Kebergantungan

Assalamualaikum.

Nak tanya pandangan korang, sejauh mana kita perlu berkongsi kisah dengan kenalan kita?

Aku ramai kawan. Tapi yang betul betul rapat sampai tahu segala hal tu tak ada. Kebanyakan orang perempuan lain, aku tengok, mesti ada paling kurang sorang. Yang kenal dari zaman hingusannya, zaman bbnu nya, dan ada juga yang kenal di UIA ni.

Aku ni boleh kata orang nampak asyik happy je memanjang. Sebab aku jenis pendam sikit. Aku tak suka orang nampak masalah aku, lagi lagi yang melibatkan hal keluarga.

Bab keluarga ni, tak usah cakap lah. Dalam iium confession ni sahaja, berlambak. Semua ada kisah dia kan? Cerita dia, aku juga melalui kisah perit dalam keluarga aku. Aku pendam sejak sekolah lagi. Aku banyak mengadu dekat Dia, dengan adik-beradik pun segan walau terkadang ada juga.

Aku bahagia je begini. Maksud aku, alhamdulillah aku masih berkeluarga walau berbagai dugaan kami lalui. Dan aku bahagia tak ada yang kenal kisah aku begini. Aku bahagia cukup dengan luahan dalam sujud dan doa, alhamdulillah.

Cuma entahlah. Kebelakangan ni, rasa hati ni kuat sangat untuk bercerita dekat seorang kawan ni. Bukan atas sebab aku tertekan atau apa, cuma rasa, nak bercerita. Aku nak rasa ada kawan yang kenal aku yang sebenarnya dan kisah-kisah di sebalik gelak tawa aku. Sebab aku tak pernah bercerita dekat siapa siapa.

Tapi aku risau juga. Takut dia ada persepsi lain, malu pula kalau dia tahu keluarga aku begitu begini. Dan wallahi aku memang percaya dia, cuma itulah, orang selalu kata, berjaga-jaga dengan kawan, sebab in the end keluarga juga yang kita cari.

Aku ingin sekali dengar pendapat/pandangan kalian. Apa patut aku berkongsi rasa, hanya dengan sekadar "rasa" nak bercerita?

Terima kasih semua. Kalian memang hebat mashaAllah. Moga kasih Tuhan buat kita semua senantiasa.

– Seseorang

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *