Assalamulaikum. dulu aku pernah post title aku sesak. cerita ringkasnya parent aku paksa aku ambil kursus yg aku tak nak. post kali ni nak cerita tentang rentetan apa yg terjadi.
waktu minggu pperiksaan tu setelah puas menangis, aku buat konfrontasi dengan parent dekat whatsapp. entahla, waktu tu aku cuma harap parent aku minta maaf sebab paksa aku. aku rasa itu pun dah mampu sejukkan hati tapi benda lain pulak yg jadi. Diorang cakap aku ni pentingkan diri n jangan salahkan kegagalan kepada org lain. hahahahahahahahahaahahahahah… jauh dekat sudut hati aku, aku dah dapat agak diorang takkan salahkan diri sendiri. katakan la satu hari nanti aku bunuh diri, diorang takkan acknowledge semua punca dari diorang. percayalah!
berapa kali dalam hidup ni bila aku nak luahkan sesuatu parents aku tak ambil berat langsung pandangan aku. pandangan diorang tiada cacat cela. restu ibubapa membawa ke syurga la katakan… haha
sebab tu aku sekarang ni kalau boleh menjauh diri dari diorang. waktu siang aku berkurung dalam bilik atau tido. aku akn limitkan interaksi dengn mereka.sampai satu tahap aku cakap dekat mak aku yg mak dan ayah ni mengongkong.
mak aku of cos la tak puas hati dan menangis depan aku. yg scary nya hati aku tak rasa apa2. dia cakap hidup aku ni takkan tenang la, takkan berjaya n bla bla bla. kalau dulu aku akan rasa takut dan cuba nak penuhi kehendak diorang, sekarang ni nothing. dan tau tak apa yg paling melawakkan. dia suruh aku luahkan dan ajak berbincang. aku rasa nak tergelak on the spot. sumpah. cakap la mcam mana pon, diorang je yg betul. sejarah dah membuktikan. berapa kali aku dikecewakan. aku takkan habiskan air liur aku buat kerja sia-sia. itu janji aku dekat diri aku right after the confrontation tu.
semuanya dah terlambat. jiwa aku dah mati.
– botol air
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Nabi Musa a.s. adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali baginda hendak bermunajat Nabi Musa akan naik ke bukit Tursina. Di atas bukit itulah baginda akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
“Apa hal ini?” Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah babi itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium, ia kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagidengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap sehingga kering dan dipeluk cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik.
Setelah selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa.
“Wahai saudara, apa agama kamu?” soal Nabi Musa kepada pemuda tersebut.
“Aku agama Tauhid” jawab pemuda itu, iaitu agama Islam.
“Habis mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu” kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba” kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusan mereka dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap akan melaksanakan kewajipanku sebagai seorang anak. Hari-hari aku berbaktikepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap akan melaksanakan tugas aku” sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka dosa diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi” tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah turunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s, “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi kami”.
Allah juga berfirma lagi yang bermaksud,”Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi kami, maka kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga.
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka dipindahkan ke syurga. Dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Walau bagaimanapun buruk sekali punperangai kedua ibu bapa kita, itu bukan urusan kita. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan itu juga bukan urusan kita. Urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah SWT supaya kedua ibu bapa kita diampuni oleh Allah SWT.
Doa anak yang soleh yang akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.
Erti kasih sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit tetapi kasih dan sayang seorang anak kepada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik disisi Allah.
Bilalah semua org nak sedar ni. Tak habis2 nak salahkan mak bapak. Suma mak bapak jahat. Diorg x sedar…betapa byknya pahala kita klau berbakti pd ibu bapa.
Biasa la..smua slh org kan..mk bpk mmg xmemahami,kolot,xhip,menyusahkan. This is my life, my world,my future! Me me me!
Well suits yourself lah.. Nk rebel ke nk apa ke, smua salah org lain kan. Always easier to put the blame to others. I am always right kekdahnya. Grow up lah
Habis tu bagi la solution.
Pndai la dia fikir.smua nak bsuap.berkonflik lah utk diri sendiri.grow up.cari ustaz,cari ahli jiwa,cari org yg dipercayai.this is not the place to solve problems. Lg pun dia cuma nak luah,dia bukan budak xpandai
I think I feel you. Aku ambil kursus yang aku tak minat sebab mak ayah mnta juga( tp tak dipaksa).
Luahkan, bagitahu apa kau tak puas hati.
Kau takkan menang dgn hujah2 kau, tp kau akan rasa better, calmer.
Dan kalau ada peluang lg untuk tukar course, tukar.
Kalau tak da peluang (mcm aku, sbb aku rasa rugi dh 3 sem dgn course ni) , tolong tgk konsep redha. Ada sbb kenapa Allah atur kursus ni utk kau.
Paling penting, first class / 4flat kan result kau setiap sem sbb universiti cuma tempat untuk mematangkan kau dan pointer yg tinggi2 tu mampu bg kau peluang sambung master dlm bidang yg kau minat nnt.
P/s : tak semestinya belajar law jd lawyer, mcm yuna, she’s a musician. :-)
Sy nk tambah… sy pn amik kos bkn yg sy minat.. dh apa yg mintak xdpt.. xda paksaan drp parents dll.. mula2 mmg xblh score sb xminat… lama2 sy cuba mcm2 kaedah blaja utk bidang tu.. alhamdulillah blh bawa dgn baik lps tu… lps grad pn xmnganggur lama utk dpt keja… cuma nk bgtahu, disebalik ujian itu, ada hikmah disebaliknya… kita yg kena positifkan diri utk kejayaan dlm hidup… bila saat sy dh berjaya, ibu sy pergi mngadap ilahi.. sy terkilan krn xdpt membahagiakan & balas jasa ibu… hargailah parents selagi diorg ada… rendahkan ego tu sb kita sebagai anak patot patuh pd ibu bapa.. tq
Kasihannya, kalau kau berfikiran positif kau tentu boleh mengubah jiwa kau yg dah mati dan tentu byk faedah yg bakal kau dapat. Tapi jika kau dah tetap pilih berfikiran negatif tiada siapa yg boleh tolong kau.
Try la bincg n sembg dlu untuk ke sekian kalinye….xpe. air liur xkne byr.
Okey..ni teknik aq untuk berbincg sesuatu yg serius atau time aq nk tegur abg or adik aq.
1) jgn focus pd isu penting..try buat bend lain sambil berbincg..contoh memandu ke,.. smbil tgk tv ,….main badminton, ..main bowling…lepak mamak…or ape2 yg korang enjoy..hikmah dye…dua pihak xkan cpt emosi…n kita dpt tukar topic n focus bila cm dah start nk marah or nangis
2) bnykkn berlapik bila nk ckp perkara yg sensitif..jauh kan dari ayat sentap/sindir/perli…kalau dye xfhm..nnt dye akan minx kita ulang je…time tu baru trang kan perlahan2.
3) tiada istilah menang atau kalah…matlamat utama adalah untuk capai persefahaman
4) org bizz kalau dpt project …mereka akan berbincg berpuluh2 kali…smpai dua2 pihak puas hati…untuk dapat persefahamn dan pd masa yg sma secure project..meeting kali pertama just untuk kenal2 je..
So sbb hubungn kekeluargaan tu lebih bernilai..sebaiknya berbincg lah lebih dari sekali , ..dengan selang masa 3or4 hari sebagai tempoh bertenang……….
Katakanla satu hari nanti kau bunuh diri? Hahahaha. Apa kau merepek ni labu. So kira kau rasa semua salah parent kau lani? Even if kau mati pun puncanya diorg? Beb, tarikh kau mati tu mmg dah tertulis bila, pukul berapa, kat mana. Kalau kau tak bunuh diri pun kau mati jugak time tu, tapi atas sbb lain. ni aku nak pesan, kau cuma ada tulahh SATU mak, tulahh SATU ayah yg kalau kau pusing 1 dunia ni kau tak jumpa mak atau ayah kau sorang kat Switzerland, sorang kat india. No man. One day kau akan menyesal dgn apa yg kau tulis, apa yg kau ckp psl dorg skg ni.
aku dulu amik akaun. Mak aku suruh. Sakit? Gila tak sakit akaun kot. Aku turutkan je. Bukan kata aku anak soleh, tak. Sb aku tau mak aku walau takda ilmu akaun, tapi dia tau tu yg terbaik. Hati dia beb. Allah bagi mak ni kelebihan hati, instinct dia kau takboleh challenge. Aku tak salahkan dia. Aku blaja je. Aku mmg tak nampak apa baiknya aku ambik akaun ni pd awalnya. Sb aku mmg benci gila akaun. Tapi beb, kau pandang, kau genggam 2 ni.
1. Redha Allah adalah redha mak ayah
2. Segala rezeki kau Allah dah tetapkan,
termasuk kos yg kau blaja skg ni.
Which means, kalau mak ayah kau tak paksa pun probably kau dpt jugak kos ni.
So, apa yg aku dpt bila amik akaun ni? Tak cemerlang mana pun beb. Setakat lepas 3.00 je, tapi alhamdulillah.
tapi, benda paling besar aku dapat lebih berharga dari 3.00 tu. Jauh lebih berharga. Aku blaja kat sana dikelilingi dgn org yg dekat dgn Tuhan. dan dekat sana la aku mula kenal Tuhan. Orang orang ni yg slalu igtkan aku dan bantu aku dekat dgn Tuhan.
Aku igt dulu Allah tak sayang aku sb aku ada mak yg paksa aku amik kos yg aku tak minat. tapi aku sedar, Dia sangat sayang aku sebenarnya. Kau rasa dulu mak aku paksa tu sbb dah tau Allah nak tunjuk jalan kat aku? No man. So tu hikmah aku, ‘Jalan Pulang’.
Kau? Wallahu’alam aku taktau. Cuba kau fikir luar kotak. Means, bukan dr segi pelajaran. Kawan kawan kau, lecturer kau, surrounding kau. Tak cukup bagus? Tak cukup baik? Kadang hikmah or rezeki ni bukan jatuh atas riba kau mcm yg kau nak. Tapi dia dtg dr sudut lain. Kalau la kan kau blaja kos yg kau nak sgt tu, tapi member kau semua jenis lepas tangan, kerja grouping semua pas kat kau sorang. Contoh. So, kau pun boleh fikir which one is better.
Aku cuma nak ckp, kita ni anak. Sampai bila pun status kita takkan lebih tinggi dari mak ayah even kau kawin dgn anak raja 1 hari nanti. Kau tetap anak. Kena berlembut dgn mak ayah. Kau mungkin tak nampak hikmah skg, but trust me you will.
Sampai mak kau menangis sebab kau tu beb, hati hati. kau tak rasa apa? Lagi la kau kena extra hati hati. Betul la kot kau kata jiwa kau mati. Bawak igt Tuhan. jiwa kau mati sebab kau lupa Tuhan. Kau bukan sesiapa tanpa Tuhan. Kau takda apa pun beb, kau hidup pun dgn rahmat Tuhan.
Mula mula td aku terfikir gak, knp kau tak bunuh diri awal awal. haha. Tapi yela bak kata aku td mungkin belum sampai masa. Tapi lagi tepat, Tuhan tgh bagi kau masa. Tapi kau je yg tak sedar.
The one who should ask for forgiveness is you, bukan mak ayah kau. Mintak ampun yg 1st, dgn yg ATAS tu. Pastu dgn mak ayah kau. Kau rasa blaja susah skg ni salah sapa? Aku rasa salah kau. Patut Allah tak bagi mudah sb banyak salah dgn mak ayah.
Sori ah aku bab mak ayah ni aku emo sikit.
Ni masih dalam bulan puasa ni. Bawak bawak taubat. Kot la kau jumpa malam lailatul qadar tu, alhamdulillah. Habis semua dosa kau. Pastu nak raya pulak, mintak la ampun banyak banyak dgn mak ayah. Kau taktau tahun depan kau raya dgn dorg lagi ke tak. Sekian.
Teruskan hidup.
Kita takkan pernah mampu puaskan hati semua orang.. Buat apa yang kau suka.
Kalau orang lain tak suka. Biar je la.
Go on. Chaiyokk .
. Pray to God
orang yng tkde mak bapak jeles tau dgn kau yg masih ade mak bapak.
kau masih boleh peluk cium dorang.
org yng dh tkde mak bapak ni nak peluk cium ape?
hanya mampu peluk cium baju peluk bantal yang pernah mak bapak dorang gne mase hidup.
hanya mampu peluk nisan je.
bsyukur lah masih diberi masa untuk bersama mak bapak.
Pelik mcm mana wujud sorg ank yg mahu ibubapanya minta maaf PD dia. Aduhhh sian betul.
As a parents kena support anak anak. Do what you love and make sure u achieve your dreams. Prove they are wrong. Goodluck
Bukan kau sorang je dapat kos yang kau tanak. Bukan kau sorang je kena paksa. Tapi kalau semua macam kau ade mindset nak salahkan orang je keje, tanak bukak mata, tanak mencuba, sampai tanak . hidup bagai . Memang banyaklah kes bunuh diri macam ni. Chill lah kau tengah peringkat rebel lah tu. Takpe aku doakan moga kau jadi better akan datang. Kenkadang benda ni pengalaman yang mengajar. Pastu kau hadam lah satu2 ape orang bagi nasihat. Kalau asyik nak rasa diri je betul, pastu salahkan orang lain takleh gak bro. Oh kira baik kau dapat kos kau tanak, kau boleh salahkan mak bapak. Cuba kau dapat kos yang kau nak sangat skali tak leh bawak, kau nak salahkan sape? Kahkahkah mereputlah sensorang macam tu
Bagus gak kau bunuh diri