Bukan Semua Orang Senang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Firstly, nak ucap thanks kat admin sebab approved confession ni. aku perkenalkan, aku Nur. Aku seorang student dekat universiti awam belah utara. Aku student tahun ketiga and this is my second final semester. So, selama 3 tahun aku dekat sini, macam-macam karenah aku jumpa. Memacam perangai. Tapi benda yang aku paling nak cerita dekat sini, mengenai “tak semua orang senang”. Which is benda ni jadi sendiri dekat aku.

Sepanjang 3 tahun ni, aku ada satu geng, kami cuma berempat je. Kami rapat memang rapat. Pergi makan sama-sama, keluar pergi Bandar sama-sama. Tapi apa yang aku perasan, kawan-kawan aku ni suka berhabis duit dekat makanan secara melampau. Kitaorang memang bukan jenis yang jaga shape badan bagai, tapi bagi aku, apa yang kawan-kawan aku buat tu agak melampau. Aku ni bukan family senang. Sepanjang sem, aku belanja guna duit PTPTN je. Lepas tolak yuran, belanja keperluan diri untuk sem baru, berapa sangatlah yang tinggal. Kekadang aku terpaksa guna duit PTPTN tu untuk keperluan rumah. Jadi apa yang tinggal dekat aku, memang aku kena jimat.

Selalu hujung sem, tu waktu paling kritikal bagi aku. Aku kena berjimat yang super jimat. Selalu aku makan petang je. Sekali sehari. So kalau kawan-kawan aku ajak keluar, aku kasi alasan, aku banyak kerja. Aku taknak meraih simpati orang. Bagi aku, susah senang aku, biar aku hadap sendiri. Selagi aku mampu, aku cuba sedaya aku tak nak susahkan orang. Tapi yang jadi masalah dekat sini, bila aku mula tak join kawan-kawan aku, mula lah nanti diaorang menjauhkan diri dari aku jugak. Aku tak mintak pun kawan-kawan aku tu bawak aku pergi semua tempat yang diaorang pergi. Cuma aku mintak, faham lah. Bukan semua orang senang.

Aku belum senang macam korang. Aku taknak sentuh pasal kewangan ni. bagi aku, aku dengan family sihat ni pun rezeki dah. Tak payah pening nak cari duit untuk buat rawatan. Yang aku perlu sekarang ni, kawan-kawan yang faham dengan keadaan aku. Mungkin ada yang tak rasa susahnya cari duit. Aku dah pernah rasa dulu, kerja kilang 12jam. Susah senang aku sepanjang kerja, jauh dari family.

kalau ada kawan yang selalu kasi alasan bila ajak keluar tu, tolonglah faham keadaan diaorang. Bukan dia sengaja nak menjauhkan diri , Cuma tu je cara paling selamat dia nak berjimat. Tak semua orang dalam dunia ni, hidup mewah. Ye aku bukan tahap susah daif tu. Aku masih cukup makan minum semua tu. Tapi aku taknak aku bersenang lenang dekat sini, nanti aku susahkan mak ayah aku. Aku nak mintak rm50 pun fikir banyak kali. Dengan kos sara hidup sekarang, berapa sangatlah rm50 tu.
Ada student dia terpaksa berjimat,bukan berkira.

Okay lah, ini je aku nak cerita. Terima kasih kepada yang sudi baca luahan aku ni.

Nur
Hidup kita tak senang tak apa, janji orang sekeliling senang dengan kita . 

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit