Combi

Assalamualaikum, kisah yang aku nak perikan ini tentang sahabat karib aku. Aku beri gelaran combi lah pada dia ok?

Pada aku dia ni kelakar orangnya, bila duduk sebilik dengan dia tak kering gusi setiap hari bergelak ketawa dengar jenaka-jenaka dia. Contoh lawak tu, dia kata pusaran yang ada dekat rambut tandanya orang keras kepala, tapi macam mana kalau orang ada pusaran sekeliling kepala bermula dari sideburn kiri sampai sideburn kanan. Aku berdekah dah itu time jugak. Atau aku ni yang mudah terhibur? hahaha. Yelah kata orang jawa life is short, smile while you have teeth. Part lain kelakarnya combi ni, ada sorang customer ni pakai tudung singkat dan sanggul rambutnya tinggi kat belakang kepala tu, dia boleh kata customer tu macam nenas. Bila aku pandang balik customer tu, sikit punya sama lah bentuk kepala dia dengan nenas. haha

Tapi paling aku tak boleh blah ni, deria mengesan belalang dia kuat gila. Bayangkan belalang yg dekat semak samun yang warnanya sama dengan lalang tu dia boleh nampak. Dari jauh dh terjerit takutkan belalang tu, padahal belalang tu tak kacau dia pun dan jauh lagi kot kedudukan dia. Bila ditanya kenapa takut belalang, combi ckp dulu kecik2 dia selalu tangkap dan cabut kaki belalang. Tu bila besar jadi takut, macam belalang tu nk balas dendam katanya. Lagi satu, dia takut nak makan ikan yg saiz besar. Tak kiralah ikan kembung ke, cencaru ke, tak tahu kenapa. Tapi kalau makanan yg mahal mcm sotong besar ke udang besar ke takde pulak kau takut ye combi.

Combi bawa impak besar dalam hidup aku. Sepanjang aku membesar, aku selalu beli seluar atau pakaian yang besar gelebeh. Aku selalu ke bahagian pakaian lelaki sebab aku xreti cari pakaian atau seluar yang kena dgn saiz aku di bahagian wanita. Sebelum ini, arwah mak aku yg belikan pakaian atau seluar untuk aku, jadi tak mahir lah aku kalau beli sendiri. Bila kenal combi, seluar dan pakaian aku dia belikan yang smart untuk aku, cantik pada mata aku. First time tu, aku rasa terharu sangat sebab ada kwn yg belikan aku seluar yg kena saiznya dgn aku macaaam arwah mak aku belikan dulu. Air mata pun turun tanpa aku dpt kawal. Terima kasih combi!

Macam2 pengalaman aku dengan combi ni, aku pernah eksiden dengan dia masa nak pergi exam, aku luka yang dalam pada siku dan terkopek isi kat situ. Doktor kata dia xboleh jahit, cuma tampal dengan gauze dan biar isi cantum sendiri nanti. Combi pulak luka kat lutut terseret, dan motor terhempap atas kaki dia. Nasib tak patah je kaki dia. Lepastu terus trauma dia naik motor dengan aku, xboleh ada kereta dekat sikit pasti baju aku ditarik-tarik tanda dia takut.

Aku sayang combi ni, dia selalu mengadu kat aku ramai orang yang pada mulanya berkawan dengan dia, akhirnya akan jadi tak suka atau bencikan dia. Aku berseloroh la, ckp kau ni ada jin berdamping agaknya. Yelah, kadang tu aku macam percaya la ada jin dekat combi ni sebab makan banyak padahal badan kecik je. Sampai aku risik-risik lah juga ustaz untuk tanya pasal combi ni. Pernah aku cakap perut kau macam bengkak lah, jom ke hospital. Sudahnya aku kena marah. haha Sebab bukan perutnya bengkak tapi buncit. Tulah, aku nak carikan dia kawan pun, aku ni sendiri sahaja lone ranger. Suka kemana2 sendiri sebab lebih bebas. Jadi mungkin medium ini sesuai kot untuk cari kenalan baru bagi dia, luaskan lingkungan sahabat. Sudi kah siapa2 berkenalan dgn combi?

Combi ni bukanlah xpernah bercinta ke apa, tapi yelah setelah dikhianati mungkin kesembuhan yg dia inginkan. Ramai lelaki cuba ngurat dia, tp dia cakap dia dah tak reti cemana nak balas mesej bunga2. Bagi menyenangkan hati dia, bagi menggembirakan sahabat yang sorang ini, aku sering ikut sahaja arahan dan kata-katanya. Suruh diambil laptop aku ambil, suruh dimasak aku masak, suruh dicuci rambutnya aku cuci. Dia cakaplah, aik dia berjaya tangaskan aku ke?. Aku iyakan sajalah. Tapi yang benarnya bukanlah berjaya ditangas ke apa, cuma aku sayang sangat kau tu. Masakan special yg combi memang expert memasak ialah laksa. nyum2! memang sedap.

Kepada combi, aku berterima kasih sangat sebab sudi jadi sahabat aku, dah genap 4 tahun kita berkawan. Kau ada di setiap jatuh bangkit aku, kau terima cela…ka aku, kau pendorong dan penguat aku. Aku harap kau dapat sambung bljr ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi insan hebat in sya allah. Sampai sini dulu kot. Bacalah penulisanku ni combi. Harap kau tersenyum

– Sister sado

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit