Jom Jadi Celik Kewangan

Assalamualaikum wbt semua. Saya perkenalkan diri saya sebagai Miss K. Banyak confessions di sini yang menarik hati saya, jadi hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang positif iaitu tentang bagaimana nak mengatur kewangan anda.

1. MENABUNG. Saya mula bekerja pada usia 23 tahun dengan gaji yang agak lumayan. Gaji saya sebagai fresh grad adalah 5k+. Cemburu? Jangan! Because it’s not how much you earn that makes you rich but it depends on how much you save. Jadi mulalah menyimpan dari sekarang. Sekecil manapun gaji kita, pastikan kita menabung. Tak mampu 50% dari gaji, simpanlah walaupun hanya 10% dari gaji atau kurang dari itu. Kalau hanya mampu menabung hatta RM50 pun tak pa, it’s always a good start than nothing.

2. HAVE YOUR TARGET! It’s asier to save money if you know your aims. Contoh nak simpan duit nak hantar mak ayah atau diri sendiri pergi haji, simpan duit untuk deposit rumah atau beli tanah, settlekan study/car/prsonal loan atau nak sambung blajar. Saya ada seorang rakan yang cukup saya hormati yang menabung RM 300 sebulan (suami isteri stiap seorang) untuk pndidikan anaknya. Duit itu disimpan di dalam TH dan ketika anak mereka brusia 18 tahun, insyaAllah mereka mnjangkakan simpanan akan mencecah 200-300k setelah dicampur compounding bnefit.

3. JAUHI SKIM CEPAT KAYAP. Antara sbab saya katakan jangan cemburu pada orang-orang yang brgaji tinggi sebab mereka mungkin bijak tapi boleh jadi mereka buta kewangan. Mereka yang bekerja dalam bidang saya mempunyai pendapatan yang agak stabil,malah staff lepasan diploma mendapat gaji prmulaan 3-4K. It dos not make us safe, sbab banyak mata-mata yang memerhati mnunggu peluang untuk menjerat kami. Ramai rakan-rakan saya (pernah) menjadi mangsa skim cpat kaya. Kesibukan dan knaifan kami mngnai kewangan menjadi sebab knapa ramai di antara kami yang terperdaya. It’s simple; if something sounds too good to b true, most likely it’s not true at all.

4. RENDAHKAN GAYA HIDUP ANDA. Ramai di antara rakan dan staf saya sebaik sahaja bekerja memilih kereta mewah, paling cikai honda, vios, ford dan ada yang mmbeli mazda, pigeot dan yang beli BMW pun ada. Awal-awal memang tak da masalah tapi bila dah berkahwin, dah ada anak, nak bli keperluan anak, nak bayar pengasuh, start brfikir nak bli rumah dan sambung belajar, baru sedar rupanya kereta itu adalah di luar kemampuan diri. Ada yang trade in Mazda 3 dengan Proton saga. Dan saya cukup salute pada rakan ini kerana dia tak brpegang biar papa, asal brgaya dan berpegang pada biar apa orang nak kata asal diri tak menderita. Alhamdulillah saya bahagia brsama kereta buatan tmpatan yang saya harapkan moga mampu brjasa pada saya skurang-kurangnya 10-15 tahun. The longer the better. Dan doakan saya mampu membuat full settlement kereta tersebut paling lama dalam tempoh 5 tahun, saya ada tmpoh 2 tahun dari sekarang. Saya tidak bermewah, saya memakai smart phone yang berusia 3tahun (moga terus sihat walafiat), baju raya saya pun hanya spasang, saya biasanya tak sediakan kasut raya, tudung raya. insyaAllah bila ada rezeki lbih, kita lebihkan sedikit buat makan untuk menjamu orang dan sediakan duit raya untuk gmbirakan hati ahli keluarga dan kanak-kanak yang datang bertamu. (Dan memberi duit raya bukanlah wajib, sunat je, kalau tak mampu xpa, boleh awal-awal minta shift kerja hari raya. Hehe)

5. JANGAN JADI MESIN ATM. KITA DIBENARKAN BRBUAT BAIK tapi berpada-padalah. Sebagaimana kita mndidik diri kita to be financially literate, begitulah juga kita harus mndidik ahli keluarga kita. Jangan kita bekerja berhmpas pulas, brjimat tapi orang lain brjoli dengan duit kita tak hengat dunia. Bila ada saudara mara nak pinjam duit, nak kita jadi guarantor pinjaman, ada kawan ajak jadi bussinss partner fikir dahulu. Walaupun dengan adik bradik sendiri. Baik berkata tidak dahulu, kna prli sikit2 daripada bergaduh kmudian hari. Biasa terjadi zaman sekarang yang mmbri pinjam tu nampak buruk sebab dikatanya mendesak meminta hutang. Na’uzubillah, moga Allah jauhkan kita dari keadaan itu. Sebab tu dalam Islam, nak berhutang pun kena ada perjanjian brtulis. Zaman sekarang advance sikit, at last kita boleh screnshot convrsation di whatsapp dan bank transaction sbagai bukti. Dan kalau boleh apa yang kita pinjamkan kita brsedia jika duit itu burn maksudnya jumlah itu tidak membebankan kita dan kita boleh redha dan halalkan dengan mudah jika hutang itu tidak dibayar. Dan jika ada adik beradik/anak/ atau pun ibu bapa yangmeminta sesuatu di luar kemampuan kita, didiklah mereka tentang keperluan dan kemahuan. Jangan adik yang sedang belajar mahukan kakak/abangnya membelikan macbook untuk dirinya sedangkan si kakak/abangnya hanya memakai acer/asus yang harganya 1k+. Bgitu juga bila adik-adik mminta iphone, kereta untuk ke kelas dan sbagainya, jalan terbaik bukan terus brsetuju tapi duduklah berbincang dngan mreka (sambil mendidik) adakah ia satu keperluan mendesak, sambil membuat analisis SWOT.

6. JANGAN LUPA AMBIL INSURANS. Jangan lupa sediakan payung sebelum hujan. What if we sick, no longer able to work? Apa perancangan kita? Meminta derma/ zakat? Jika kita ditakdirkan sakit kritikal (na’uzubillahi min zalik) siapakah yang akan menanggung kos rawatan kita? Jika kita sekarang breadwinner of our family bila kita meninggal siapa yang akan bantu isteri, mak ayah dan adik-adik kita? Ya, kita boleh membantu mereka walaupun kita sudah meninggal dengan cara mengambil insurans dan menghibahkan (menghadiahkan – dan tidak perlu dibahagi mengikut faraid) pada orang tersayang dan pastinya setelah mereka dididik dengan ilmu kewangan – tidaklah duit puluhan atau ratusan ribu habis dalam masa sehari dua je. >_<

Renung-renungkan dan selamat beramal. =)

_ Miss K, bukan agen insurans_*Maaf keyboard saya e rosak*

– Miss K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit