Anak Dari Neraka II

Assalamualaikum,

Aku Mary, Isnin lepas 16/1/2017 aku ada confess bawah tajuk yang sama. Aku harap admin tak salah faham yang aku bukan nak buat novel ke ape, aku buat post ni untuk kali kedua untuk menjawab persoalan2 yang timbul dalam komen post aku yang first https://iiumc.com/anak-dari-neraka/ yang banyak bermain dalam fikiran aku. Kalau korang tak pernah baca kisah aku yang sebelum ni boleh lah pegi baca yang tu dlu, nanti korang tak faham pulak.

Weekend yang lepas aku pergi bekerja di luar kawasan, untuk lebih spesifik aku kerja pengurusan acara. Kalau ada event kalau khidmat aku diperlukan aku akan pergi. Nak di jadikan cerita baru ni aku pegi kerja di kawasan area Perak tapi masih jauh dari rumah. Dalam event tu seperti biasa ada agensi2 kerajaan dan bukan kerajaan yang lain. Aku ke booth bahagian kesihatan untuk buat pemerikasaan darah pada mulanya. Untuk ke kaunter yang ke dua aku diberi 1 borang namanya ‘Ujian Saringan Minda Sihat’ , aku google tadi nama lain dia DASS (kot).

Aku diwajibkan jawab soalan tu sebelum ke kaunter yang ke tiga. Soalan kertas tu seingat aku ada dalam 21 soalan, aku jawab semua. Bila page yang last bawah sekali aku tengok dia suruh jumlahkan beberapa kategori soalan mengikut kategori Stres, Anzieti, dan Kemurungan, masa tu aku tau dia ujian psychology, aku jumlahkan semua dan keputusannya ketiga2 ketegori tersebut aku score ‘Sangat Teruk’ , Pada mula aku nak tipu soalan2 tu semua, tapi ibarat aku menipu diri sendiri, dan dalam fikiran aku kaunter ketiga tu adalah khidmat nasihat berkenaan kesihatan berdasarkan keputusan ujian darah, rupanya situ adalah doktor psychiatrist. Dan dalam fikiran aku adalah kertas tu untuk rujukkan diri sendiri dan untuk dibawak balik, tapi tak, aku diminta untuk tunjukkan pada dia, bila dia teliti ujian aku apa yang aku dengar Cuma lah, “Keputusan awak sangat teruk, ini bukan keputusan yang elok/baik. Awak kena rujuk ke klinik berdekatan, saya nak buat test disini saya tak cukup kelengkapan.” Lebih kurang mcm tu, sambil aku dengar aku nak menangis, aku takut aku di kategorikan gila/mental sebagaimana yang kebanyakkan komen dalam post pertama aku. Dalam perjalanan aku balik ke post aku, aku menangis. Betul aku menangis. Aku tak sedia nak tahu keadaan mentality aku. Tapi aku rasa mungkin Allah nak makbulkan doa2 orang yang komen dalam first post untuk aku. Terima kasih.

Masa tu semua yang pernah jadi dalam hidup aku macam mana yang aku cerita dalam post pertama aku semua datang dalam fikiran aku. Aku pegi ke booth kesihatan dengan sorang colleague aku. Disebabkan aku tak dapat nak tahan air mata aku terpaksa cerita pada dia. Di baca dia dengar semua, kawan aku ni nak menangis. Dia cakap sedih. Kalau dia rasa sedih aku lagi sedih.

Aku balik rumah seperti biasa, aku masih mendiamkan diri. Home isn’t so sweet anymore. Tapi cuba buat seperti biasa, aku pilih jalan untuk berdiam sebab aku dah tak nak sakit kan hati mak bapak aku. Dengan tu aku pun takdelah sakit hati tengok tindakbalas diorang. Tapi, lain yang aku dapat. Dingin. Aku jalan menunduk. Bila pagi aku nak keluar pegi kerja aku cuma salam beri salam dan aku keluar. Itu lah hari2 yang aku lalu selepas ada pertelingkahan yang jadi. Pandangan, percakapan pada aku semua menyedihkan.
6 tahun lepas aku penah buat operation kelopak mata aku yang mana doktor explain cakap salah satu urat mata kiri aku terputus dan buatkan kelopak mata aku tak dapat bukak sepenuhnya seperti mata kanan aku. Doktor nipiskan kelopak aku dan tukarkan otot mata yang lebih kuat. Selepas operation tu, setiapkali aku pejam mata aku still boleh Nampak cahaya dari kelopak mata aku. Semenjak tu aku suka tidur dalam gelap, sebabkan aku susah nak lena kalau ada cahaya. Aku tidur sebilik dengan mak bapak aku dan anak sedara aku. Parent aku suka pasang lampu tidur, jadi ada masa aku akan masuk tidur dulu dan tidur dalam gelap, bila diorang nak tidur diorang pasang lampu tidur aku takkan perasan sebab aku dah tidur. Bukan aku tak pernah beritahu mak bapak aku, baru2 ni aku buat macam yang aku cakap kan tadi, aku masuk tidur dulu dalam gelap. Tak sampai seminit aku masuk bapak aku dah bukak lampu dan marah aku. “Tak payah nak tutup lampu, orang nak keluar masuk.” Bagi aku, aku nak tidur, salah ke? Bukan lama aku ambik masa nak tidur memandangkan tidur adalah hobi aku. Cahaya lampu ruang tamu belum cukup ke.

Keesokkan harinya aku salam seperti biasa sebelum keluar, bapak aku still buat muka, pada pandangan aku dia tak suka tengok aku gayanya. Tapi aku syukur atleast aku still dapat salam, ada masa bapak aku taknak sambut tangan aku sambil cakap, “Pegi jelah, takpayah salam.” Aku sedih. Setiap pagi dia cakap macam tu aku sedih sangat.

Ada yang cakap, “Kadang2 apa yang jadi ada sebabnya, mungkin mak bapak kau layan kau macam tu sebab punca dari kau sendiri.” Ya aku tak nafikan, aku mengiyakan. Sebab aku rebel. Tapi bagi aku, aku takkan rebel kalau diorang layan aku sebagai seorang kawan. Aku tak minta di layan sebagai raja. Kadang2 aku disalah ertikan sebagai kurang ajar, aku bukan sengaja kurang ajar, nada dan suara aku memang lantang.

Aku dengan sedara sebelah mak aku, aku tak suka rapat. Kadang2 kalau ada jamuan apa2 aku mesti elak dari pegi. Dari aku kecil dalam sedara2 aku yang paling kerap diketepikan, tapi diperlukan bila diorang terdesak. Masa aku kecil aku paling suka explore, aku yang pandai bab2 seni. Jadi satu kes masa aku kecik aku dengan sedara2 aku yang lain bermain di rumah bapak sedara kepada cousin aku sempena jamuan house warming dia di Kedah. Adik sedara aku Aishah (Bukan nama sebenar), cuba tunjuk pada sedara2nya kecangihan rumah baru bapa sedara dia yang dalam almari master bedroom nya ada pintu ke toilet. Aku sebagai seorang budak2 benda tu sesuatu yang gempak, aku seronok. Jadi aku dan sedara2 aku yang lain bermain sama2. Kakak kepada Aishah ni memang tak suka aku dan sangat2 garang. Sampai sekarang aku ada masa aku tak suka salam dia. Jadi masa tu kakak Aishah ni masuk ke bilik dan menjerit2 macam kami ni merosakkan benda2 disitu. Jadi dia berlari dan beritahu bapak aku. Dalam perjalan balik ke Ipoh dalam kereta bapak aku menjerit2, macam aku ni menconteng arang dimuka dia. Aku Cuma bermain, apa yang aku Cuma tahu adalah seronok. Aku susah nak ingat memori aku sebagai kanank2 yang lain melainkan yang paling terkesan dalam hidup aku.

Aku yang paling kreatif dalam sedara2 aku, atleast itulah apa yang makcik2 sedara aku dan sedara aku suka cakap bila diorang perlukan aku untuk tolong diorang decoration atau siapkan kerjasekolah seni diorang/anak2 diorang. Ya, bila aku diperlukan aku diangkat, bila part diorang pergi seronok2 diorang tinggalkan aku. Last aku terkena sebelum aku decide untuk elak berjumpa dengan diorang adalah bila sedara dari jauh aku datang duduk dirumah makcik aku yang satu taman dengan aku, aku seronok so aku pergilah nak lepak2 dengan sedara aku naik basikal. Bila aku sampai2 aku tengok semua tengah bersiap2 melawa diorang nak keluar. Aku datang tercengang2. So aku balik rumah. Bila aku balik baru lah makcik aku ni call mak aku Tanya aku nak ikut ke tak. Terus aku tolak, kalau aku tak pergi diorang tak kan ajak.

Bila aku naik sekolah menengah, by the time aku form 3/4 macam tu aku jadi hotstuff di facebook bukan sebab aku lawa, tapi aku reti photo manipulation. Aku edit gambar2 aku jadi luar biasa. Jadi aku famous sekejap. Sampai kan kawan2 kepada cousin2 aku yang duduk jauh2 pun kenal aku. Baru tulah cousin2 aku semua nak rapat2 dengan aku, nak mengaku aku ni cousin diorang. Masa tu bagi gambar kat aku mintak aku edit gempak2. Masa tulah aku jadi famous dengan cousin2 aku. Sekarang rezeki aku dan kelebihan Allah swt bagi aku jadi grafik designer/multimedia. Dan aku ada buat kerja sambilan mengambil order dan upah design. Ya, sekarang aku still digunakan lagi, di ambil kesempatan. Bila aku design diorang request harga murah2, upah murah2. Mintak design 2 3, ubah design berkali2. Bila aku charge 40 ringgit mintak diskaun. Sudahnya aku fed-up aku bagi free je terus. Ya itulah aku dan sedara2 aku. Aku tak ngam langsung.

Ada yang aku baca komen cakap, “Pelik, kne pukul kene marah tapi tak dengar cakap.” Terima kasih kerana mengambil berat. Seperti aku cakap dalam post sebelum ni, aku ni kambing hitam dalam keluarga aku. Apa aku buat semua jadi kesalahan. Untuk mengetahuan korang lepas aku kene marah kene pukul aku jadi macam sekarang ni. Aku diam, semakin aku diam semakin tu aku ni torture mental. Bapak aku cakap aku macam2, cakap aku dah tak reti berdunia dengan orang lain. Aku ni buang keluarga. Tapi semua tu aku tak pernah cakap, tak pernah keluar dari mulut aku. Lagi aku diam, aku buat rutin aku. Lagi bertubi2 aku kena, semua aku buat semua tak kena. Jadi aku dah takde pilihan lain. Aku rebel. Aku diam masih belum boleh terima jadi aku kembali memberontak.
Yang Tanya kenapa aku masih belum keluar rumah tu. Aku kasihankan mak aku, betul aku cakap. Bapak aku kerja 12jam sehari, mak aku sorang2. Dulu masa aku kecik mak aku pernah pitam dalam rumah. Sungguh pun aku ni jahat aku sayang mak aku. Aku gunakan kejahatan aku untuk jaga mak aku. Macam mana? Aku masa sekolah aku ganas, aku kuat gaduh. Jadi bila mak aku nak ke kdai aku temankan, sejujurnya setiap kali aku temankan mak aku set dalam otak aku, kalau jadi apa2 aku akan terus hayunkan tangan aku. Kalau ikutkan fizikal aku aku kecik dan pendek. Sampai sekarang aku still mind set mcm tu. Aku kerja standard working hours, setiap hari Rabu aku mesti terkejar2 balik awal untuk bawa mak aku ke pasar malam. Kalau ada meeting, ada kerja still belum siap tapi boss aku suruh aku siapkan aku still cabut awal. Semua colleague aku tahu dah perangai aku. Diorang cakap aku anak yang baik, aku Cuma senyum. Tapi dalam hati aku, aku harap itu betul.

Dulu mula2 masuk gaji aku basic, sikit tak banyak. Aku bagi mak aku 50 ringgit setiap bulan, lebih aku bayar apa2 yang patut, aku bayar ansuran laptop aku, aku simpan duit pada bapak aku. Ada lebih aku bagi bapak aku 50 ringgit duit elektrik rumah. Tak banyak, aku bagi mana yang aku mampu je. Kadang2 adik bradik aku balik diorang cuba ‘pau’ aku buat ayat2 aku belanja makan. AKu senyum je yang mampu, bila aku bergurau cakap aku tak mampu walaupun aku betul tak mampu. Sudahnya diorang akan keluar kan ayat2 yang menyakitkan hati. Sekarang gaji aku naik sedikit, aku naikkan jumlah duit yang aku bagi mak aku ke 100 ringgit. Ada masa kalau aku kerap kerja di tapak event aku aku dapat elaun lebih aku akan bagi mak aku duit dapur. Tapi still aku refuse nak bawak keluar kereta, aku ulang alik kerja berpanas berhujan naik motor. Ada kawan2 yang baru kerja dah keluar kereta. Aku yang dah 2 tahun still belum keluarkan lagi. Aku takut nanti lama2 aku tak mampu.

Aku rasa, bapak aku lebih sayangkan kereta lagi dari aku. Kadang2 pagi2 hujan lebat aku mntak nak bawak kereta, tapi macam2 dia cakap. Sudahnya aku redha je berhujan. Ada masa aku mintak nak bawak kereta sebab aku nak bawak barang ke office pun still bapak aku tak bagi. Sudahnya aku ke office aku patah balik rumah pinjam kereta kawan aku. Kawan aku pun boleh percaya aku bawak kereta diorang. Pernah satu masa motor aku masuk bengkel, 2 hari berturut2 aku kene bawak kereta, bapak aku dah bising. Kalau aku ada motor lain aku dah bawak motor je. Kereta dia lebih berharga dari aku. Aku tak faham. Bapak aku selalu refer pada barang2 yang susah nak dapat, “susah nak dapat, dah dapat jaga.” Tapi dalam hati aku akan terdetik, anak macam aku ni senang dapat mungkin.
Aku ucapkan terima kasih mana yang banyak bagi semangat dan mendoakan aku dalam post aku yang pertama. Ucapan terima kasih saja tak cukup. Aku akan cuba untuk seek for help, merujuk pada ujian yang aku ambil tu. Insya-allah. Semoga Allah swt bukan hati mak bapak aku dan semoga Allah swt mengkurniakan korang keberkatan dan rezeki yang cukup. Terima kasih.

– Mary

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit