Assalamualaikum,
Aku faham perasan kau, duduk rumah sempit bila semua balik ada adik-beradik yang akan tidur diruang tamu. Nak ajak orang datang rumah pun segan sampai aku penah fikir kalau ada adik-beradik aku kawin nanti macam manalah ye.
Aku pernah salahkan abah (dalam hati jela) kenapa masa muda abah tak fikir pasal future, saving dan lain-lain. Kenapa abah biarkan kami hidup susah. Parents aku mula menyewa sejak mereka baru kahwin, sekarang ini umur aku dah 24 tahun. Jadi boleh bayangkan berapa lama keluarga aku menyewa di KL ni. Dulu kalau ada kawan nak hantar balik dan tumpang tidur banyak sangat alasan aku bagi, jujurnya aku malu dengan condition rumah yang kecil bertikar getah dan panas. Tapi makin besar aku mula belajar untuk bersyukur walaupun rumah kami kecil dan menyewa setidak-tidaknya kami masih punya tempat untuk berteduh, aku masih punya parents, tidak pernah berlapar. Parents mana yang nak biarkan anak mereka susah, aku yakin abah juga rasa benda yang sama.
Tapi menyalahkan parents bukan jalan yang terbaik, ayah kau dah cuba berikan yang terbaik walaupun rumah flat. Sebagai anak, dari kau menyalahkan ayah kau ada baiknya kau mencari solution sendiri seperti cari duit belikan mereka rumah yang selesa, kau bantu mencari duit tambahan, bukan menyalahkan mereka. Pergorbanan mereka (parents) sumpah cakap sampai bila-bila kau tak mampu balas. Cubalah tengok wajah mereka semasa tidur, tulang empat kerat tu mereka guna untuk anak-anak. Belajar redha dan bersyukur, mereka dah cuba yang terbaik mungkin belum rezeki mereka untuk dapatkan rumah yang lebih besar. Teruskan berdoa diberi rezeki melimpah dan halal
Iye, aku juga ingin membelikan rumah untuk parents aku, Cuma sekarang ini aku tak dapat kerja tetap lagi. Doakan aku dimurahkan rezeki dan mendapat pekerjaan tetap. Maaf jika tulisan aku tak menarik, yelah aku bukan penulis.
-Had-
– had
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Exactly. Dah kawen and ada anak, baru akan betul2 faham what they went through.
All the best bro
Harapnya dpt la si had ni n seangkatan dgnnya dpt menepati janji janji utk beli rumah .. Kene ada usaha,, Semoga berjaya bro.. Beri kebahagian dahulu pd makayah
Rumah saya dulu lagi teruk.bila tido siang nampak langit..bila mlm hari hujan kami bertempiaran cari baldi tadah air.kalu ari hujan jgn harap dpt tido.anda patut besukur sgt sekurgnya rumah anda tidak bocor.bila anda berumah tangga nanti anda akan tau betapa susahnya kehidupan ini.harap anda byk bersabar
Aku doakan ko dapat belikan rumah yg selesa utk family. Aamiin.
Usia 24 tahun, sudah mampu utk berdikari dan menyara hidup sendiri disamping membantu ibu ayah.
Jangan merungut tetapi berusaha. Dekati diri kpd Allah kerana rezeki itu datang dariNYA.
Keluarlah ke tengah bandar di waktu malam, anda akan menyaksikan kehidupan gelandangan.
Belajar bersyukur dgn apa yg ibu bapa mampu berikan kpd anda. Kemewahan bukan segala2 nya.
Hargailah kasih sayang keluarga dan selagi anda bernafas, anda mampu mengupah keadaan.
Semoga anda mampu membawa keluarga anda keluar dari “kemiskinan”. Aameen.
yup usaha sendiri utk keselesaan di masa hadapan..jangan salahkan parents anda kerana takat itu saja rezeki mereka..kini giliran anda pula utk cuba memberi kehidupan sempurna utk bakal isteri dan anak nanti
Marniza Mohamad Razali huhu
Motif?
Nasib kita sama. Semoga urusan kita dipermudahkan.