Dilema Ibu Yang Bekerja

Dilemma menjadi seorang ibu atau seorang pekerja

Saya merupakan seorang ibu kepada anak berusia setahun. Selama setahun saya menjaga anak saya sendiri, menjadi surirumah sambil berniaga online. Tapi oleh kerana bidang perniagaan bukanlah minat saya yang sepenuh, saya minta kebenaran suami untuk bekerja. Dia bersetuju dengan syarat cari kerja di sektor kerajaan sahaja. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran pelatih di sebuah agensi kerajaan. Walaupun gaji kecil, tapi saya bersedia untuk memulakan satu lagi kehidupan sebagai ibu yang bekerja. Saya tahu bukan mudah, namun saya yang mahukan ini dan saya akan pastikan semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Meletakkan anak kepada pengasuh sudah satu cabaran besar buat saya dan anak. Selama setahun dia bersama saya 24jam,tiba-tiba dipisahkan, memang banyaklah drama anak dara saya. Umur setahun dah pandai kenal orang, dah banyak akal. Alhamdulillah, saya diberi rezeki pengasuh anak yang baik, sanggup melayan karenah anak yang manja dan selalu menangis. Saya berdoa agar pengasuh saya dapat terus bersabar dan bertahan dengan anak saya. InsyaAllah. Walaupun saya sendiri kadang-kadang sedih, namun saya redha dan bersabar. Saya pujuk hati saya, ini demi anak saya juga, demi masa depan dia. Saya kena bersabar dan bertahan. Saya doakan dia akan faham kenapa dia perlu dihantar dengan pengasuh.

Memulakan kerja di tempat baru, agak awkward. Setelah hampir 2 tahun menganggur, saya kena membiasakan diri. Kena pandai bawa diri di tempat baru. Saya excited sebenarnya untuk masuk kerja. Untuk melakukan apa yang saya minat. Tapi langit tak selalu cerah. Minggu kedua bekerja, anak saya demam dan batuk. Saya terpaksa emergency leaves. Biarpun baru masuk kerja 2 minggu. Bagi saya, anak lebih penting, melebihi segalanya. Saya redha rekod buruk. Selepas 2 minggu anak saya sakit, saya ingatkan sudah kembali sihat. Tapi rupanya paru-paru anak saya sudah terkena jangkitan kuman. Saya terpaksa memohon cuti selama seminggu kerana anak dimasukkan ke dalam wad.

Sangkaan saya, orang sekeliling di tempat kerja akan memahami. Namun saya silap. Hanya beberapa orang sahaja yang faham keadaan saya ketika itu. Saya tidak minta dikasihankan, namun jangan lah bercerita seolah saya sudah membuat kesalahan yang sangat besar. Seolah saya sengaja ponteng kerja. Walhal saya menjaga anak yang sakit. Anak saya refuse makan dan minum. Hanya mahu menyusu badan. Dia menolak botol. Adakah saya sanggup hantar anak saya yang belum sepenuhnya sihat kepada pengasuh? Semestinya Tidak.

Kenapa tak bergilir dengan suami untuk jaga anak? Sebenarnya suami tak pernah menjaga anak sendiri dari pagi hingga petang. Kerana saya adalah surirumah sebelum ini. Saya yang menjaga anak saya 24/7. Bukan suami taknak jaga, saya yang tak bagi sangat, sebab saya faham dia sedang penat bekerja. Saya taknak penatkan dia dengan perkara remeh. Selagi saya boleh buat sendiri, saya buat. Tapi saya salah sebab saya tak sediakan suami saya untuk perkara-perkara macamni bila terjadi. Tambahan dia hanya mahu susu badan. Macam mana saya nak tinggalkan anak dengan keadaan macam tu.

Selepas saya yakin anak saya sudah sihat, baru lah saya hantar kembali dengan pengasuh dan kembali bekerja. Kembali bekerja selepas seminggu cuti manjaga anak. Saya dipandang serong, dipandang sebagai seorang yang tidak serius bekerja. Saya tahu rekod saya buruk disebabkan cuti itu. Tapi itu bukan kehendak saya. Saya mahu rekod cemerlang, tapi bila diuji antara keluarga dan kerja. Saya akan pilih keluarga. Bila disuruh pilih antara anak dan kerjaya. Sy tetap pilih anak. Saya sedapkan hati sendiri, tak mengapa. Saya menjaga amanah Allah kembali sihat. Itu yang penting kan.

Saya percaya rezeki itu Allah yang bagi dan sudah tertulis. Andai rezeki saya dapat diserapkan, Alhamdulillah. Andai saya dianak-tiri kan kerana rekod cuti saya. Saya redha. Saya faham situasi dimana saya baru masuk kerja sebulan tapi sudah cuti seminggu. Tapi pilihan apa yang saya ada? Anak saya, mestilah saya nak jaga sendiri. Walaupun sedih mendengar mulut-mulut orang, tapi saya cuba bertahan. Selagi mampu, sejauh mana saya boleh bertahan. Itu Allah sahaja yang tahu. Dia yang pegang hati saya. Saya hanya mampu berdoa dan tunjukkan bahawa saya boleh menjadi seorang ibu dan bekerja. Sebab saya tahu, ramai kat luar mampu buat. Kenapa tidak saya. Mereka juga mungkin diuji dengan karenah orang, karenah bos. Tapi mereka masih mampu bertahan. Semoga saya bisa menjadi ibu yang kuat dan tabah.

Nasihat saya, bila sudah menjadi orang besar. Jangan terlalu memandang yang bawah terlalu rendah. Kadang-kadang fikir keadaan dan situasi orang lain. Letakkan diri anda dlm situasi orang tersebut. Kalau taknak, jangan sebut apa-apa. Anda tak tahu berapa banyak orang itu dah terluka, betapa hati orang itu sedang rapuh. Menunggu masa untuk jatuh terus. Jangan terlalu bersangka buruk. Anda tidak tahu betapa orang itu sedang bertahan, cuba melawan.

– MN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit