Cemburu

Assalammualaikum dan salam sejahtera serta selamat hari raya aidilfitri aku ucap buat admin dan semua pembaca kisah aku ini. Aku harap kisah aku dapat beri tauladan buat semua yang sedikit sebanyak ada perasaan sama seperti Airil dalam kisah Andainya Takdir.

Seperti biasa, orang akan meletakkan perasaan cemburu atau terlalu cemburu lebih kepada golongan wanita memandangkan wanita punya 9 nafsu dan 1 akal. Dan aku dalam kisah ni aku seorang wanita yang berperasaan hampir 85% sama seperti Airil lebih lebih lagi masa aku mengandung.

Aku akui aku memang terlalu kuat cemburu hingga sekarang pun aku masih seperti itu tapi aku sedang belajar proses mengawal diri dan emosi. First of all, penyakit atau perangai ni aku boleh katakan gabungan hasutan syaitan dan juga gangguan emosi yang keterlaluan.

Pada perasaan aku, suami aku akan sering memandang wanita disekeliling nya even sanak saudara ipar duai dan sebagainya. Dan aku akan bertindak menarik muka menahan marah dan masuk ke bilik terus mengamuk yang tidak tertahan dan tidak dapat dikawal. Dan perasaan itu akan aku bawa sehingga seminggu atau berminggu minggu lamanya. Aku akan mengamuk dan menangis semahunya kerana kudrat aku sebagai seorang wanita dan isteri tidak mampu untuk melepaskan amarah hingga memukul suamiku.

Aku mengalami perasaan ini dalam keadaan tertekan. Anda semua bayangkan even suami aku kerling pada cermin sisi dan cermin pandang belakang pun aku akan syak dia tengok perempuan lain. Sampaikan dia akan berjauh dengan semua wanita kecuali ibu , ibu mertua dan adik beradik perempuan dia sahaja.

Sampailah suatu tahap aku kena belajar mengawal perasan tu. Saat dia bersama perempuan lain atau sanak saudara aku akan bawa diri masuk bilik. Walaupun masa tu rasa marah aku membuak buak macam gunung berapi nak meletus. Aku sujud dan aku beristighfar. Aku tanamkan niat yang aku kena berubah demi Allah. Saat dia duduk di sisi perempuan, aku akan bawa diri masuk bilik atau bilik air lalu menangis. Aku menangis dan terus menangis. Dan aku keluar seperti biasa seolah tiada apa yang berlaku.

Perasaan tu aku kawal sehingga aku tak dapat tidur malam. Aku akan berpeluh peluh menahan sebak, marah, kecewa dan dendam tapi aku usaha, aku paksa diri aku dengan bersujud pada Allah. Serius aku memang paling susah untuk lakukan bahagian yang ini. Tapi bila kau fikir inilah penawarnya kau perlu teruskan. Perasaan ini sangat sakit sesakitnya tapi ingat terus berharap pada Allah.

Aku meletakkan satu fahaman yang setiap manusia berhak untuk melihat dan menikmati manusia sekelilingnya. Selebihnya bahagian dosa pahala tidak menutup aurat dan menjaga pandangan aku serahkan semua pada Allah. Aku cuma fikir, ” tak apa. Dia melihat benda yang tidak baik, dia yang akan menanggung dosa, manakala dia yang memperlihat kan bahagian yang tidak baik dia jua yang akan menanggung dosa, selebihnya aku kena terus berdoa untuk diri aku dan dia supaya berubah kepada yang lebih baik.”

Di sini aku nak sampaikan penyakit atau sindrom seperti ni bukan terus menerus akan terjadi sehingga habis seluruh keturunan tapi usaha kau paling penting dekat sini. Kalau bertawakkal tapi tak berusaha pun tiada guna. Kalau berusaha tapi tidak bertawakkal pun tiada guna. Saat kau marah, letak Allah yang terpaling atas. Sesungguhnya orang yang paling hebat adalah orang yang berjaya mengawal rasa amarah.

Aku berharap korang semua doakan aku semoga aku dapat berubah dan terus berubah untuk menjadi lebih baik dan tiada tradisi keturunan aku yang mengikut jejak langkah aku yang punya penyakit seperti ini. In shaa Allah amin ya Rabbal Alamin. Thanks admin.

Aku yang sedang berusaha,
Nina

– Nina (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit