Ibarat Terbuang

Assalammualaikum. Nama aku Maira (bukan nama sebenar), umur 22 tahun, sedang menuntut ijazah di salah sebuah Universiti Awam. Masalah aku, aku rasa besar tapi tak tahulah bagi korang macam mana, benda biasa or aku je yang over.

Ceritanya macam ni. Biasalah aku study jauh, beratus kilometer juga dari selatan ke utara, balik rumah pun 2 bulan sekali setiap semester. Dan aku juga dikira sebagai anak harapan dalam keluarga aku sebab aku je result SPM yang cemerlang. Yang lain haprak la, sambung belajar tak nak, kerja nak tapi tak membantu family aku langsung. Memang 100% benda dalam rumah aku, dari bill sampaila ke baju dalam memang duit bapak aku. Oh ya, aku ada 4 orang adik beradik, 3 perempuan, sorang lelaki. Aku bukan nak kutuk keluarga aku, aku sekadar nak meluahkan dan nak minta korang pendapat atau sokongan untuk aku, sebab sejak-sejak ni aku rasa stress dengan keluarga aku.

Macam biasalah siapa study jauh mesti rasa macam mana hidup perantauan macam aku ni, dan apa yang paling penting kalau duduk jauh mestilah DUIT dan SOKONGAN yang kita perlukan dari family kita. Tapi aku dekat sini macam kene buang pula. Aku kat sini macam tak cukup makan, kalau makan pun ala kadar je. Benda ni dah lama sebenarnya tapi aku pendam jelah. Family aku tak pernah pun tanya aku “cukup makan ke tidak?” “duit cukup tak?” apa-apa jelah. Tapi selalu aku jelah yang call family aku, tapi bila tengah oncall macam bosan je nak bercakap dengan aku. Nak harapkan mak ayah kakak aku untuk call aku hampeh.

Sampaikan aku terpaksa pinjam duit orang semata nak makan weh nak makan tak ada duit! Tapi bila aku minta duit, balik-balik mak aku akan salahkan aku, aku ni boros. Boros apanya, aku ni seluar sampai koyak, baju tak bertukar, recycle balik baju dalam stor rumah aku. PTPTN aku bukanlah cukup. 3K untuk satu semester, tapi bila potong yuran, WPP, duit perkakas, duit transport apalah sangat tinggal. Faham-fahamlah kalau degree macam mana flow duit dia, tambah aku kat sini tak boleh masak sebab U aku melarang pelajarnya masak dalam bilik, kalau masak ha kau tunggulah siren berbunyi nanti periuk kau kene rampas.

Selepas potong yuran, WPP bagai tu yang tinggal pun below RM500 itu pun awal semester sebab macam-macam aku kene bayar. Aku cemburu dengan roomate aku, selalu mak dia akan call tanya macam mana anak dia hari ini, sihat ke tak, duit cukup tak, siap pos makanan lagi. Tapi aku kat sini macam mayat hidup. Tapi nasib baiklah ada peneman (pakwe) huhu. Aku malu dengan pakwe aku, dia tahu family aku macam mana, sampaikan dia kerja buat part time untuk support aku duit makan, duit perkakas, memang segalanya dialah. Yang hantar aku pegi hospital, pergi settle kan hal belajar aku semua.

Akak-akak aku even dah kerja, tak pernah hulur duit dekat aku pun, even RM10. Aku pernah je minta support duit makan sedikit, tapi jawapannya selalu “TAK CUKUP”. Family aku dah macam lepas tangan. Bila aku minta tolong family aku tolong sesuatu tu mesti semua akan ngelat, tak mahu tolong aku yang bendul ni. Sampaikan aku punya ketumbuhan pun family aku buat biasa je, pakwe aku juga yang settlekan untuk aku. kau rasa? Dan aku selalu whatsapp or call parents aku minta duit makan, tapi selalu aku dibluetick kan je sampai berhari-hari. Yela, aku faham bapak aku yang tanggung semua kos dalam rumah tu, tapi atleast inform kat aku ke apa tak boleh bagi duit. Ni tak, aku whatsapp selalu dibluetickkan, call tak angkat sbb bapak aku tak suka bunyi phone.

Haih RM20 ke kalau bank in jadilah untuk aku hidup kat sini. Mak aku bercuti dengan kawan-kawan bolehh pulak, lepas pulak. Aku nak duit makan tak dapat pun. Aku memang nak buat part time kat sini, tapi Uni sini dalam hutan beb, nanti nak keluar bekerja duit lagi nak pakai. Bapak aku bank in pun bukan banyak, lepas untuk aku makan je. Dan aku selalu busy dengan sukan, sebab tu aku tak berkesempatan nak kerja.

Dan, family aku ni ada la sikap malas tu sedikit. Sebelum aku further degree, kat rumah memang aku je yang buat kerja rumah. Dari tingkat atas sampailah bawah. Bila aku kemas, adik beradik aku duduk je tengok tv ramai-ramai tanpa ada rasa nak tolong aku sikit pun. Sampai sekarang aku ingat lagi ayat adik beradik aku bila aku nak masuk U, “alah, nanti dah tak ada bibik dah kat rumah”. Kau rasa tak apa aku rasa? Aku macam nak menangis bila dengar tapi aku tahan jelah. Yelah, nak pisah jauhkan aku malas nak gaduh. Seperti yang aku cakap kat atas tadi, aku ni 2 bulan sekali baru balik rumah. Dan sesekali tulah aku balik rumah aku nak tengok rumah aku kemas.

Tapi harapannnnnnnnnn. 2 bulan aku tak balik, 2 bulan tula baju menimbun macam KLCC tak berlipat! Semua nak tunggu aku clearkan. Aku penat tau. Aku dahlah stress study, ingat balik nak tenang-tenang, nak rehat-rehat. Tapi, hmm tak tahulah nak cakap macam mana. Bila difikirkan balik mesti aku menangis, pendam seorang. Bila aku tegur, masing-masing melenting. Bila aku balik, selalu mak aku akan cakap “awak jelah yang boleh tolong mak” ok kat situ aku dah faham.

Okaylah, aku nak cerita lebih-lebih takut tak sedap pula. Aku cuma nak minta pendapat dan sokongan dari korang. Sekian

-Maira

– Maira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit