Henti Cetuskan Persaingan

Assalamualaikum. Terima kasih admin post confession saya ni. Kalau tak post pun, hmm takpelah at least dapatlah saya voice out taip panjang-panjang untuk admin baca and tolong sampaikan pada orang sekeliling haha.

Nama aku B. Aku berumur dalam awal 20-an dan aku bukanlah student UIA. Okey mula-mula sekali aku nak bagitahu yg aku follow je page IIUM confession ni tapi tak semua confession aku dapat/sempat baca. Memandangkan aku masih pelajar dan course aku adalah course yang jadualnya sangat hectic. So, nak kata kat sini, aku taktahu kalau apa yang aku nak confess ni dah pernah publish ke belum dalam page ni hatta page lain sekalipun.

Okey cerita dia tentang aku dan keluarga besar aku. Aku rasa ramai je kat sini yang lagi rapat dengan belah mak daripada ayah (kalau sebaliknya tu tak apalah sebab bukan tu main issue kat sini pun). Nak dijadikan cerita aku pun tak terkecuali. Aku dan adik-beradik aku memang lagi rapat dengan sedara mara belah mak. Dan makin kami semua meningkat dewasa, makin jauh la dirasakan jurang dengan sedara belah ayah dan aku taktahulah mana silapnya. K tipu. Aku tahu je.

Apa yang aku dapat kenalpasti kat sini sebabnya adalah budaya compare anak-anak dalam kalangan keluarga, dalam erti kata lain budaya persaingan. Tak kiralah dalam belajar, jodoh, harta, menantu dan sebagainya. Meh aku cerita kisah aku.

Aku ada seorang sepupu belah ayah bernama A (bukan nama sebenar) dan kita orang sebaya. Abang aku dengan abang A pun sebaya. Actually kita orang masa kecik-kecik dulu boleh dikatakan rapat. Aku ni memang excited jugaklah bila nak balik kampung tu sebab nak jumpa sepupu punya pasal. Nak dijadikan cerita, bila balik kampung ke apa, mesti akan ada conversation antara mak aku (mak ngah) dan mak A (mak long) yang sounded mcm comparison la antara kami anak-anak ni. Ni zaman kecik-kecik ye.

Mak aku: A puasa berapa hari?
Mak long: 11 hari
Mak aku: hmm B puasa 20 hari

Okey benda ni memang la nampak macam benda kecik. Dan ya aku rasa benda ni at some point perlu untuk didik anak-anak. Aku dengan A usually ignore bila mak-mak kami ni asyik laa dok compare kami. Even abang aku dengan abang A pun kena compare. Usually aku memang selalu lebih dari A, even abang aku pun selalu lebih dari abang dia.

Sampailah kami membesar pun, takkan lari benda-benda seperti;

“B dapat 5A UPSR, A dapat 1A je?”
“B dapat sekolah MRSM”
“B score 8A PMR, A 3A”
“SPM B straight A+, SPM A satu A je”

Lepas tu, aku sambung study kat luar negara. Tapi memang semakin dah meningkat dewasa ni aku dapat rasakan yang hubungan rapat aku dengan sepupu-sepupu aku makin hilang.

Ini belum cerita bab family aku dengan mak lang. Yang mak lang nye kalau boleh nak tunjuk yang dia berharta daripada adik-beradik, biras-biras lain. Sampailah turn kakak pertama A kahwin dan suami dia kerja bagus dan gaji besar la jugak. At the same time, anak maklang aku ni ada pakwe jugak dan kerja biasa-biasa sahaja. Tak lama lepas itu, anak maklang pulak kahwin dengan pakwe dia. Kau tahu mak lang aku cakap apa masa anak dia kahwin? Dia kecewa sebab bakal menantu dia kerja so-so je (pada dia lah). Kalau kerja ******* macam menantu along (mak A) takpelah.

Wey *facepalm*. Kalau aku jadi menantu dia, aku sedih tahu tak.

Berbalik kepada cerita aku dengan sepupu A aku. We grew apart. Dan disebabkan sepanjang aku hidup ni aku selalu lebih dari dia, once dia ada lebih daripada aku, aku jadi rasa tak biasa. Aku terkesan, rasa kalah and aku jadi tak dapat terima. Aku mesti kena lebih dari A. Kesan compare-compare dan persaingan yang berjalan sekian lama nya ni buat aku ni jadi busuk hati (tapi takdelah sampai tahap aku aniaya A). Aku tak boleh tengok kalau sepupu-sepupu lain ni lebih daripada aku. Teruk kan aku?

Kadang-kadang aku fikir, kalau aku yg tak pernah kalah dan always get everything ni boleh jadi macam tu, macam mana dengan A? Dia mesti banyak kecik hati dengan sedara-sedara yang kaki compare ni. Dia mesti the most damaged one. Tak ke?

So, kawan-kawan readers semua. Korang please jangan la buat budaya-budaya wujudkan persaingan dan compare-compare dalam kalangan keluarga ni. Takda faedah pun. Lagi-lagi hal duniawi ni. Masa kecik-kecik kot nak didik anak-anak bab nak latih anak puasa ke or apa-apalah untuk tanam ajaran islam tu tak apalah juga (bagi aku). And kalau nak buat pun, jangan sampai anak-anak tu terkesan/internal damage. Boleh affect psychology dan mental tahu. Even compare antara anak-anak sendiri pun pada aku sangat tak patut. Let’s say, aku cemerlang. Adik aku kurang cemerlang. So parents tak perlu lah nak keluar ayat;

“Kakak boleh je buat. Kakak excellent je. Bang chik kenapa dapat ni je?”

Serius weh. Benda ni bagi kesan yang sangat besar pada jiwa dan mental anak-anak.

As parents, cuba hargai anak-anak tu the way they are. Bukan nak kata dalam keluarga je tapi memang tak payah lah nak compare anak-anak korang dengan jiran sebelah ke, dengan anak makcik Milah ke apa ke. Aku ada terbaca satu tweet yang orang share kat laman sosial; “kalau anak-anak tu tak cemerlang pun, parents usap-usaplah kepala dia. Entah-entah dia cemerlang dalam basuh berak anda”. Jujur cakap, aku terkesan sebenarnya. Sebabnya, walaupun aku ni cemerlang dari kecil sampai besar, aku tidak dilatih untuk buat benda-benda seperti itu. Aku tak didedahkan dengan perkara tu. Sebab hidup aku sejak tamat sekolah rendah memang jauh dari keluarga. Masuk asrama lepas tu, A-level then sambung oversea. Jadi aku seriously tak boleh imagine diri aku untuk buat benda-benda seperti tukar pampers orang tua, mandikan dan sebagainya. Aku lihat sepupu-sepupu yang konon kalah dengan aku itulah yang banyak spend masa jaga nenek atuk aku dikampung. Bab yang ini aku sedar aku memang tak mampu nak sampai tahap dia orang. So aku jadi risau. Macam mana aku nak hadapi kalau situasi yang sama jadi pada parents aku. Hari itu ayah aku sakit dan dia muntah-muntah. Aku jadi froze dan aku taktahu nak buat apa. Aku geli dengan muntah. Sudahnya ayah aku lap sendiri muntah dia. Okey korang boleh bash/kutuk aku.

Tapi itulah realiti yang ada pada sesetengah budak yang terlalu dijunjung. Aku tak kata semua. Tapi ya memang ada. Aku lah antaranya. Aku selalu berdoa supaya aku mampu jadi seperti sepupu-sepupu aku yang aku kira hebatlah bila mereka mampu tukar pampers, basuh berak atuk nenek aku. Aku harap parents zaman sekarang janganlah terlalu manjakan anak. Budak-budak zaman moden ni memang kena latih dengan benda-benda seperti itu.

Setakat itu sahajalah confession aku nak sampaikan. Aku harap mampu jadi pengajaran dan aku harap juga korang doakan la supaya aku dapat overcome rasa geli tu semua. Dan juga, supaya aku dapat jadi anak yang baik.

– Betty

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit