Jangan Risau Jika Pointer Rendah

Assalamualaikum.

Aku buat confession ni, sebab waktu aku belajar ada senior buat confession macam ni yang naikkan semangat aku.

Aku ni cuma seorang pelajar biasa, di universiti di bahagian utara malaysia. Family pun biasa2. Cukup-cukup makan.

Aku grad tahun lepas. Waktu dekat U, aku ni bukan la jenis rajin study. Main banyak. Ada panggil aku mat rempit. Ada panggil mat moto. Grad pointer bawah 2.5 saja. Siang moto, malam Dota, hujung minggu konvoi. Assignment tiru. Tuang kelas lepak kedai moto, bengkel moto….

Berbekalkan pointer bawah 2.5 tu aku cari kerja. Alhamduillah, macam orang kata, pointer tak menjamin kerja. Sebelum konvo dah dapat kerja sebagai “Assistant Engineer”.Sekarang aku dah bergelar “Engineer”. Tak pernah sangka boleh sampai tahap ni dengan perangai macam tu.

Untuk adik-adik, bukan aku nak suruh merempit, main dota siang malam. Cuma nak bagitau, jangan biar pointer jatuhkan semangat hangpa. Rezeki tak pernah tersalah alamat.

Belajar build up keyakinan diri. Belajar berkomunikasi. Belajar cakap English. Aku sekarang deal dengan chinese, jepun, siam, dan lain-lain. Tak reti tak apa. Kita kecik-kecik pun tak reti pegang fon. La ni? Tak lepas. Apa yang kita belajar dalam kelas tu akan membantu waktu kerja. Percaya la.

Solat tu cuba sedaya upaya jaga. Memang kadang-kadang tenggelam timbul, aku pun kategori lelaki lain jugak. Sama ja macam hangpa. Tapi solat tu la buat aku tak gelincir lebih teruk. Alhamdulillah, walaupun masih terabur.

Dunia sekarang, nak kerja apa pun kena kabel. Kadang-kadang bukan setakat kabel adjust masuk, nak tau tempat kerja kosong pun kena kabel. Kalau lambat, orang lain yang ada kabel sapu. Setiap orang mesti ada hobi kan? Cari la kabel masing-masing. Buat baik dengan semua orang.

Moga-moga yang pointer rendah teruskan berjuang. Pantang mundur kecuali operasiiii ! Doakan aku, tuan post berjaya dunia akhirat.
Amin…

– A A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit