Adab Tunaikan Hajat

Assalamualaikum …

Adab selepas berak yang tak ramai tahu . Maaf jika conffesion ni agak menggelikan atau memualkan . Di minta kepada pembaca yang sedang makan sambil membaca confession ini sila berhenti makan dahulu atau habiskan makanan anda terlebih dahulu sebelum membaca . Sebab aku boleh jamin korang akan termuntah nanti .

Aku baru keluar dari toilet masa menulis confession ni . Baru sangat keluar sampai aku tak boleh lupa apa yang aku lihat tadi . Shit man I kenot brain this . Tak boleh ke kalau lepas berak tu flush taik Tuan-tuan & Puan-puan ? Masalahnya aku kenal taik siapa tadi tu . Aku tak sangka dia jenis yang tak flush lepas berak . Ini kali pertama aku kena dengan dia . Memang ada dengar cerita dia ni kalau keluar dari toilet mesti akan tinggalkan khazanah dalam tu tapi aku tak percaya sebab tak pernah kena lagi . Tapi ni aku dah kena memang aku benci dia lah lepas ni . Aku susah nak benci orang tapi kalau bab-bab macam ni aku tak bole ahhh siyes doh .

Kita kan bila lepas berak , flush lah . Ni satu kewajipan yang dituntut dalam masyarakat kita . Lain lah kalau flush tu tiba-tiba rosak time korang tengah guna . Tapi walaupun flush tu tak boleh guna ataupun rosak masa tu , cari lah jalan untuk ghaibkan ‘cupcake’ korang tu . Janganlah buat endah tak endah je benda tu . Benda tu kan kotor . Kesian orang lain yang tak bersalah tak pasal-pasal mimpi buruk sebab taik korang . Korang ingat senang ke nak lupakan benda tu ? susah weyh sumpah susah . Terasa mual-mual nak muntah bila teringat . Bukan kita nak ingat tapi susah nak lupa . Rasa nak menyumpah-nyumpah je orang tu .

Lepas berak , jangan lah segan silu nak toleh belakang balik . Means jenguh-jenguh lah mangkuk toilet tu mana tau ada terpalit kat tepi-tepi mangkuk tu kan . Yela kita kan kadang-kadang berak nak cepat nak one shoot je so memang merecik hawau masa meneran tu . So tak mustahil kat tepi-tepi tu mesti akan ada terpalit . Apalah kiranya kalau Tuan Puan jirus taik tu . Jangan lah tinggalkan signature kat situ . Benda senang jirus je . Geli ?? hanat kau lah taik kau sendiri pun nak geli .

Taik yang jenis degil yang flush banyak kali pun tak lut yang ni payah sikit . Kau makan apa doh ? tetapi , sekeras mana pun taik kita , jangan putus asa dalam memflush sebab itu juga di kira satu jihad . Jihad dalam menegakkan kebersihan . Ya nampak macam remeh tapi itu lah hakikatnya . Hats off untuk orang yang berkorban dalam memflush taik bersungguh-sungguh . Terima kasih awak .

Jenis manusia yang taik berbau ni pun kesian jugak . Tapi itu bukan alasan untuk tidak bekerjasama dengan toilet . Contohnya selepas berak , Tuan Puan yang taik busuk ni boleh lah siram-siram lantai lepas dah selesai semua urusan . Sebab dengan siram-siram ni je pun boleh mengurangkan bau taik Tuan-tuan & Puan-puan . Jangan biarkan lantai kering selepas berak sebab itu boleh membuat orang lain curiga sama ada Tuan Puan cebok ataupun tidak . Ini boleh membuat pengguna seterusnya tertanya-tanya dan membuat kesimpulan sendiri .

Aku jenis yang tak boleh bila orang tutup penutup mangkuk toilet . Sebab aku mesti akan di kejutkan dengan kejutan yang tidak di sangka-sangka . Aku tak tahu kenapa nasib aku selalu buruk bila berhadapan dengan magkuk tandas yang tertutup . Jadi pastikan selepas selesai semua urusan jangan tutup mangkuk toilet tu . Kalau toilet jenis duduk punya , jangan sesekali tutup penutup dia .

Nasihat turun-temurun dari keluarga aku . Bila masuk toilet , pastikan cek air ada ke tak . Bukak paip tengok air ada keluar ke tidak . Secepat mana pun kita nak tunaikan hajat , jangan lupa untuk cek air . Jangan gelojoh sehingga buat kita menyesal . Sebab masa ni dah tak ada orang yang akan boleh tolong kita melainkan diri kita sendiri .

Aku pernah jumpa 2 ketul taik . Satu warna kuning satu warna coklat . Aku tak pasti tu taik orang yang sama ke tidak . Aku jumpa taik ni kat kedai makan fast food . Masa ni aku nak tumpang kencing je . Kebetulan masa tu ada 2 toilet untuk perempuan . Masuk je toilet tu aku terus nampak benda alah tu kat atas lantai . Disebabkan aku dah tak bole tahan nak kencing , aku teruskan jugak berjalan ke toilet no 2 . Benda alah tu kat toilet no 1 . Nasib baik toilet no 2 tu bersih . Walaupun benda ni dah jadi berbulan-bulan yang lepas , tapi aku masih trauma . Aku kesian dengan makcik cleaner yang akan bersihkan toilet tu . Macam mana dia nak bersihkan ? Mesti dia muntahkan ? . Sebab taik tu bukan kecik . Besar weyh . Kesian acik tu .

Jadi korang , bersungguhlah dalam berjihad menjaga kebersihan diri kita . Berusahalah flush taik kita . Yang paling penting , berusahalah tutup aib kita .

Berusahalah flush demi negara kita . Jyeahhh !

– – Toilet

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit