tu sebab nak bayar sewa food truck, sewa bangunan dan zaman ekonomi yang macam ni harga barang yang naik dan lain-lain. Tapi, aku sebagai pembeli ulang semula KAMI TAK KISAH BAYAR MAHAL ASALKAN BERBALOI.

Akhir kalam, kepada pembeli semua, jadilah pengguna yang bijak. Mungkin tentang nutrisi tu tak boleh letak 100% salah kepada penjual kerana itu mungkin salah satu cara marketing mereka. Tapi untuk kita, diri sendiri berhati-hatilah dalam memilih makanan. Jangan sebab viral, laju je nak makan. Satu sebab ia kan jadi darah daging kita. Dan kalau sakit, badan kita yang tanggung. Bukan penjual tu pun. Sedap tak bermaksud ia sihat. Murah tak bermaksud ia berbaloi. Viral tak bermaksud ia sedap. Jadi, untuk first time, boleh rasa. Second time nak makan sila fikir dulu.

Kalau Nabi Muhammad berniaga untuk dekatkan diri dengan Allah, kita?

– Yang prihatin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit