Beza Cikgu Biasa Dan Cikgu Panitia

Assalamualaikum , kalau sudi siarkan confess ini , terima kasih ye admin . Aku seorang student , aku tak tahu lah kenapa aku boleh jadi lemah macam nie . Aku rasa macam down gila . Aku rasa takde beza pun cikgu sekolah menengah atau cikgu ipta/ipts/f6 tapi aku boleh katakan cikgu sekolah menengah lagi best and lagi paham hati seorang ‘Pelajar’ . Cikgu sekolah menengah lagi banyak cabaran dia , dia kena ajar budak pandai , budak sederhana pandai dan budak kurang pandai . Tapi dia lagi tabah , lagi rasional dari cikgu-cikgu Ipts/ipta/f6 .

Okay aku start kenapa cikgu sekolah menengah lagi best . Ni dari segi pandangan aku and apa yang aku alami . Lepas form 3 kita akan belajar subjek baru form 4 dia takde kaitan lagi dengan form 3 nie . Aku still main-main masa form 4 tu . Yelah masa form 3 kan ada exam PMR itu dah kira exam besar , kita dah penat baca buku semua kan so masa form 4 aku main-main tapi cikgu biasa tabah lah nak betulkan aku . Setiap kali math aku takkan belajar , aku takkan dengar apa cikgu cakap tapi bila cikgu datang baru aku salin and bila ada homework kejap lagi waktu math aku buat masa subjek sebelum waktu math . And hasilnya aku fail subjek math masa form 4 tu . Naik form 5 aku cabar diri , aku perbetulkan diri untuk hadapi SPM . Baik-baik fail tu aku boleh dapat B+ subjek Math , aku ulang subjek Math B+ , kau nak tahu sebab apa ?

Sebab cikgu math aku tak pernah penat ajar aku malah dia galakkan aku usaha , buat betul-betul , bagi kata rangsangan , datang tempat duduk aku hanya kerana nak aku tahu dan paham . Malah cikgu aku tu dia sedia kan habuan untuk budak-budak yang berjaya ubah diri . Satu hari tu dia sanggup habiskan duit dia rm30-50 hanya semata-mata nak tengok anak murid dia paham . Sampaikan aku semangat nak belajar and aku nak sangat belajar walaupun aku takut nyusahkan ayah tapi ayah kata , ayah ikut aku . Tapi sejak naik lagi atas tahap-tahap Uni nie . Aku jadi down , down sangat …

Masuk Uni dia kan belajar benda baru so tak salahkan jika student tu result dia jatuh sikit , sebab belajar benda baru kan , aku pun baru nak tahu selok belok belajar Uni nie macam mana . Nak hadap situasi cari kelas semua tu , nie kan normal untuk pelajar baru …

Namun lepas sem 1 ditakdirkan result aku down sikit , sejak dari tu aku dijadikan mangsa pandang serong oleh seorang cikgu Panitia nie . Wei pelajar baru , kitaorang pun boleh repeat paper kot bukannya tak boleh . Tapi hanya kerana cikgu Panitia tu gah sangat sampai orang yang jatuh result dia semua nak besar-besar macam kitaorang nie dapat F dalam subjek dia .

Satu hari tu aku masuk kelas subjek cikgu nie , dia boleh cakap ‘ jia , awak tu dah lah result teruk and bla bla… ‘ memang panjang lah dia bebel , cikgu dah tahu kan hati pelajar macam mana . wei dia burukkan aku depan pelajar lain , aku pun ada hati sampai dia bash aku macam tu sekali . Aku diam je . Lepas aku tahu result teruk aku repeat paper lah subjek dia and kitaorang dibagi ke cikgu lain iaitu cikgu biasa untuk repeat and dia tolak aku sebab jawapan dia ‘ saya malas nak ajar yang lemah-lemah nie ‘ wei apa fungsi dia sebagai tenaga pengajar ? Lec ? Guru? Semua tu kalau taknak ajar yang lemah sikit nie .

And paling terasa bila masa kelas repeat tu dia cakap dengan budak yang dia ajar tu ‘ saya tak amik budak-budak fail nie , yang fail semua saya tolak ‘ aduhhh wujud niat nak hamun cikgu Panitia nie . Tapi niat belajar tu menjadi kan aku sabar . Sampaikan aku nangis bila aku dimalukan depan student lain . Sampaikan takde hati nak belajar down sangat-sangat . Cikgu yang aku belajar repeat tu cikgu biasa , malah cikgu biasa nie lagi tabah dari cikgu panitia nie . Masa kelas repeat tu cikgu biasa nie siap cakap dekat student dia ajar ‘ takpe saya terima awak dengan hati terbuka , saya nak terangkan balik semua dari awal untuk awak paham ‘ masa dengan cikgu biasa nie hati aku jadi lembut nak belajar , lagi aku boleh masuk . Lagi berapa bulan nak habis belajar tapi hanya kerana Cikgu Panitia tu terus niat belajar aku hancur . Sikit takde kata-kata perangsang malah aku dipandang lagi bodoh dari itu .

Wahai cikgu Panitia , saya bukan takde hati bila dipandang macam saya paling bodoh tapi saya takde semangat nak belajar hanya kerana cikgu , saya masih ada hati kalau dah takde hati saya akan balas balik kata-kata cikgu tu , saya masih hormat cikgu sebagai pengajar saya tapi masih dipandang hina . Sakit tu saya je rasa .

And kepada cikgu Math aku ,  terima kasih ajar saya yang degil nie sampai dapat result macam gitu , ketabahan cikgu membuahkan hasil . Semoga Allah memberkati segala kerja cikgu and to cikgu Biasa , terima kasih juga mengajar saya sehingga paham walaupun ajar saya 1 hari je . Segala jasa cikgu saya hargai .

Doakan aku final exam nanti , aku nak buktikan dekat cikgu Panitia aku tak sebodoh yang dia sangka .

– Jia try hard –

– Jia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit