Girls, Mantapkan Skills Korang!

Assalamualaikum :)

Aku seorang isteri dan ibu berusia around 30-an, bekerja swasta, pendapatan keluarga sederhana tapi selesa. Hutang macam biasa;- ada hutang belajar, personal loan, hutang kereta, rumah on the way nak beli, hutang kad kredit, etc.. Basically hidup kitorang takde la tertekan dengan harga barang naik ke apa, biasa2 je.

Apa yang aku nak share kat sini, untuk girls, especially yang tengah sekolah ataupun tengah kat U. Aku harap sharing aku ni dapat membantu.

Point aku ialah, mantapkan skills korang. Bukan sekadar study, tapi pandai skill2 lain seperti berniaga, seni, muzik, jahitan, masak, buat kuih, tarian, repair kereta, IT, graphic, design, interior, bertukang, buat handmade items, dan sebagainya.

KENAPA?

Sebab akan ada point dalam hidup korang, lepas kawin, korang ada terasa nak duduk rumah jadik housewife. Muahaha. Ni betul ok! Aku tanya ramai membe2 aku, baik yang single mahupun double atau triple (yg ke-3 tu, anak, bukan madu), kalau diberi pilihan, diorang nak duduk rumah, kemas rumah, masak, husband balik sambut kat pintu dengan lantai berkilat + air nescafe kat tangan + lauk pauk dah terhidang atas meja bawah tudung saji, dah pakai cun2 and muka dah mekap.

Dan jugak rumah yg cun melecun macam dalam pinterest ala2 style matsaleh gitu.

Kalau kau keje & laki kau keje, walaupun laki kau rajin menolong, balik umah kalo boleh ko nak makan tido je. pinggan esok la basuh.

Dan bagi yang dah menjadi ibu, akan teringin nak besarkan anak depan mata. The first 2-3 years pun jadik la. Pastu anak dah bole masuk taska.

Jadik housewife bagi yang dah ada anak tak mudah ya, lagi2 yang anak melekat atau anak ramai. Silap-silap time husband balik keje baru la ko ada masa nak mandi.

AKAN TETAPI,
Kita sanggup, dan ada nikmat kat situ even though kita rasa penat atau ketinggalan dibandingkan career women yang lain; sebab tu ramai ibu-ibu muda after beranak, diorg berenti keje sekejap jaga anak.

Satu lagi, kalau ko tak keja, bila mak ayah atau mak ayah mertua sakit atau ada masalah, ko boleh jaga diorg sekali.

OKEH BERBALIK KEPADA POINT AKU:-

Selain study, make sure korang start belajar menjahit, memasak, melukis (kalau minat), dan benda2 kreatif yang lain. Ia mungkin membantu pada masa hadapan. Jangan jadik macam aku, aku kreatif, otak aku ada banyak idea, tapi masa muda aku bazirkan. Enjoy dengan kengkawan. Study tu memang study, grad dan kerja dengan cemerlang. Tapi masa lapang dulu aku bazirkan dengan tido, pegi merewang, jejalan ngan membe2, shopping & habiskan duit, tengok wayang seminggu lapan kali, something like that.

Enjoy ko memang kena enjoy sometimes sebab penat la kan ko study and keje, tapi jangan jadikan itu keutamaan hujung minggu. Set kat dalam diri ko ape skill yg ko nak mantapkan, cari idea, dan BUAT.

Sebab in case pada satu hari kau kena buang U atau kena buang keje, ko ada skill untuk hidup walaupun kau takde sijil. Ataupun ko boleh work from home bila ko decide ko nak jadik housewife.

Kau pandai menjahit, ko start ambil upah jahit baju. Kalau kau tak reti berniaga, ko start dengan ambil upah menjahit dulu.

part yang aku buat CAPSLOCK, baca bebaik. Ada hint kat situ.

Ko reti jahit tapi xde design? BELI POLA. Kat FB Groups menjahit ada banyak jual. kalau takde duit, PRINT FREE PATTERN. Google “girl dress pattern pdf download”, banyak pola keluar, ko tinggal print, potong kain dan jahit.

Then upload gamba baju ko jahit kat FB, IG, gunakan media sosial yg ada. insyaAllah ada org cari nanti.

Ko dah ada portfolio? Buka MAJALAH.COM, ramai cari tukang jahit. Tak pun post iklan kat situ. bila ada org interested, whatsapp dia baju2 yg ko jahit, kalau gambar ko amik lawa, insyaAllah diorg akan get back to u.

Ko pandai masak? Cari FB Groups perempuan/mak-mak/etc. Buat Food Delivery. Ko pandai buat sushi? Buat delivery bento. Tak pun kol 7 pagi bukak gerai jual nasi lemak. Ni ramai dah share idea. Tapi aku bole suggest group JOBS FOR CARING MOM MALAYSIA, cari inspirasi kat situ.

Sourcing. Ko kena pandai sourcing. Nak jual barang, kalau ko ada modal 2-5k, bukak ALIBABA atau kalau ko pandai chinese, bukak TAOBAO. situ barang murah kalau beli bulk. Tapi make sure ko start amik preorder dulu. bila ada market baru melabur modal ribu2.

Macam mana buat preorder? start kat fb dan ig macam biasa. and then barang ko nak jual tu beli kat ALIEXPRESS. situ bole beli item walaupun satu, tapi harga mahal dr ALIBABA. ko pandai2 carik kedai paling murah.

Tak reti beli online, gi GM KLANG.

AMARAN:- barangan China ni murah tapi banyak KO (knock-off, ciplak). Kualiti memang ok, tapi kalau ko hormat designer sebenar, cari barang lain la nak jual.

Itu yang aku tolong list source yang paling senang. Berlambak lagi, cari sendiri.

Ko pandai melukis, design, graphic, pegi buat FIVERR atau FREELANCER atau PEOPLE PER HOUR. Even ETSY pun ok. start2 ko memang caj 5 dolar kalau kat FIVERR, tapi as ko grow ko punya portfolio, USD 50 per job pun senang dapat, convert MYR still berbaloi sebagai part time. daripada ko mintak RM50 per illustration kat org melesia pastu diorg cakap ko mengtekedarah, baik ko layankan oversea punya kastemer.

Sampai di sini sharing aku. Harap bermanfaat. Aku pun tengah berusaha jugak kembangkan handmade business aku slow2 , just so that 1 day aku dapat kerja sendiri. doakan aku dan famili :)

Untuk yang berminat dengan handmade items, rajinkan usha PINTEREST, matsaleh benda yg sampah diorg boleh turn into something worth hundred bucks. be creative, be innovative, jangan buat benda yg org lain dah buat. be original.

P/S: sharing ni semestinya untuk yg berminat dengan work on ur own & bisnes la. yang suka ngan kerja korang, climb your ladders gracefully!

– L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit