Berhenti Buat Perbandingan

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama saya perhati,di mana2 page kalau wujud bab pekerjaan je,mesti akan mewujudkan perbezaan antara kerja A dan kerja B terutama di bahagian komen page berkenaan. Kemudian,mula mengutuk dan memerli. Korang pun mesti pernah terbaca kan..?

Sebenarnya saya ni tidak faham mengapa nak memerli dan mengutuk bagai. Kerja itu kan rezeki. Korang dah ada kerja, kira bersyukurlah walaupun bagi korang gaji yang korang dapat tu tak setimpal dengan apa yang korang kerjakan. Atau senang cerita, kerja tapi duit tak cukup.Memang ramai yang macam tu, tak dinafikan. Kalau korang kerja doktor, korang ada bebanan tugas masing2 serta tanggunjawab masing2..kalau kerja guru pun sama gak. Kalau kerja pesawah atau kerja kilang pun sama gak.masing2 ada tekanan dan masalah masing2.

Tidak dinafikan,kita ada hak bersuara. Tapi kebanyakkan kita ni banyak merungut. Contoh, “saya kerja dari pagi sampai malam.korang cakap senang la..dan blabla..”.. Ada pula yang reply nanti, “semua kerja ada tekanan, kalau rasa berat,baik berhenti je kerja tu..”.. Ada lagi yang akan komen, “korang taka pa la senang naik pangkat walaupun banyak merungut”.. dan macam2 hal lagi.
Sebenarnya, kalau difikir dari logik akal, apa sebenarnya korang dapat dengan bergaduh? Tidak ada apa pun. Cuma korang kena faham 1 perkara. Hidup ini, besar mana pun jawatan, kalau kerja tak ada berkat, tak ada guna juga. Memang la pekerjaan korang itu dari sumber halal,tapi berkat ke tidak? Korang dah diterima bekerja, tapi bagaimana korang handle amanah yang diberi itu? Ada sekali saya pernah baca, contoh kalau gaji kita RM500, kita bekerja macam gaji kita RM800, insyaallah allah akan tolong kita. Tapi kalau gaji RM4K sekalipun, kerja macam gaji RM2K, mana nak datang berkat? Itu belum masuk part menular lagi.Cuba fikir, dari hasil tak berkat itu,kita bagi dekat anak isteri, parent untuk kegunaan harian mereka..

Ye la tidak dinafikan la ekonomi sekarang ini banyak sangat bagi tekanan dekat kita semua. Sampai ada yang ikut saranan menteri buat 2,3 kerja sekaligus.. Maaflah nak cakap, biasanya yang buat 2,3 kerja sekaligus ni dia tak focus pada semua pekerjaan itu. Contoh, kerja pertama dia kerja tetap dan office hour..kerja kedua bisnes.dan kerja ketiga mungkin buat MLM atau saham..Selalunya kerja pertama tu yg mereka tidak fokus..sebab nak beri tumpuan pada customer.saya tak cakap semua orang ye..sebab benda ni saya nampak depan mata masa saya praktikal dulu..dia datang awal pagi kerja,punch card… kemudian sekejap lagi hilang…katanya keluar beli barang niaga utk malam nanti di pasar malam.petang tak masuk kerja dah.

Cuma apa saya nak sampaikan, pada kita banyak merungut,kita check semula diri kita ni..Kita ni dah ada kerja..sepatutnya bersyukurlah..Ramai yang kat luar sana sedang mencari kerja dan tiada pekerjaan. Anda yang pilih kerjaya itu,anda haruslah bersedia mental dan fizikal. Kerana tidak ada paksaan pun untuk anda bekerja.Kalau kita membandingkan kerja orang lain dengan kita pun tidak ada guna. Sebab kita tidak berada di tempat dia. Dia lebih mengetahui bidang dia, kita mengetahui bidang kita. Allah dah cipta manusia ni elok dah. Saling bergantung antara 1 sama lain. Ada doktor ada nurse. Ada nurse ada pesakit. Ada pesawah, kita dapat merasai sebutir nasi… Ada posmen, kita dapat pos barang,dapat terima surat dan memudahkan urusan kita.. Bagi manusia pangkat darjat tu penting.tapi bagi Allah semuanya sama sahaja. Bezanya kita bersyukur atau tidak. Tidak perlulah menghina pekerjaan orang lain, memerli dan sebagainya. Ingat tujuan kita ini bekerja untuk apa. Esok mati nak kena jawab semua depan Allah..
Maaflah,saya bukan ustazah,tapi sekadar beri peringatan buat kita semua..hentikanlah membuat perbezaan,mengutuk dan menghina pekerjaan orang lain. Tanpa mereka, mungkin kita lebih susah. Sebab semua akitiviti kita akan tergendala. Sebabnya semua saling bergantung antara 1 sama lain. Peace..

– Suka Akan Kedamaian

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit