Buta Ak-Quran

asalamualaikum

aku aminah gadis 22 tahun.Sekarang aku study kat sebuah universiti di pantai timur.Aku nak cerita kisah aku dengan al-Quran.

waktu darjah satu,mak ayah aku memang hantar aku ke sekolah agama rakyat yang petang2 tu.Tapi nak dijadikan cerita ,aku ni kuat main tau.aku x rasa aku dpat ilmu Quran pon sepanjang aku belajar kat situ(dari darjah satu smpai darjah 2). Then bila darjah 2 ,family aku pindah ke sebuah kawasan perumahan.Kat situ mak aku hantar aku mengaji kat surau perumahan tu.Ada la jugak aku dapat belajar tapi tak lama.Dalam setahun dua je sebab ustaz yang mengajar kat surau tu buat hal.So darjah 5 n 6 mak ayah aku tak hantar pon aku kemana2 kelas or sekolah agama.Aku pon tak ingat sebab apa n kenapa diaorang tak hantar aku pegi belajar quran waktu tu.Btw alhamdulillah mak ayah aku pandai je bab2 Quran ni.tapi iyelah diaorang ajar pon aku ni jenis masuk tak masuk jugak.

disebabkan ilmu al-Quran aku cetek,aku tak suka bila ustazah kat sekolah suruh aku baca ayat2 quran or kalimah2 arab.Aku selalu tertukar huruf yang nak dekat sama contohnya Jim ,Ha,Kho. sin ,shin.Mungkin bagi korang yang lancar akan kata itu masalh kecil,tapi bagi aku waktu tu,aku sampai rasa tak nak masuk kelas pendidikan islam bila hari ada baca2 surah Quran ni.Time tu aku tak matang lagi(baligh),aku malu dengan kawan2 aku sebab diaorang semua lancar.Tapi aku hadap jugak sebab time tu tak de pulak terpikir nak ponteng ke ape.Aku ada cara kalau takut jadi “the chosen one” oleh ustazah aku.Aku akan awal2 tulis rumi ayat2 surah tu. So nanti kalau aku terpilih,aku akan baca je (without tajwid yg betul ofcourse). Pernah aku dapat ustazah garang macam singa, dia marah aku pastu cubit perut aku,waktu tu aku darjah 6,dia cakap pada aku “eh tak malu ke dah besar pon tak pandai baca Quran”. Ya Allah time tu aku rasa nak sorok je muka ni.Dah la sakit kena cubit,hati pulak kena sentap.Aku balik sekolah nangis2.Macam tulah alkisah time sekolah rendah.

Lepas UPSR,aku dapat masuk sekolah asrama.And alhamdulillah ada kawan sama sekolah rendah yang aku rapat. Masuk sekolah menengah pon sama jugak keadaannya still x reti baca Quran,tapi time ni aku dah matang,dah boleh pikir yang macam mana pon aku kena usaha belajar baca Quran sampai lancar.Aku pon mintak tolong dengan kawan aku ni.(thank you very much sahabat,moga Allah merahmatimu)Tiap kali lepas solat aku mintak dia ajar aku baca Quran.N guess what,xde muqaddam2 bagai.start terus dengan Al- Quran.tapi kawan aku ni dia ajar aku guna surah Al-Fathihah dulu.tajwid ke ape ke semua rujuk dari al-fathihah je.Bila ada ujian hafazan makin aku asak kawan aku ajar surah2 yang kena hafaz,panjang pendek,hukum2 tajwid dalam tu(macam biasa la kalau test dia tanya semua tu kan) so aku prepare la awal2. Dari situ,aku wajibkan diri aku baca Quran setiap kali lepas solat.And Allah mudahkan lagi jalan aku nak belajar Quran sebab aku duk asrama so sehari dalam seminggu tu akan ada ustazah luar datang mengajar Quran kat asrama aku.Aku pon cakap awal2 pada ustazah tu yg aku ni buta huruf,buta Quran,baca gagap2.Ustazah tu chill je.Ada la kena marah tu sikit tapi aku tak kesah.N aku khatam wehhh waktu form 3(it takes 3 years for me nak habiskan satu al-Quran tu,phewww) TAPI dah khatam pon aku still baca gagap n banyak salah.Sedih dia tu aku tak pandai nak cakap.Islam islam dah tapi Quran tak lancar baca.

Ada kawan lelaki pernah terdengar aku baca Quran. And dia detect kot aku ni x proper belajar Quran.Dia tanya aku “UPKK kau dapat berapa?” and i was like kebende UPKK tu(sape tak tahu google la).N he was like “patutlah tak pandai baca Quran”.Aku terasa sangat bila dia cakap macam tu.Malu tu memang toksah cakap lah.Aku siap fikir lagi dah acane nanti kalau kahwin,pastu suami suruh baca Quran tapi tak pandai.Ehhh malu la.Malu dengan Tuhan pon ye jugak.

aku tak tinggal pon baca Quran setiap hari even sehelai even aku ni gagap tahap dewa pon.and sekarang aku dah 22 tahun.waktu mula2 masuk universiti,aku memang niat aku nak belajar Al -Quran tak kira lah dengan kawan ke sape ke.Alhamdulillah aku dapat kawan yang baik,boleh ajar aku pasal Quran kat sini.

Dan pada hari ini, Alhamdulillah aku dah tak gagap sangat,tak bengap sangat nak baca Quran.Ada la improvement tu sikit.Aku selalu doa moga Allah mudahkan aku beljar Quran and lancar baca Quran.Cita2 aku adalah aku nak pergi belajar Quran untuk kali yg keberapa pon entahlah tapi dengan betul2,dengan guru yang betul2( tak tukar2),aku ada la jugak berangan nak jadi hafizah(tapi entahlah hati aku ni kotor,banyak dosa,dah taubat,buat balik silap) kalau Allah berilah.

Mungkin orang akan cakap impossible la engkau dah 20++ baru nak jadi hafizah.Tapi cuba kita tengok mualaf,ada yang kembali pada fitrah umur dah cecah 30++ tapi mampu jadi ustaz(hafiz) so why not kita ?? InshaaAllah kita yang dah sedia Islam ni pon boleh.Sorry kalau pening baca confession aku ni.Salam Ramadhan.Moga kita semua dalam rahmat Allah dan dikurniakan Husnul Khatimah.

– aminah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit