Kebahagiaan Ibu Bapa

Assalamualaikum.

Selalunya aku jadi silent reader je dekat page ni. Aku enjoy baca setiap posts sebab aku rasa perbezaan setiap individu atas dunia ni dalam menjalani kehidupan ialah sesuatu yang sangat menarik. Tapi kebelakangan ni membuak-buak pula rasa nak share something. Umur aku masih belasan. Mungkin terlalu muda bagi sesetengah pihak untuk menerima apa yang aku cuba sampaikan ini. Namun begitu, bagi aku kalau niat dah ada, baik teruskan saje ye tak?

Daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Siapa yang menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha dan siapa yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan Allah marah (kepadanya)”. (Riwayat Ibnu Najar)

Persoalannya, macam mana kita nak capai redha ibu bapa tu?

Sebenarnya banyak je cara simple kita nak bahagiakan hati mereka. Aku akan cuba share through the point of view of a student. Ini aku tak dapat dari mana mana buku mahupun articles. Kebanyakannya dari didikan ibu bapa aku sendiri dan pemerhatian aku terhadap kawan-kawan. Alhamdulillah, semua urusan aku makin dipermudahkan dan kalau tiba masa diuji pun, aku masih dapat kawal perasaan dan tak kalut sangat. Biasa lah, perempuan kena cover cun.

1) Salam

Cium tangan ayah ibu sebelum nak tidur. Dulu kalau masa nak keluar rumah pergi sekolah dah biasa buat kan? Bila dah makin besar, mula lah tabiat kunci diri dalam bilik. Padahal tak tidur pun, berjaga sampai 3-4 pagi. Aku cakap berdasarkan perangai sendiri. Jiwa muda galak nak memberontak tu perkara biasa. Tapi ayah ibu aku ajar dari kecik, sebelum tidur kena datang salam. Kalau ada anak-anak yang tak muncul, mereka sendiri yang akan datang bilik menjenguk.

Kadang-kadang tu masa salam ayah aku, mata dia tak buka pun. Penat sangat kerja sepanjang pagi ke petang. Masa tu tipu lah kalau kata hati ni tak terasa terusik walau sikit pun. Lelah tu sangat lah obvious dekat muka mereka. Kalau ibu ayah belum lena lagi, boleh lah ajak borak sekejap. The best conversation happens late at night, kan? Kalau masa kecik, adik aku selalu confess kesalahan dia hari tu sebelum tidur. “Ibu, adik minta maaf sebab merajuk tadi blabla..” Aku agak keras kepala, jadinya tak sampai tahap itu hehe. Kalau segan, ucap goodnight & Assalamualaikum pun dah memadai.

2) Doa

Dahulukan doa untuk ibu bapa sebelum orang lain. Ini pesanan dari seorang kawan aku satu masa dulu. Aku tengok hidup dia memang cantik je aturannya. Sejuk hati aku tengok hubungan dia dengan ibu bapa, duit jarang tak cukup, orang sekeliling suka betul kawan dengan dia. Bila mula ikut langkah dia yang ini, aku mula sedar yang sebenarnya banyak sangat perkara yang aku nak minta bagi pihak ayah ibu aku.

Tanggungjawab kita tak terhingga terhadap mereka tapi bila dah selalu push atau kumpul semua nama untuk doa sekali harung, sedikit sebanyak kita hilang points penting khas untuk mereka. Tak salah nak doa sekaligus, tapi kalau kita dahulukan ibu bapa, Allah tak akan lewatkan kita. Insya-Allah.

3) Duit

Bagi student macam aku yang masih belum ada sumber pendapatan tetap, memang lah susah nak hulur duit bulanan untuk ibu ayah kan? Hampir semua perbelanjaan aku di bawah tanggungan ibu ayah lagi. Aku tak apply PTPTN, jadi lagi berlipat ganda lah arus duit keluar. Apa yang ibu ayah bagi, dengan itu je lah aku survive. Memandangkan suasana ekonomi sekarang makin ke laut, aku terpaksa fikir berpuluh kali kalau nak makan atau beli barangan yang mewah sikit. Aku semakin menyesuaikan diri setakat ni. Tapi adik-adik aku lain pulak ceritanya.

Sejak café hipster dibuka belakang rumah aku ni, adik-adik aku suka betul pergi. Dah dekat kayuh basikal je lah. Makanan standard tekak anak muda sekarang; aglio olio, korean ramen, cheesy meatballs dan sebagainya. Satu serving saje hampir RM 10. Kalau seminggu sekali tak apa. Ini dah kalau belakang rumah, agak agak berapa kali seminggu? Adik-adik tengah membesar, aku faham.

Jadi satu hari dalam kereta, kami satu family ada. Aku susun ayat dalam kepala sambil tunggu semua orang senyap. “Kakak rasa dalam family kita kena ada rule baru. Sesiapa yang saje saje teringin nak makan atau minum untuk diri sendiri, kena belajar guna duit sendiri.” Adik adik aku bukannya kecik sangat. Mereka merungut tapi lama kelamaan mereka mula faham dan pandai urus duit sendiri.

Ibu bapa tak akan sekali pun tunjuk susah dia cari rezeki depan anak-anak. Kalau kita tak mampu nak tampung hidup mereka, sekurang-kurangnya permudahkanlah urusan mereka. Tak perlu nak belanja sakan duit yang dapat tu. Satu hari nanti, bila tiba masa kita perlu urus hidup sendiri baru merasa payah cari rezeki.

Semua yang aku nyatakan tadi sangat simple sebenarnya. Cuma tak ramai yang praktikkan. Kalau sesuai dengan suasana hidup kalian yang membaca ni, aku harap berani cuba lah. Lain orang, lain caranya. Lagipun aku juga masih cetek ilmunya. Baru berbelas tahun hidup di dunia ni. Sekian sahaja perkongsian dari aku kali ni. Terima kasih baca sampai habis! Assalamualaikum :)

– Diandra

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit