Ada Apa Dengan Filem ‘Adiwiraku’

Assalamualaikum.

1. Aku baru lepas tengok Festival Filem Malaysia 29.Filem terbaik dimenangi oleh filem Adiwiraku, Yahooo.Lepas aku tengok di GSC, aku dah rasa filem ni boleh jadi filem terbaik Malaysia, yelah kita belum ada filem yang mencerita pengorbanan cikgu cikgu ni, asyik filem rempit, gangster, cinta je kan. Filem yang tak kembangkan otak. BTW, filem ini diinspirasi dari kisah benar. Tapi sayang, tak ramai yang tahu filem yang cantik sebegini.

2.Jadi, kalau korang tak pernah dengar nama filem Adiwiraku, korang boleh tengok trailer dia dekat Youtube, buat masa ni, tiada CD lagi, mungkin selepas menang, Astro First nak tayang balik.

3.Berbalik dari filem ni,banyak pengajaran boleh diambil dari filem ni. Spoiler Alert sikit jeee.

4.Kisahnya begini, seorang guru berbangsa India dari Teach For Malaysia (Badan NGO untuk membantu pelajar sekolah, boleh Google untuk maklumat lebih lanjut ) ditempat di sekolah kampung di Kedah.Cikgu Cheryl Ann Fernando ni mengajar Bahasa Inggeris.

5.Jadi faham faham lah, bila kita ni dari sekolah kampung (aku pun dari sekolah kampung, bahasa Inggeris ke laut China Selatan), banyak lah masalah tak faham bahasa Inggeris, dengan Sains dan Matematik pun in English. Banyaklah cabaran Teacher Cherly nak mengajar dengan budak budak sekolah, yang memang bahasa Inggeris adalah bahasa yang susah. Student bergaduh baling kerusi dia kena handle. Tapi dia tetap semangat ajar budak budak ni. Siap perkenal sistem pretasi (tertiba tak reti nak eja. Adeh) , So dengan cara ini, budak budak ni ada semangat nak belajar bahasa Inggeris sebab boleh dapat hadiah. Teacher siap offer budak budak ni datang rumah dia petang petang selepas balik sekolah untuk belajar Bahasa Inggeris.

6.So, banyak lagi lah pengajaran dalam filem ni, aku tengok movie ni, nangis juga lah aku dalam panggung tu sebab adalah scene yang sedih, macam ada satu student tu, dia duduk dengan Mak dia yang mental, selalu pukul dia, makan entah ada ke takde. Tapi dia jumpa jalan ke sekolah. Ada satu tu, terpaksa berhenti sekolah sebab ayah dia sakit, dia terpaksa kerja. Sampai teacher ni datang tempat kerja, pujuk dia pergi sekolah. Tapi budak ni tanya Teacher dia “Teacher pernah dak tak makan dua tiga hari ? saya pernah”,
Dalam hati aku pun jawab, aku tak pernah lagi tak makan dua tiga hari. Terlebih makan adalah.

7.Overall cerita ni, bukan lah pasal 100 % choral speaking, tapi lebih pengalaman teacher Cheryl dekat SMK Pinang Tunggal. Yang pasal choral speaking power juga, sekolah kampung yang orang tak pandang, tak pernah menang apa apa pertandingan, tertiba boleh dapat Top 5, lawan sekolah cluster dan elite.So viral juga lah kisah sekolah dorang ni bila sekolah kampung dapat Top 5.

8.So, kepada yang suka. mengata cikgu, dan cakap cikgu ni kerja senang, boleh lah tonton filem ni. #RekomenFilem

Dialog yang aku ingat dari filem ini,

‘Anak keluarga yang baik ke sekolah menuntut ilmu. Anak keluarga yang susah ke sekolah untuk dikasihi guru’

Okay. Sampai je cerita aku

Did you know there’s more fruit in a rich man’s shampoo than on a poor child’s plate ? – SMK Pinang Tunggal, Choral Speaking Team 2015

– Ms. D

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit