Dari Kak Long Untuk Kak Long

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum semua pembaca. Semoga baik-baik sahaja. Kak long pun nak berkongsi pengalaman hidup kak long sebagai anak perempuan sulung tersakiti.

Maafkan kak long, mungkin sedikit sebanyak coretan disini bakal membuka aib diri sendiri dan keluarga, namun niat kak long cuma nak memberi kesedaran awam sahaja.

Cerita kak long mungkin berterabur sikit bila menulis dengan gangguan emosi, kak long harap pembaca boleh faham.

Kaklong berusia hujung 20-an. Ada 5 orang adik-beradik dibawah, alhamdulillah semua dah lebih 18 tahun. Pekerjaan sekarang masih terumbang-ambing mencari arah, doakan kak long berjaya memdapatkan pekerjaan tetap.

Ibu ayah kak long bekerja. Dari kecil, seusia 9 tahun kak long akan menjaga adik seusia 3, 4, dan 8 tahun di rumah selepas habis sekolah rendah.

Apalah sangat tahap kesabaran seorang kak long di usia 9 tahun? Kak long selalu marah adik-adik, lempang adik-adik sebab marah sangat sepahkan rumah.

Sedih sangat bila ingat balik. Kalau boleh ulang masa, nak tolong didik adik-adik dengan penuh kasih sayang. Kenapa kak long cakap macam tu, sebab nampak sangat kesan pada adik-adik kak long bila masing-masing dewasa. Tapi, apa yang kak long tahu pada usia 9 tahun?

Stress-stress kak long, menjerit hari-hari dalam rumah seusia 9 tahun itu perkara biasa. Namun alhamdulillah kak long masih survive dalam erti kata lain kak long belum merasai fasa depression.

Semasa remaja pun masih survive walaupun ibu ayah hampir bercerai. Stress saja lah bila ibu selalu meluahkan masalah rumahtangga pada kak long.

Pernah ibu ayah bergaduh di ruang tamu, kak long dibilik sebelah dengar, ambil bantal tutup telinga sebab taknak dengar apa-apa sampai tertidur.

Kak long dapat straight A masa PMR, namun lepas majlis anugerah cemerlang, ibu menangis cerita pasal ayah curang. Ibu kak long pindah ke bandar bersama anak-anak. Kak long tinggalkan semua kawan-kawan baik kak long dan bina hidup baru bersama ibu ditempat baru.

Cikgu sekolah lama yang kak long rapat sendiri terkejut tak sangka hidup kak long macam tu sekali, sebab kak long tak pernah bermasalah di sekolah. SPM pun okay dapat masuk universiti awam. Bila kak long berjaya masuk universiti awam, ibu ayah berbaik semula.

Pelangi hadir sebentar saja, itulah ketetapan Allah. Semasa di universiti, kak long sangat struggle untuk survived study. Ibu tak pernah lokek memberi duit lebih. Itulah talian hidup kak long untuk bertahan.

Pada masa yang sama, ibu sekali sekala datang hostel menangis-nangis cerita pasal kecurangan ayah. Kak long yang struggle, dengar saja dan tak pernah merungut pasal susah senang masa belajar. Pernah berlapar. Bersendirian itu selalu.

Tak sampai hati nak meluahkan. Bukan.. kak long pernah meluahkan pada ibu, tapi yang dapat bukan nasihat atau panduan.. lebih kepada kemarahan yang ibu sentiasa sangka itulah didikan.

Ibu kak long sangat mencukupkan kak long dari segi kewangan, tapi dari segi sokongan moral.. Saat itulah masa depression kak long terbentuk.

Masa tu mental health awareness tak ada pun lagi. Bila masa belajar kena tengking-tengking, dimalukan lecturers depan kawan-kawan. Balik rumah, ibu ayah bergaduh, adik-adik dengan kedegilan masing-masing. Kak long betul-betul hilang diri sendiri, attitude kak long berubah 180 darjah.

Kaklong hari-hari rasa diri useless, hari-hari rasa nak mati. Punctuality lari. Menangis hari-hari dalam senyap, ketawa dalam terang. Pada semester terakhir, pernah tangan menggeletar, sakit dada, jantung berdebar-debar, dan tak boleh bangun ke kelas.

Kak long gagahkan diri jua ke kelas buat presentation, walaupun segalanya tunggang-langgang percakapan. Bila ingat balik kuatnya kak long hadapi ujian hidup. Dapat tahu juga ayah kak long di diagnosed kanser.

Terus terang, kak long membesar dengan perasaan benci pada ayah, kasihan dengan ibu kak long. Tapi, kak long tak sampai hati pun untuk membiarkan ibu menjaga ayah sakit seorang diri.

Kak long ketika itu masih tiada lesen, puncanya kak long tak tahan kena marah teruk dengan pengajar ketika belajar memandu ketika belajar di universiti pada semester pertama.

Masih ingat kak long menangis teruk dalam kereta latihan semasa pengajar marah-marah. Terus kak long tak datang kelas dan burn duit belajar lesen.

Ibu kak long tak faham situasi kak long sentiasa mengungkit, pada masa yang kak long datang setiap hari untuk bergilir jaga ayah dihospital. Ayah kak long pada masa itu, sponsor kelas belajar memandu kali kedua untuk kak long dapatkan lesen kereta.

Kelakar bila kali kedua, kak long masih struggle nak belajar memandu dan masih dimarahi pengajar, balik kelas, menangis di tepi pondok bas. Kak long rasa kesian dengan diri sendiri.

Orang lain senang-senang jumpa orang baik-baik untuk ajar dorang, tapi hidup kak long masa tu, pergi mana-mana orang marah kak long.

Of course lah, banyak salah datang dari kelemahan kak long sendiri, kak long pun tak salahkan orang lain sepenuhnya marahkan kak long, tapi tak boleh kita lebih moral supportive untuk orang yang tengah struggle untuk baiki diri?

At the end, lepas cerita pada pengajar tentang susah hidup kak long, baru dia bersabar banyak bagi kak long masa untuk dapatkan skill memandu dari marah-marah masa mula-mula. Nampaklah memang dia geram dengan kak long lambat pick up. Haha

Ayah kak long pergi menghadap Ilahi jua selepas 5 tahun melawan kanser. Ayah kak long sempat tengok kak long graduate dalam course yang dia minta kak long buat. Tapi ayah kak long tak sempatlah nak tengok anak dia bekerja dan berkahwin sebelum dia pergi.

Nak buat macam mana, belum sampai jodoh lagi. Usahanya sentiasa ada namun kerap gagal. Berkali-kali patah hati. Kak long serik nak berkongsi dengan ibu tentang mana-mana lelaki yang kak long tengah berkenalan.

Sebab ibu kak long sekejap je pergi cerita pada sedara mara. Kak long tak boleh langsung nak percaya pada ibu kak long sendiri. Sedara mara pulak ramai cakap jangan memilihlah, perempuan lambat kawin nanti tak laku la. macam-macam.. Bila putus tengah jalan, ibu kak long salahkan kak long.

Paksa kak long mandi bunga bagai sebab asyik-asyik putus. Ibu sangka kak long ada gangguan, merata jumpa ustaz ustazah buangkan apa-apa yang menyebabkan calon jodoh tak lama.

Kak long banyak melawan, dan bila kak long melawan dikatakan kak long sombong, kak long biadap. Terpaksa ikut rentak ibu kak long.

Pada masa yang sama kak long usaha cari jodoh, kak long usaha juga mencari kerja sejak semester akhir lagi. Daftar segala jenis pekerjaan. Tak dapat pekerjaan tetap lagi.

Kak long sampai fed up sebab sedara mara ibu pun spam kak long dengan whatsapp-whatsapp kerja yang kak long dah pun isi. Dari situ kak long sedar ibu kak long mengadu tentang kak long pada sedara mara.

Kak long rasa sedih sangat. Kak long sedar, ibu sangat mengharap pada kak long untuk terus dapat kerja lepas grad. Setiap kali makan bersama, ibu akan cerita anak kawan dia itu ini dapat kerja kerajaan, walhal guna spm walaupun lulusan ijazah. Bangganya ibu pada pencapaian anak orang lain.

Anak yang ada disisinya, yang selalu menolongnya dipijak-pijak maruah dirinya. Kak long sendiri dengar ibu kak long mengata kak long pada orang luar, pada keluarga, pada adik-beradik kak long sendiri. Orang luar yang nasihat ibu kak long untuk support moral kak long. hahah.

Kak long nekad untuk kerja jauh dan duduk luar rumah ibu. Buat apa nak satu rumah selalu selisih faham isu kerja dan jodoh?

Asal cakap di telefon pun soalan yang sama. Jiwa kita okay ke tak, tak ada pun ditanya. Lagipun ibu kak long banyak kali cakap terus terang dia nak anak-anaknya keluar dari rumah dia.

Ibu pernah terlepas cakap rasa terbeban kak long ni umpama beban selagi tak berkahwin. Kak long faham, ibu nak rasa hasil susah payah dia membela kak long selepas banyak yang dia laburkan pada kak long.

Anak baik yang mana tak nak balas jasa ibu ayah? Bagi duit dan kesenangan yang sama mereka usahakan pada anak-anak? Lagi-lagi dalam tahun COVID-19, musim PKP.

Gaji kak long pun cukup-cukup untuk lepas makan sendiri. Kak long pun tak tahu dah nak rasa stress dan depress untuk apa lagi.

Yang penting, hidup kak long tetap kena diteruskan. Cemburu pada orang yang ada ibu yang memahami tapi takpe, ibu kak long masih seorang yang baik. Cuma tekanan masyarakat, yang menekan ibu untuk menekan kak long untuk jadi macam orang berjaya yang lain.

Apa yang kak long buat, kak long keep going usaha untuk hidup yang lebih baik. Hari-hari berdoa.

Untuk diri kak long supaya lebih tenang dalam menangani ujian kehidupan. Untuk ibu kak long supaya lebih memahami kak long. Untuk masyarakat supaya hentikan budaya memberi tekanan melampau. Untuk bercakap yang sentiasa membina semangat.

Sebenarnya kak long pun melalui fasa, macam kak long dididik, adik-adik kak long dimanjakan. Kak long tak tau nak sumbat cerita pada perenggan mana. hahaha.

Komen kak long, lalui jelah pengalaman itu dan memang akan stress pun. Ibu ayah hanya akan berubah bila mereka ada ilmu parenting. Itu je yang kak long nampak. Itu pun kak long akan doakan sekali, semoga ilmu parenting dalam Malaysia ni akan lebih berkembang.

Ramai ibu ayah penunggang agama, tapi nak buat macam mana, isu macam ni masih taboo, anak-anak yang mempertikaikan secara matang pasti di cop bukan-bukan dan di tarbiahkan dengan nasihat keagamaan untuk memuliakan ibu ayah.

It is complicated. Kita sayang dan pada masa yang sama benci dengan ibu ayah sendiri.

Yang baik dan buruk dari kak long, harap menjadi teladan dan semangat untuk adik-adik kak long supaya lebih kuat.

Kak long kongsikan cerita kak long, supaya adik-adik kak long nampak, hidup ni sentiasa penuh dengan ujian. Setiap ujian-ujian itu yang membentuk kita menjadi insan yang lebih bertimbang rasa.

Dari liku-liku kehidupan kak long lah, kak long tak kan ulang budaya yang sama pada orang lain. Mudah-mudahan juga dapat doa yang baik-baik dari pembaca, dan dapat kecaman-kecaman yang minda kak long boleh terima. hehe.

– Kak Long (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *