Tutup Lampu Awal

taktahu nak mula dari mana sebenarnya. cerita aku takde lah havoc mane. biase2 je. tapi hopefully korang sudi dengar. hehehe. okaylah aku intro sikit background pasal aku k. aku ni seorang student ipta area semenanjung. hopefully cerita aku ni admin akan publish lah. Bukan nak aibkan roomate sendiri. Tapi nak share dengan public incase ada orang sama case dengan apa yang aku alami ni. hehe. Okay lets start.

Aku stay dengan roomate aku ni for dua sem means almost setahun dah. And sepanjang setahun ni aku jarang bercakak dengan dia. dalam sebulan tu boleh bilang berapa kali aku borak dengan dia. Kalau bercakap pon just benda penting2 je. contohnya ” eh, harini air takde ek?” , ” kau ada kelas ke harini?”, ” siapa ajar subjek ni ha?” “dah masuk waktu solat ke ah?”. Itu je yang aku borak dengan dia. Lebih daritu memang takdenya. Sampai kadang2 aku rasa aku ni sebilik dengan orang ke patung. Actually bukan aku yang tak cakap banyk or sombong. Aku ni memnag peramah sangat2 orangnya and talkative. kekadang bilik aku tu bila kami berdua je, dengar bunyi kipas je kuat. memang krik krik krik tahap merecik hawau lah. apa yang aku share disini tentang dia ni yang suka tido awal. dia ni memang spesis tido awal weh. pukul 10 dah tido. aku ni pulak pukul 1 2 pagi baru tido. aku tak kisah lah dia nak tido pukul 10 ke 9 ke lantaklah. tapi janganlah tutup lampu bilik awal sangat. aku kadang2 nak buat keje tak sempat weh. korang bayangkanlah, aku ada kelass malam sampai jam 10. then sampai bilik around 10.30 lah. balik2 buka pintu, dia dah tido dengan lampu dah tutup. aku kadang2 rasa nak maki dia pun ada. agak2 ahh. aku ni nak mandi nak solat lagi. takkan nak buat dalam gelap kot. consider ah sikit. aku ni sampai taknak ganggu dia tido , kadang2 terpaksa guna lampu fon nak solat, nak pakai baju bagai. lepastu boleh pulakk dia tutup muka dia dengan selimut. konon2 aku ni kacau dia tido dengan cahaya fon aku tu. tak ke rasa hanat disitu. haishhh. dua sem aku besabar dengan dia weh. aku kalau setakat sekali dua okay lagi. tapi selalu sangat dia buat gini. aku ni bukan suka2 nak balik lewat2. satu haritu aku saja je buat keje sampai lewat malam hampir 12 malam jugaklah. saje je aku nak kenakan dia. biar dia tido mcm cacing kepanasan. hahahaha. memang dia tido mcm cacing kepanasan pon. kejap2 pusing kiri, kejap2 pusing kanan. aku ni tak sampai hati nak tengok dia mcm git, aku pon hold on dulu lah keje aku, tutup lampu sambung keesokkan nya. kadang2 bila kau habis solat, aku saje je kibas kain telekung aku kuat2. biar terganggu di tido. nak sangat tido awal kan. hambekk kau. hahhahha. jahat jugakk lah aku ni. keadaan memaksa aku jadi jahat.

kadang2 kawan2 aku datang bilik tanya aku, “weh,roomate kau pegi mana”. aku jawab je entah. memang aku taktahu pon dia nak pegi mana. dia bukan jenis nak share dia nak pegi mana. ada satu haritu, dia tak balik bilik hampir 3 hari ke 2 hari tah. lepastu membe aku tnya aku dia pegi mana, aku jawab entah. aku pulakk kena sound dengan membe aku sbb tak ambil tahu pasal dia. eh dia yg taknak cakap dia nak pegimana, salah aku jugakk. watdehel lahh. lepastu aku pulak kena marah sebab tak ambil tahu pasal dia. menyombong diri. eh eh eh. aku mcm nak hentak je membe aku ni. macamlah dia taktahu situasi aku dengan roomate aku mcm mana. actually roomate aku ni okay je perangai dia. tapi bab tido awal, and tak banyak cakap tu lah yang aku tak puas hati. bab tak banyak cakap tu lantak kau lah. tapi tido awal and tutup lampu awal tu memang dia selfish nakk mateyy. atles tunggu lah aku balik dari kelas , mandi and solat dulu, barulah tutup lampu. ini tak. hmmm. memang kejam betullah minah ni. lepastu perangai dia jenis selfish lah. katil aku ni sebelah tingkap. ad lah satu haritu hujan lebat gila. so air hujan tu tempias masuk bilik aku then kena katil aku. dia boleh donno tak tutup tingkap pon. habis basah katil aku (tak lah basah semua. hujung katil je. tapi kira basah lah jugak). time tu memang aku rasa nak maki jee dia. sakitnya hati. apalah guna duduk sebilik kalau tak boleh nak tolong. aku punya geram tu sampai satu tahap, aku tak nak keluar bilik bila waktu malam. aku nak je buat keje dalam bilik sampai 2 3 pagi. tapi bila aku nak buat mcm tu selalu gagal. sebab aku kesian dekat dia. tak boleh nak tido dengan SEMPURNA.

Roomate aku ni ada satu perangai tak elok nya dia ni. korang bayangkan, dia ni selalu lah bangun awal kalau solat subuh. lepas solat dia akan tido balik. paling aku tak boleh terima, bila dia tak kejutkan aku bila aku tak terjaga nak solat subuh. dia boleh tengok je aku tak bangun solat subuh wehh. Ya Allah apa salah aku. kejutlah aku. akku bukan nak makan kau pun kalau kau kejut aku. aku masih ingatlah sepanjang setahun (dua sem) aku stay dengan dia, baru sekali dia kejut aku subuh. SEKALI JE WEH. SEKALI. tu pun aku pesan suruh kejutkan. sebelum stay dengan dia, roomate aku yang lama yang kejutkan aku.hahaha. so lepas daritu aku bangun sendri je subuh. memang sebelum aku tido tu, aku akan set 5 kali alarm aku. letak lagu korea yang paling kuat pulakk tu. biar bingit telinga dia and aku. lepastu memang before tido aku akan baca doa and aku akan doa kat Allah supaya kejutkan aku subuh walau apa pun jadi. Setiap hari aku buat mcm tu weh. Alhamdulillah menjadi. dia takde pon aku boleh bangun subuh. maybe itu hikmahnya kot. hehehe. satu lagi, sepanjang aku sebilik dengan dia, aku tak penah simpan no fon dia weh. jauh sekali nak wasep dia. sbb aku rasa mcm menyampah sangat. nak add dekat fb, twitter, insta, wechat jauh sekali lah. hahahha. aku harap sangat sem depan aku dapat roomate yang boleh beri sedikit kebahagian untuk aku.

itu je kot aku nak share dengan korang pasal roomate aku. mane tahu ada orang senasib dengan aku. boleh lah kita ni geng. hahahha. aku harap sangat dia baca apa yang aku confess ni. sbb aku nak cakap depan2 dia memang takde kekuatan. bukan setakat kau yang tak berani dengan dia. kawan bak dia pon cuak dengan dia. apatah lagi aku. hahahhaha. so to my lovely roomate, please tolong consider sikit pasal roomate kau ni jugak. tak payah nak tutup lampu awal sangat k. kesian roomate kau ni. maaf andai ada terguna bahassa yang kasar. hehe.

– Tasha Shila

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit