Cerita pendosa: kisah benar

Bismillah..

Dengan izin Allah, aku harap apa yang aku kongsi ada manfaat.

Aku pernah cinta gila satu manusia ni sampai tahap aku lupa Allah.Letak family kat tepi,kawan kat tepi,semua ketepi. Bila lupa Allah,perkara yang Allah tegah aku redah akibat mulut manis dia.Allah je tahu betapa hanyutnya aku dulu.

Aku rasa lelaki tu lah segalanya. Lelaki tu janji dan buat macam2. Aku rasa dia aku y punya. Aku lupa. Aku derhaka kat Allah. Hidup aku masa tu tak ada lain selain dosa. Malu dan sesal bila teringat sendiri.Tapi Allah masih tetap baik dengan aku.

Pendek cerita. Lelaki yang aku cinta mati tu dump aku tanpa simpati lepas dia amek segalanya selepas bertahun-tahun.Aku bodoh percaya cakap dia.Aku tak tahu semua tu dusta. Dia punya janji dan perbuatan macam dia lah paling setia jujur amanah kat dunia ni. Aku bodoh,bendul.

Tanpa cakap apa-apa, tiba2 dia hilangkan diri. Tahu2 dia dah plan nak kahwin dengan perempuan lain. Aku? Macam dia tak pernah kenal,xpnh wujud dalam hidup dia. Dia buang aku dari hidup dia tanpa lansung pikir nasib dan simpati kat aku. Masa tu aku meraung,sasau,derita. Rasa macam dah takda harapan lagi.Hati bila jauh dari Allah…rasa gelap dunia.

Lelaki tu kejam..sepatah maaf,apetah lagi menyesal lansung dia tak cakap.Totally missing sampai sekarang.Macam dia dah tak wujud kat bumi ni.Tapi aku tahu dia tengah hidup bahagia,sekarang.

Masa tu aku tak tahu nak refer siapa,apa aku patut buat. Sebab takda siapa tahu kisah sebenar. Walau masa tu hati aku hancur, future aku hancur,syukur aku masih dipinjamkan iman. Allah y aku buat derhaka dulu, tolong aku lagi..sebab takda manusia yang tahu bahana perbuatan aku dulu.. tak tahu nak luah kat siapa..aku menangis meraung-raung kat Allah…Allah dengar…Allah tolong…perlahan-lahan Allah bagi aku tenang…perlahan-lahan Allah tlg bersihkan hati aku.. Hati aku terlalu gelap..dosa aku mungkin seluas bumi ni…tapi Allah baik…baik sgt2…Allah dengar…tak putus-putus tolong aku..

Lepas 1 jangka masa y sangat lama..akhirnya aku pulih,tenang, redha…Allah hadirkan 1 rasa bahawa segalanya berhikmah..walaupun aku sering dihantui dosa silam..aku redha..aku takut bila fikir peritnya azab y bakal aku terima kat akhirat nanti kalau Allah tak ampun..aku takut..

Allah bagi aku rasa kecewa mati dengan manusia supaya aku faham Allah lah selayaknya aku cinta paling dalam. Sejak dari tu,Aku dah tak kisah cinta manusia walaupun jauh dari sudut hati aku berharap akan ada 1 manusia y ikhlas,jujur dan dapat terima aku seadanya. Tapi aku sedar,manusia y jauh tersasar macam aku tak layak dengan orang y baik. Aku cuma mampu berubah jadi baik dengan izin Allah.

Aku serah total pada Allah dan aku tahu Allah berkuasa atas segalanya..Syukur..hidup aku dah berubah..mungkin 180 darjah..Allah masih baik walaupun aku kadang2 terus buat dosa..bukan mudah nk mujahadah bila hidup aku dulu dah sebati dengan dosa.Tapi..Allah sentiasa bagi peluang..tacing bila teringat baiknya Allah..dapat hidup lagi harini, peluang besar Allah bagi.

Pada lelaki y pernah ranapkan masa depan perempuan tanpa tanggungjawab. Tanggung dan jawablah dekat sana. Ada perempuan yang dia mmg tak ada apa2 tapi dia setia jujur dan ikhlas. Mungkin Allah dengar dari dia. Aku doa biar lelaki2 macam ni betul2 insaf dan jadi lelaki soleh dan bertanggungjawab.

Kepada perempuan y senasib, Allah nak kita cinta-cintakan Allah, Allah tahu parahnya luka kita, Allah tahu betapa menyesalnya kita,Allah tahu aib kita tapi Allah masih sayang kita sebab tu Allah jaga dan simpan rapi aib kita. Ingat dosa-dosa kita. Ingat kejahatan2 kita. Tak perlu balas kejahatan tu. Jangan luah pada manusia walau berat macam mana pun. Jangan pernah bergantung harap pada manusia.

Ingat, Allah je boleh ampunkan dosa kita. AZAB ALLAH pedih. Kalau kita tak taubat sekarang..betul ke esok kita hidup lagi? Siapa kt y lepas dah tak boleh padam. Siapa kita esok masih ada harapan. Cari Allah.
"Hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang"

"Manusia bukan mainan. Allah bukan sembarangan. DIA maha segala sesuatu"

Doakan aku dapat mati dalam keadaan beriman. Mati dalam keadaan sedang mengingati Allah. Mati dalam keadaan Allah dah redha.

Tq kepada yang sudi habis baca. Tq admin.

– -sincerely:somebody-

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *